BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsert 'otai' rock XPDC 6 Jun ini

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
S1o_PxQpMHl_v23R4zBobQzqrqomHZTAWWgQ9PDgVmqbZJlhxuFmdEed3Nx8yQwjk_C29sZ2CaF6e9ofARY


Kumpulan 'otai' metal rock XPDC yang terkenal dengan julukan “raja funfair” akan kembali menggegarkan pentas selepas 18 tahun tidak mengadakan konsert mega.

“Konsert Rockestra XPDC: Aku masih di sini” akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 6 Jun ini sempena menyambut ulang tahun kumpulan itu yang ke-26.

XPDC mula ditubuhkan pada tahun 1989.

Menurut vokalis kumpulan itu Mael, konsert kali ini istimewa kerana ia sebuah penyatuan semula anggotanya yang pernah jatuh dan naik bersama XPDC.

“Sebelum ini tak ada pun (aktiviti sebegini),” kata Mael sambil menambah konsert terakhir mereka berlangsung pada 1997.

Katanya, walaupun lama berdiam diri mereka sebelum ini tetap aktif tetapi di acara lebih kecil tanpa menjemput pihak media.

“(Menyepi kerana) kita tidak ada produk, kita tidak ada benda yang ingin diberitahu jadi kita biasa-biasa saja.

“Kita masih ada show setiap bulan,” kata Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim dalam sidang media di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.

Selain dari Mael, XPDC dianggotai oleh Izo (Lead gitar), Eddie (Bass gitar) dan Lola (pemain deram).

Mereka akan menyanyikan 25 hingga 30 buah lagu pada malam itu dengan iringan orkestra bagi menghangatkan pentas.

Konsert ini akan dirakam dan dijadikan sebuah album.

Ia akan diterbitkan dalam bentuk DVD sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang telah menyokong mereka sejak dulu.

Penggemar muzik aliran itu boleh mendapatkan tiket berharga RM95 sehingga RM350.

Bagi peminat XPDC yang membeli tiket VIP RM350, mereka berpeluang mendekati dan beramah mesra bersama ahli-ahli XPDC secara dekat dalam satu sesi khas.

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi semua cawangan Rock Corner seluruh Lembah Klang (The Curve Damansara, Subang Parade, The Garden, KLCC dan 1Utama).

Selain itu menerusi pembelian atas talian di www.tickethotline.com.my dan di kaunter jualan Stadium Merdeka pada hari konsert bermula jam 10 pagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/298446
 
fans XPDC dah berkurangan skit lps Zuar keluar dari XPDC. apa pendapat korang. pengaruh Zuar sgt kuat dlm XPDC. Amy keluar ganti Lola tak terasa sgt sbb Lola pernah terlibat dlm beberapa album.
 
zuar mana? x abis lg ke marah kat mael lambong?
 
izo penting...
 
Back
Top
Log in Register