BTC USD 85,624.5 Gold USD 4,169.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsep salam dan cara melafaznya

khairi3011

Fun Poster
Messages
370
Joined
Jun 17, 2011
Messages
370
Reaction score
52
Points
20
BETULKAN AMALAN ANDA SIRI 1: KONSEP SALAM DAN CARA MELAFAZNYA
April 7, 2012

Konsep salam dan cara melafaznya
(satu penerangan ringkas)



Oleh USTAZ HAJI MOHAMAD BIN SHAFIE
Penasihat Agama,
Masjid Nurul Yaqin SS 7,
Kelana Jaya, Petaling Jaya.


MUQADDIMAH

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru “SALAM”, walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/mengcakupi aspek ‘aqidah, ibadah dan akhlak. Ia merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.

“Salam” itu sendiri adalah nama daripada nama “asma alhusna” yang membawa konotasi makna yang sungguh besar dan bererti. Ia menjadi alat/wasilah kasih sayang yang menggambarkan nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjurus ke syurga.


CARA MEMBERI SALAM

Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):

“ salamu alaika”
“ salamu ‘ala ………..”
Ini diulang lebih daripada 10 kali.

Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz “ assalamu alaikum ……..). Ini diulang lebih dari 7 kali.

Malah memerintah manusia jangan masuk ke rumah melainkan selepas memberi salam. (Surah An Nur ayat 27 dan 61). Dan dalam surah Huud ayat 73, menambah dengan “wa rahmatullahi wa barakatuh”.

Ketika Allah menghormati Rasulullah (saw) di malam Mikraj, maka Allah menyebut “Assalamu Alaika Aiyuhann Nabii wa Rahmatulahhi wa Barakatuh”. Ini jelas menunjukkan tidak ada perkataan “Taala” selepas warahmatulah. Salam dalam Solat, jelas menjadi contoh terbaik yang Rasulallah (saw) ajarkan. Inilah salam yang menjadi rukun ibadat dan bermutu sebagai ibadat.

Salam mendahului perkataan/kalam lain dalam ucapan atau perbualan. Baginda Rasulallah (saw) tidak memulakan perkataan lain sebelum memberi salam, maka ulama merumuskan bahawa makruh memulakan/mendahulukan ucapan lain seperti menyebut nama gelaran, status dan sebagainya sebelum salam, malah tidak disunatkan juga “Basmalah” sebelum salam.

Kitab “at Targhib wat Tarhib” ada menyebut 26 hadits mengenai dan cara memberi salam dan ditambah 17 lagi hadits dalam bab (almusofahah) berjabat tangan.

Lafaz yang betul mengikut sunnah/hadits/para sahabat/tabi’in/ tabi’in at tabi’in dan ulama adalah:

“assalamu alaika/assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh”

dan elok kita berhenti pada “assalamu alaikum wa rahmatullah” supaya memberi peluang yang lebih baik kepada sahabat kita yang menjawabnya, selaras dengan maksud firman Allah di ayat 86, surah An Nisa’.

Selaras dengan hadits Rasullullah (saw) riwayat Abu Daud, at Tirmizi, al Baihaqi dan an Nasaii, daripada ‘Imran ibni Husain yang bermaksud, “telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah (saw) lantas berkata “assalamu alaikum”, lalu baginda menjawab salam dan bersabda “sepuluh”. Kemudian datang seorang lagi memberi salam “assalamu alaikum wa rahmatullah” maka baginda menjawab lalu bersabda “dua puluh”. Maka datang seorang lagi lalu memberi salam “assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh”, maka baginda menjawab dan bersabda “tiga puluh”

Dan daripada Suhail bin Muaz daripada bapanya “kemudian datang seorang lagi memberi salam “assalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh”, maka baginda menjawab dan bersabda “empat puluh” (iaitu kelebihan fadhilatnya). Hal yang sama ada diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Maka mafhum daripada hadits ini, ulama mengatakan bahawa kita bolehlah menambah di akhir salam dengan kalimat yang bersesuaian, tetapi bukan di tengah, seperti kalimah “ta’ala” selepas wa rahmatullah”. Rahmatullah ialah satu frasa yang bersifat tersendiri, dan bukan nama Allah atau gantinama ZatNya.

CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH

Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan cara yang salah. Mereka menyebut:

“Assalamu alaikum wa rahmatullahi ta’ala wa barakatuh”

Kalimat “TA'ALA” tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah (saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw). Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna mengenai cara memberi salam.

Kita menyebut “Allahu Taala” atau “Suhanahu wa Taala” ketika memuja dan mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut “Rahmatullahi Taala” kerana rahmat itu pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah “Taala” pada sifat Allah seperti “Rahman/Rahim”. Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan “Taala”. Jika ditambah, ia menjadi salah di segi konsep aqidah.

Disegi tata bahasa Arab pula “Rahmatullah” itu ialah “mudaf dan mudafu ilaih”. Perkataan Allah disitu berfungsi sebagai pengkhususan atau pembeza jenis “rahmat” itu. Yang terpenting, rangkapan “Rahmatullah” itu menyatakan rahmat itu “makhluk” Allah dan bukan zatNya.

Perkataan “Allah” selepas rahmat dalam rangkapan “Rahmatullah” itu berfungsi sebagai Makrifah (firmative) kepada rahmat yang pada dasarnya Nakirah (defirmative).

Meletakkan perkataan “TAALA” pada bukan nama zat Allah, bererti kita mempersekutukan Allah dengan makhlukNya. Ini sudah pasti salah disegi kesucian Aqidah; jika disengajakan maka ia menjadi syirik.

Terdapat pandangan yang mengatakan boleh di gunakan “TAALA” selepas Rahmat, Ridwan, Maghfirah dan sebagainya dengan merujuk kepada Huraian kitab Tafsir al Qurtubi dan Hadith yang dimuatkan dikitab Tafsir al Alusi. Yang terdapat dalam al Qurtubi itu hanya pada pandangan ulama sahaja tanpa sandaran dalil. Ia bertentangan dengan ajaran al Quran dan Hadith Rasulullah serta amalan ulama muktabar. Manakala hadith dalam kitab al Alusi jelas cetakan yang salah kerana tidak sama dengan hadith yang sama riwayat Muslim dan Bukhari.

Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya adalah mendustakan hadits/sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja, maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits raiwayat Bukhari dan Al Tirmizi daripada Abdullah bin ‘Amru bin al ‘Aas), bermaksud : “… dan sesiapa yang sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka.”

Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta berhenti.

Amalan salam yang salah ini, malangnya, hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Amalan yang salah ini, sewajarnya diperbetulkan segera bagi mengelakan masyarakat Islam daripada terkeliru. Para Pendakwah/ Ustaz yang selama ini tersasul atau tersilap, mestilah membetulkan diri demi kesucian ajaran Allah dan RasulNya.

MENGAPA TERJADI SALAH?

Kebanyakan umat Islam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.

Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan , tanpa teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari maksudnya yang suci dan mulia..

“Salam” melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan ‘aqidah, ‘ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.

Wallahu A’lam

RUJUKAN:
1. Al - Quran Ayat-ayat:
86 Surah An Nisa’
27 dan 61 Surah An Nuur
54 Surah Al An’am
46 Surah Al A’raf
46 Surah Ar Raadu
24 Surah An Nahl
47 Surah Maryam
73 Surah Az Zumar

2. Kitab At Targhib wal Tarhib
3. Al Mausuat Al Quraaniah – Mohd Kamal al Mahaami.
4. Mu’jam lil alfazul Al Quraanul Karim – Mohamad Fuad Abd Baaqi

Nota: Teks ditulis oleh Hj Baharudin Hj Sulaiman, Bilal 1 MNY Untuk tujuan penebitan di laman web

Posted by nurul yaqin.

dipetik dari http://www.masjidnurulyaqin.com/berita.php
 
CARA MEMBERI SALAM

Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):

“ salamu alaika”
“ salamu ‘ala ………..”
Ini diulang lebih daripada 10 kali.

Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz “ assalamu alaikum ……..). Ini diulang lebih dari 7 kali.

Salam TT dan Warga CG,

Dalam Al Quran tidak ada lafaz salam yang diajar oleh Allah dan RasulNya dengan lafaz "Assalamu Alaikum" (betulkan saya jika saya silap). Oleh itu mengatakan Allah mengajar dalam Al Quran seperti lafaz tersebut adalah suatu yang mengelirukan. :-?
 
mengikut apa yg saya belajar, ucapan SALAMadalah utk org2 islam sahaja. tp kat malaysia ni kita sebot SALAM 1 MALAYSIA, yg menjawab plak campuran org islam dan org bukan islam.
 
mengikut apa yg saya belajar, ucapan SALAMadalah utk org2 islam sahaja. tp kat malaysia ni kita sebot SALAM 1 MALAYSIA, yg menjawab plak campuran org islam dan org bukan islam.

Perkataan "salam" itu adalah bahasa arab dan apabila diterjemahkan ke bahasa melayu ia berbunyi "sejahtera". Ucapan salam ini lebih kepada doa iaitu kita mendoakan kesejahteraan orang lain, orang yg kita tujukan ucapan tersebut..... apakah salah mendoakan kesejahteraan kepada bukan penganut agama islam ?

"Salam 1 Malaysia" bermakna "Sejahtera 1 Malaysia" iaitu kita mendoakan kesejahteraan negara Malaysia berserta dengan warganya sekali yang terdiri pelbagai kaum dan agama.

Sama2 kita berfikir.... :-?
 
share dr seorg kawan apabila menbawakan isu salam yg di bawakan oleh TT.

Assalamu alaikum wa rahmatullahi ta’ala wa barakatuh..maksudnya:
kesejahteraan atas-kamu dan the-rahmat-of Allah YgMahaTinggi dan berkatnya

Nampaknya persoalannya YgMahaTinggi tu refer pada sape? Pada ‘Allah’ atau ‘rahmat Allah’ ?

Kalau refer pada ‘Allah’, then tade mas’alah. Kalau refer pada ‘rahmat’, then kalau ikot email kt bwh ni tak buleh.

wa allaahu a3lam boleh ke tak.

Lebih penting yg kita sedar bila kita bagi salam, sebenarnya kita mendoakan kesejahteraan/peace atas org lain. Org Islam ni peaceful. Bukan jenis org yg bwk mas’alah. Dan ‘peace’ ni sepatotnye meliputi seluroh aktiviti harian, bukan je bile bagi salaam.

And kdg2 kita sebot salam, setakat sebot, tapi tak perasan kita mendoakan kesejahteraan utk org.

Contohnya dlm tahiyyat, sepatotnya kita mendoakan kesejahteraan bagi nabi bila kita sebot:

alsalaamu 3alayka ‘ayyuhaa alnabiyyu wa rahmatu allaahi wa barakaatuhu
kesejahteraan atasmu wahai nabi dan Rahmat allah dan barakahnya

tapi..kadang2 kita mengelamun, dan bunyi2 arab ni keluar dgn sendiri…

wa allaahu a3lam bi alSawaab…
 
Back
Top
Log in Register