BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongsikan gaji anda

Mhafiz255

Fun Poster
Messages
244
Joined
Sep 28, 2015
Messages
244
Reaction score
3
Points
15
Salam warga CG,

Nak tanya, tiap bulan kalau dapat gaji, lepas tolak semua komitmen berapa yang tinggal bersih ? Cukup ke dengan baki yang ada ? Macam mana korng urus gaji, diri sendiri atau bagi pasangan je?

Simpanan korang termasuk dalam komitmen atau bergantung baki yang ada?


Thanks :)cgrock
 
tolak umah...keta...utiliti duit poket duit minyak duit dapo habis....
simpanan buat potongan bulanan.....
nak enjoi harap dividen dan bonus tahunan je.....
 
duit gaji slalo utk bil + brg dapur + mknn kucen + minyak keta + duit nk makan+ belanja mak ayh..

kalau nk shopping mmg hrapkan duit OT je huhuhuhuh
slalu x shopping sgt sbb brg/target dh dipenuhi...
ade balance simpan sket dlm buku or biarkan utk kecemasan..
 
tolak umah...keta...utiliti duit poket duit minyak duit dapo habis....
simpanan buat potongan bulanan.....
nak enjoi harap dividen dan bonus tahunan je.....

Potongan bulanan mcm mana tu
 
duit gaji slalo utk bil + brg dapur + mknn kucen + minyak keta + duit nk makan+ belanja mak ayh..

kalau nk shopping mmg hrapkan duit OT je huhuhuhuh
slalu x shopping sgt sbb brg/target dh dipenuhi...
ade balance simpan sket dlm buku or biarkan utk kecemasan..


Naseb baik bukan kaki shopping, tapi tiap bulan tgl dlm rm200+- je bersih. Tu la nk blnje pape... Pikir nak cari kerja lain, nak gaji lebih sket
 
benda ni sangat subjektif bro.. orang kata besar periuk besar la kerak dia.. bezanya cuma macam mana cara kita manage.. kalau nk ilmu kena cari bro.. ak cadangkan kalau bro serius nak manage kewangan pergi kelas belajar.. insyaallah lebih terurus..
 
Last edited:
benda ni sangat subjektif bro.. orang kata besar periuk besar la kerak dia.. bezanya cuma macam mana cara kita manage.. kalau nk ilmu kena cari bro.. ak cadangkan kalau bro serius manage kewangan pergi kelas belajar.. insyaallah lebih terurus..

Tu la , tapi yg dh tolak komitmen semua tu mmg tak boleh ubah / kurang kan mmg mcm tu... tp tak pe la, janji ada simpan.. tu yg penting
 
dptkan apps utk kire bajet. dan kene displin masukkan perbelanjaan kita walaupun rm1. buat bajet utk setiap perbelanjaan. katakan duit minyak rm400, rmh sewa rm800 dsb. dah lepas sebulan kitaran gaji dah boleh tengok mana yg boleh jimatkan dan kurangkan yang mungkin sebelum ni kita tak nampak pegi mana duit tu.

lepas rase2 dah boleh maintain kewangan dan ada lebihan duit baru plan utk menyimpan. dan seboleh2 nya tetapkan berapa simpanan kita nak buat bulanan dan tolak siap2 bila dapat gaji. dan kalau lagi bagus duit tu simpan kat bank lain. tabung haji paling bagus sbb susah nak keluarkan.

satu lagi tips ialah keluarkan duit dari atm seminggu sekali mengikut hari yang kita tetapkan contohnya hari jumaat. kira perbelanjaan mingguan kita bagi mengelakkan beli benda2 yang tak patut. katakan perbelanjaan kita seminggu dalam rm200. brg dapur rm50, minyak rm50 dan makan rm100. keluarkanla dalam rmrm250 mana tau ada hal2 lain yg perlu bayar diluar jangka.

guna kredit kad. sekarang kredit kad ada cash rebate. kadang2 sebulan cash rebate boleh lebih dari rm50. sape nak bagi rm50. tapi kena displinkan diri bayar lepas guna.
 
benda ni sangat subjektif bro.. orang kata besar periuk besar la kerak dia.. bezanya cuma macam mana cara kita manage.. kalau nk ilmu kena cari bro.. ak cadangkan kalau bro serius manage kewangan pergi kelas belajar.. insyaallah lebih terurus..

yup betul. aku sokong kata2 ni :)cgrock

nak start komitment hutang apa2, ukur la baju di badan sndri. jangan badan org lain pulak,,,
 
betul tu buat bajet.. tapi kadang dah spent rm250 untuk touch n go, tetibe suka hati je die overcharge, pernah kena sampai rm27 yg sepatutnya tambang hanya rm6.70.
memang larila bajet.. baiknya aku tak viral je isu ni.

bajet bulanan lari lintang pukang..
 
Back
Top
Log in Register