balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
YANGON- Konflik Islam-Buddha merebak ke tiga bandar utama di Myanmar hujung minggu lalu, mengakibatkan masjid dan berpuluh-puluh rumah musbah meskipun kerajaan cuba membendung keganasan yang berterusan.
Presiden Thein Sein turut mengisytiharkan darurat di bandar yang paling teruk diserang iaitu Meikhtila serta mengerahkan pasukan tentera mengawal keadaan.
Seramai 32 maut manakala 10,000 penduduk yang kebanyakannya beragama Islam diserang.
Selain Meikhtila, turut menjadi sasaran serangan ialah Naypyitaw, bandar selatan dan Yamethin.
Walaupun pihak tentera cuba mengawal keadaan, krisis semakin meruncing dan merebak sehingga ke wilayah Naypyitaw.
Seorang penduduk Islam Tatkone bercerita melalui telefon yang sekumpulan 20 lelaki menggeledah masjid, melontar batu dan memecahkan tingkap kediaman penduduk sebelum bertindak melepaskan tembakan dan mengusir mereka, malam Ahad lalu.
Keganasan yang serupa menggegarkan wilayah Rakhine tahun sehingga mengakibatkan beratus-ratus kaum Rohingya Muslim terbunuh dan menghalau 100,000 dari kediaman mereka.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/konflik-buddha-islam-myanmar-merebak-1.142853