BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komputer Apple pertama dilelong RM2.96 juta.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
NEW YORK – Sebuah komputer pertama keluaran syarikat Apple yang dikenali sebagai Apple-1 dijual pada harga AS$905,000 (RM2.96 juta) dalam satu acara lelongan di sini kelmarin.

Komputer berkenaan dipercayai antara 50 unit komputer pertama yang dipasang oleh pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California pada tahun 1976.


Rumah lelongan Bonhams berkata, komputer berkenaan yang masih berfungsi sebelum ini dianggarkan dijual pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).

Komputer itu berjaya dibeli oleh Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.

“Apple-1 bukan sahaja inovatif tetapi juga merupakan asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.

Hanya beberapa pembeli yang membeli komputer berkenaan sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Selepas kejayaan tersebut, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada rakan-rakan serta syarikat elektronik.

Pada tahun 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Ketika ini tidak sampai 50 unit komputer Apple-1 yang masih berada dalam keadaan baik. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

SEBUAH komputer pertama keluaran syarikat Apple yang dikenali sebagai Apple-1.


du_02.1.jpg
 
Letak kat muzium...
Baik punya bisnes plan ford ni
 
nak buat apa.. beli mahal mahal..takde gunanyer pun...
 
Benda2 klasik mcm ni lagi lama lagi mahal harga..
 
nak buat apa.. beli mahal mahal..takde gunanyer pun...

Org ada duit dia x kisah pun...

Bagi dia x mahal pun, 1 juta tu mcm 10 sen je...

Barang2 klasik org beli bukan sebab nak guna, tapi lebih kepada nilai sejarah...
 
oo rugi nya aku dh jual komputer lama kat kedai scrap.
 
Back
Top
Log in Register