BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kompilasi pendatang haram conquer bisnes tempatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201

 

Malaysia is not Malaysian anymore it's Bangladesh".. kau yang tengok ni tak rasa apa² ke??.. ada yang tahu lokasi di mana? nak gak rasa burger ni.. cam best!!

📹: FB Matamatakota
 

Bila nak habis masalah pasar Selayang ni?
 
393407-393407.jpg


Premis makanan diserbu, 77 warga asing dicekup

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 77 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Selera dan Ops Mahir yang dijalankan di sekitar daerah ini, selama dua hari sejak Isnin lepas.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan maklumat orang awam berkaitan kegiatan majikan yang dipercayai menggaji warga asing secara tidak sah bagi mengelakkan kos penggajian yang tinggi.

"Operasi itu menyasarkan premis makanan dan sebuah hab pembungkusan sayur yang dikesan menggaji warga asing secara tidak sah dan menyalahgunakan kemudahan pas lawatan sosial.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 60 lelaki dan 17 wanita melibatkan 39 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, 26 warga Myanmar dan seorang warga China, berusia antara 18 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Rusdi berkata, dua warga tempatan yang dipercayai bekerja sebagai pengurus premis dan pengurus sumber manusia turut ditahan kerana melindungi warga asing.

Beliau berkata, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, Mohd Rusdi berkata sebanyak lima Borang 29, iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan bagi membantu siasatan. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register