BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOM minta penjelasan Noraseela

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Noraseela Mohd. Khalid ekoran kenyataannya yang mengecam badan induk olahraga negara itu.

KOM dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa surat bertarikh 12 Disember itu dikeluarkan susulan keputusan satu mesyuarat majlis yang diadakan pada 10 Disember lepas di Kangar, Perlis.

"Pemenang pingat emas acara 400 meter lari berpagar wanita itu diberi masa 14 hari daripada tarikh beliau menerima surat tersebut untuk memberi jawapan," jelas KOM dalam kenyataan tersebut.

Noraseela, 32, dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada media mengkritik pengurusan KOM yang disifatkan beliau tidak menghargai jasa dan pengorbanan atlet olahraga.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara 400 meter lari berpagar wanita pada temasya Sukan SEA di Indonesia, bulan lepas.

Antaranya, beliau dipetik sebagai berkata bahawa banyak masalah melibatkan atlet olahraga timbul akibat sikap negatif sesetengah pihak dalam kesatuan itu, sehingga menjejaskan kemajuan atlet dan sukan olahraga negara secara amnya.

Sementara itu, Noraseela ketika dihubungi mengesahkan telah menerima surat berkenaan minggu lepas namun enggan mengulas lanjut.

"Jika mereka nak selesaikan masalah ini, datanglah berjumpa saya. Mereka nak saya balas surat itu, saya akan balas," katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register