BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

koleksi cerita lawak

anak yatim = takde ibu / ayah
yatim piatu = takde dua2

*cikgu nuar dalam cerita di atas x betul
 
tak puas hati aku pasal asik tak memuaskan jer...:)):))

cuba yang ni plak...


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya *****, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini *****?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"

yang ni super duper astrok bro..:eek::eek:
 
kuang asam... :)):))

ni lagi.. hahha...

Gopal dan Budin tinggal bersama di sebuah rumah bujang. Mereka berniaga sebagai penjual barangan terpakai.

Gopal pandai membaiki perabot, manakala Budin pula pakar membaiki barangan elektrik. Jika ada perabot yang ingin dibaiki, Budin akan menyerahkan tugas itu kepada Gopal.

Begitu jugalah sebaliknya jika ada barangan elektrik yang rosak, Gopal akan menyerahkan tugas itu kepada Budin.

Barangan terpakai yang mereka perolehi sama ada perabot ataupun barangan elektrik, akan dibaiki terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan.

Satu malam sekitar pukul 3 pagi, ketika Budin sedang nyenyak tidur, Gopal mengejutkan Budin dan memintanya membaiki televisyen.

Gopal: Budin, bangun TV ni rosaklah warna dia tak mahu keluar. Betulkan Din, kau kan pakar bab adjust warna ni.

Dalam keadaan mamai, dan mata yang berat serta otak yang tak begitu fokus, Budin bangun cuba memenuhi permintaan Gopal.

Puas digodehnya TV tersebut namun siaran TV hanya berwarna hitam dan putih.

Budin tak puas hati, dia rasa tercabar kerana tidak dapat membetulkan warna televisyen tersebut.

Tidak lama kemudian Budin terdengar salah satu dialog drama dalam TV yang sedang cuba diperbaikinya.

"Wal tumpuk tumpuk taik unta"

Budin: Celaka kau Gopal! Ini cerita P Ramli patutlah tak ada warna!

Gopal berlari sambil ketawa berdekah-dekah rancangannya untuk mengenakan Budin berjaya.

7Wrxt.png

rvjxB.png
rvjxB.png
 
semua pun tak berapa kelakar...:(:(
tambah ceritalah....

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

hahahahaha..........
 
Code:
sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!


aku suka yg nii
 

:)paid:)paid terbaik.. baru betul.. hahaha
nah tambah hadiah 1 lagi cerita...

MENANTU OH MENANTU

Mamat dan Minah telah melangsungkan perkahwinannya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah, bapa mertua Mamat, bapa Minah lah tuu, mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.

Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ker?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji....

hahahhahaha....:)):))
 
Boleh la jugak. 2.5/10. Kekekkeke

klu yang ni???:)):))

Isteri: Abang tahu kenapa saya suka main janggut Abang?

Suami: Tak Tahu. Kenapa sayang?

Isteri: Bila saya main janggut Abang, teringat saya masa saya ada janggut dulu.

Suami: #&*^(&(*@$

* PENGSAN!
** Apa tindakan anda kalau perbualan anda diakhiri dengan jawapan yang macam ni. -_-
 
Back
Top
Log in Register