combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kolaborasi JKR Malaysia, Sabah Dan Sarawak Diperkukuh
fb Alexander Nanta Linggi
Kolaborasi strategik antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak dilihat mampu meningkatkan penyelarasan pelaksanaan projek serta mengatasi isu kelewatan selain projek bermasalah di seluruh negara termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kolaborasi itu menjadi platform penting kepada agensi pelaksana utama negara untuk berbincang secara terbuka mengenai cabaran yang dihadapi dan mencari penyelesaian bersama.
Beliau berkata meskipun kolaborasi pertama menunjukkan penambahbaikan, beberapa perkara perlu ditangani dengan cekap bagi membolehkan projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kita tegaskan kepada semua JKR Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa kita mencari jalan untuk menangani masalah dan apabila dapat tangani masalah, kita dapat bergerak dengan lebih cekap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia (KKR, JKR Sabah dan CIDB) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Nanta berkata kolaborasi itu penting kerana JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak ialah agensi pelaksana utama projek pembinaan negara.
Beliau berkata banyak projek bernilai berbilion ringgit sedang dilaksanakan termasuk Lebuhraya Pan Borneo, jalan raya dan bangunan kerajaan.
"Kita mengakui terdapat kekangan dalam aspek penyelarasan yang menjadi antara punca kelewatan menyiapkan projek... sebab itu, platform ini diwujudkan bagi mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian bersama supaya pelaksanaan projek menjadi lebih cekap," katanya
Dalam pada itu, mengulas mengenai pembinaan pusingan U di laluan Lebuhraya Pan Borneo, Nanta berkata setiap lokasi ditentukan berdasarkan kajian teknikal yang mengambil kira aspek geometri jalan, jarak penglihatan dan faktor keselamatan pengguna.