BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kod etika jualan langsung 2012

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
dn_17.1.jpg

Ismail Sabri Yaakob diiringi Junita Ahmad Saruji mendengar penerangan daripada Mansoor Wan Abdullah (baju hijau) selepas majlis perasmian pembukaan butik kecantikan Avon di Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 5 Okt. – Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) bagi mewujudkan satu kod etika industri jualan langsung di negara ini menjelang awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kod etika tersebut dirangka bagi memantapkan perkembangan industri tersebut termasuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap aktiviti perniagaan sedemikian.

Ini kerana katanya, sebelum ini, pengguna sering mendengar laporan mengenai kes penyelewengan dan penipuan membabitkan syarikat jualan langsung seperti skim piramid dan sebagainya.

‘‘DSAM sedang dalam proses merangka kod etika tersebut dan kementerian menyokong ia dilaksanakan kemungkinan awal tahun depan.

‘‘Kod etika jualan langsung ini akan merangkumi pelbagai aspek serta tatacara dalam aktiviti jualan langsung di negara ini antaranya memastikan semua ejen dan syarikat yang terlibat mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan butik kecantikan Avon yang ke-185 di Seksyen 7, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Avon Malaysia, Mansoor Wan Abdullah dan pemilik butik berkenaan, Datin Junita Ahmad Saruji.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga memperkemaskan pelaksanaan Akta Jualan Langsung 1993 (Pindaan) 2010 khususnya dari segi penguatkuasaan termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut.

Jelasnya, industri jualan langsung merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara dengan jumlah jualan disasarkan mencecah RM10 bilion pada tahun depan.

Beliau memberitahu, setakat Ogos lalu, jumlah jualan terkumpul daripada sektor jualan langsung berjumlah 6.8 bilion membabitkan 227 daripada 550 syarikat berlesen yang didaftarkan sehingga 2010.

‘‘Saya percaya industri jualan langsung mampu menjana pendapatan lumayan menerusi rangkaian pemasaran yang lengkap. Malah, sehingga Ogos lalu sebanyak 27 syarikat antarabangsa telah diluluskan lesen jualan langsung mereka berikutan perkembangan positif industri berkenaan di negara ini.

‘‘Saya berharap sasaran jualan daripada industri ini akan dapat tercapai sekiranya semua rakyat mempunyai keyakinan terhadap sektor jualan langsung,” katanya.
 
Bagus juga.... Lepas ni ramai la yang lebih yakin.... Dan ejen2 buat promosi secara beretika.... :)cgrock
 
promosi produk xpe jgn promosi network
 
Back
Top
Log in Register