BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United Kobbie Mainoo Pemain Muda Luar Biasa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1704556268576.jpg


Christian Eriksen: "Saya sangat kagum. Saya melihatnya secara dekat dalam latihan. Saya sangat menyukai apa yang saya lihat. Kobbie adalah pemain yang luar biasa. Dia sangat muda, tetapi dia bermain dengan sangat baik. Dia telah membuat tempat untuk dirinya sendiri dalam pasukan ."

#AMU12
 
FB_IMG_1704773668176.jpg


[ BMU - Pasca Perlawanan ]

Kemenangan 2 - 0 ke atas Wigan Athletic pagi tadi sekali lagi menyaksikan Kobbie Mainoo beraksi cemerlang di bahagian tengah bertahan Manchester United.

Dia tenang memikul tugas sebagai rangkaian antara pertahanan dengan serangan United. Pemain berusia 18 tahun itu berada di merata tempat dan merekodkan bentesan paling banyak dalam perlawanan tersebut.

Statistik Mainoo mengikut turutan nombor:

100% gelecekan dibuat
90% ketepatan hantaran
86 sentuhan bola
61/68 hantaran dihasilkan
10/13 perebutan dimenangi
8/8 bentesan dimenangi
2/3 hantaran jauh terhasil
2/2 gelecekan berjaya dilakukan
1 hantaran penting

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1704820655571.jpg


Ala lawan Wigan ja pun, normal lah budak ni boleh perform. Kau memang jenis tak menghargai usaha orang. Nanti gagal menyerlah kau juga yang hentam maki sana sini. Jika lemparkan Kritikan pada tempatnya itu biasa..

Satu lagi persembahan yang terbaik diberikan oleh anak muda 18 tahun ini. Kobbie Mainoo berada dalam pasukan dan mencipta tempatnya sendiri dikalangan pemain senior..

Dia mendapat peluang bermain dan dia buktikan bukan hanya untuk sebagai pemain gantian tetapi untuk bersaing dalam kesebelasan utama..

Sekali lagi Mainoo bertindak ditengah sebagai nadi pasukan. Dalam sesebuah pasukan, area tengah atau pemain tersebut adalah mempunyai peranan paling besar dalam menentukan perjalanan perlawanan. Dia mengawal tempo, memulakan pergerakan kedepan dan membaca perlawanan untuk melindungi barisan belakang

Setiap perlawanan yang dia mainkan, Mainoo sentiasa berikan satu impak ditengah. Berdiri di atas kemampuannya sendiri. Permaianan yang matang, ada ketenangan dalam kawalan, dan pembacaan permainan yang elit bagi seorang budak belasan tahun..

Oleh sebab dia lebih menggunakan otak berbanding otot, Mainoo mampu berikan satu dinamik dalam aspek bertahan. Keberkesanannya untuk menang pertarungan sangat efektif sebab dia ada kecerdasan dalam permainannya

Apa yang diharapkan dari Mainoo selepas ini ialah konsistensi dalam permainan dan sentiasa berikan komitmen perlawanan seterusnya

#AMU12
 
wonder kid kah ini budak???
 
FB_IMG_1706724258837.jpg


Kobbie Mainoo: "gol ini adalah momen besar buat saya secara peribadi. Saya selalu mengimpikan momen seperti ini dan Kami mempunyai pemain yang boleh mencipta peluang dan menghasilkan gol bila-bila masa saja, jadi tidak perlu panik ketika kedudukan menjadi 2-2"

#AMU12
 
FB_IMG_1706863196596.jpg


Pemain terbaik bulan January dan menghasilkan dua gol berturut-turut dua perlawanan..

This is Kobbie Mainoo gaiss..

Pemain paling muda diatas padang dan dia pemain paling tenang mengawal bola..

Gol kemenangan tadi sangatlah klasik.. dengan usia muda tapi kematangan dalam permainan terserlah dari anak muda ni..

Dia mengawal bola dari tengah dengan bermain diruang sempit melepaskan satu tendangan dengan kelajuan yang minimum. Hanya placing dipenjuru..

Gol kemenangan padu dari Kobbie Mainoo

#AMU12
 
1000232631.jpg


- Premier League debut
- Champions League debut
- 97th-minute winner vs. Wolves
- Scored vs. Liverpool
- England senior debut
- Called up to the England Euros provisional squad
- Scored vs. Man City in the FA Cup final

It's Kobbie Mainoo's world 🤩
 
𝐊𝐎𝐁𝐁𝐈𝐄 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐎𝐎’𝐒 𝐑𝐄𝐒𝐔𝐑𝐆𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐔𝐑𝐄
.
Dalam keperitan kekalahan kepada Newcastle, satu perkara yang menggembirakan ‘bangsa’ Manchester United adalah kebangkitan Kobbie Mainoo.
.
Mainoo, pemain tengah muda berbakat Manchester United, menghadapi pelbagai cabaran musim ini. Selepas mencipta nama dengan aksi cemerlang musim lalu, termasuk gol solo ikonik menentang Wolves, musim ini menjadi ujian getir buatnya. Tambahan pula sistem taktikal baharu di bawah Amorim dilihat menyukarkan Mainoo untuk mencapai konsistensi.
.
Dalam perlawanan menentang Wolves beberapa hari lepas (27 Disember 2024), prestasinya kurang memberangsangkan. Bermain selama 63 minit, dia hanya mencatatkan 37 sentuhan bola dengan ketepatan hantaran 69%, selain gagal memenangi kebanyakan pertarungan defensif dan sering kehilangan bola. Aksi hambar ini mencetuskan keraguan sama ada Mainoo mampu menyesuaikan diri dalam sistem baharu yang diterapkan oleh Amorim.
.
Namun, segalanya berubah dalam perlawanan menentang Newcastle United (31 Disember 2024). Walaupun United tewas 0-2, Mainoo memberikan impak besar apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama. Statistik menunjukkan pengaruhnya yang signifikan:
• 100% 𝑨𝒆𝒓𝒊𝒂𝒍 𝑫𝒖𝒆𝒍𝒔 𝑾𝒐𝒏
• 96% 𝑷𝒂𝒔𝒔 𝑨𝒄𝒄𝒖𝒓𝒂𝒄𝒚
• 67% 𝑳𝒐𝒏𝒈 𝑷𝒂𝒔𝒔 𝑨𝒄𝒄𝒖𝒓𝒂𝒄𝒚
• 8 𝑩𝒂𝒍𝒍 𝑹𝒆𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔
• 7 𝑫𝒆𝒇𝒆𝒏𝒔𝒊𝒗𝒆 𝑨𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏𝒔
• 6 𝑷𝒂𝒔𝒔𝒆𝒔 𝑰𝒏𝒕𝒐 𝑻𝒉𝒆 𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒅
• 1 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒄𝒆 𝑪𝒓𝒆𝒂𝒕𝒆𝒅
• 1 𝑩𝒍𝒐𝒄𝒌
.
Mainoo membantu mengimbangi bahagian tengah dengan keyakinan yang tinggi. Hantaran-hantarannya yang tepat dan kebolehannya untuk mencipta peluang menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini. Penglibatannya membantu membawa kestabilan kepada permainan, dan dia berjaya mengubah dinamik perlawanan walaupun hasil akhirnya tidak memihak kepada United.
.
Peningkatan ini bukan sahaja membawa harapan kepada Ruben Amorim, tetapi juga memberikan petanda positif menjelang perlawanan penting menentang Liverpool di Anfield. Mainoo dijangka memainkan peranan penting untuk mengimbangi intensiti permainan Liverpool. Keupayaannya untuk mengawal bahagian tengah dan melaksanakan tindakan defensif berkesan akan menjadi aset penting bagi pasukan.
.
𝑇𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑡𝑎-𝑘𝑎𝑡𝑎 𝐽𝑢𝑠𝑡𝑖𝑛𝑢𝑠 𝐿ℎ𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎 (𝑃𝑒𝑛𝑔𝑢𝑙𝑎𝑠 𝐵𝑜𝑙𝑎 𝑆𝑒𝑝𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝐼𝑛𝑑𝑜𝑛𝑒𝑠𝑖𝑎) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑎𝑙 𝑝𝑟𝑒𝑠𝑡𝑎𝑠𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑟𝑢𝑛 𝑀𝑎𝑖𝑛𝑜𝑜 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑚 𝑖𝑛𝑖. 𝐵𝑒𝑙𝑖𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑠𝑖𝑡𝑢𝑎𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑔𝑖𝑛𝑖 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑏𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑖𝑛 𝑚𝑢𝑑𝑎, 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑎𝑚𝑖 𝑛𝑎𝑖𝑘 𝑡𝑢𝑟𝑢𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑢𝑙𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑎𝑘𝑡𝑖𝑘𝑎𝑙 𝑏𝑎𝑟𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑚𝑜𝑟𝑖𝑚. 𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑎𝑙 𝑖𝑛𝑖, 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑟𝑢𝑙𝑎𝑡𝑖ℎ 𝑠𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖 𝑘𝑒 𝑝𝑟𝑒𝑠𝑡𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘.
.
Secara keseluruhan, perjalanan musim ini mencerminkan cabaran dan potensi seorang pemain muda yang sedang membina dirinya dalam sistem taktikal yang baharu. Walaupun permulaan musim penuh kesukaran, tanda-tanda kebangkitan jelas terlihat. Dengan bimbingan dan sokongan yang berterusan, Kobbie Mainoo berpotensi untuk menjadi tonggak utama di bahagian tengah Manchester United.
.
𝑴𝒂𝒊𝒏𝒐𝒐 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕 𝒕𝒆𝒑𝒂𝒕 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒑𝒂𝒔𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒕𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂. 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒖𝒏𝒊 𝑨𝒏𝒇𝒊𝒆𝒍𝒅, 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒂𝒑𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒂𝒌𝒔𝒊 𝑴𝒂𝒊𝒏𝒐𝒐!
 
Back
Top
Log in Register