BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KM Sarawak Kini Bergelar Premier Sarawak Berkuat Kuasa Hari Ini, 1 Mac 2022 - SUK

Bunga2 nk keluar dr Malaysia. lg cepat lg bagus
 
Guna nama Premier selepas diwarta

0215rspremier_1645008954.jpg

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menunjukan dokumen pertukaran gelaran Ketua Menteri ketika tiba menghadiri Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri Petra Jaya Kuching. - Foto NSTP/Nadim Bokhari



KUCHING : Istilah 'Premier' yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menggantikan nama jawatan Ketua Menteri hanya akan digunakan secara rasmi selepas ia diwartakan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pewartaan itu akan dilakukan selepas ia dibawa kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud untuk persetujuan.

Menurutnya, tiada had masa untuk pewartaan itu, namun beliau yakin ia dapat dilakukan dalam masa terdekat.

"Pewartaan itu boleh dilakukan dalam tempoh tiga hari, seminggu, tiga minggu, sebulan, tiga bulan malah enam bulan.

"Tetapi, seelok-eloknya ia dilakukan segera bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi liar berhubung penggunaan istilah 'Premier' itu," katanya.

Abdul Karim berkata, selepas ia diluluskan DUN Sarawak semalam, orang ramai dilihat sudah menggunakan istilah 'Premier' terhadap Tan Sri Abang Johari Abang Openg terutama di media sosial.

"Pada masa sama, masih ramai yang mempertikaikan istilah itu dengan pelbagai spekulasi, sebab itu saya berpendapat ia harus diwartakan segera bagi mengelak lebih banyak spekulasi timbul.

"Ada yang mempersoalkan kewajaran Sarawak menggunakan istilah itu sehingga ada yang kata akan wujud dua Perdana Menteri dalam Malaysia. Sebenarnya itu tanggapan yang salah kerana pemimpin tertinggi di Malaysia tetap Perdana Menteri manakala bagi wilayah yang bersama membentuk Malaysia seperti Sarawak dipanggil 'Premier'," katanya.

Mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong yang menyamakan gelaran itu dengan jenama tisu, katanya ia sepatutnya tidak berlaku kerana sebagai rakyat Sarawak beliau harus berbangga dengan pertukaran status itu.
 
DUN SARAWAK | Gelaran 'Premier' Diguna Hanya Selepas Diwarta

Penukaran gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada Premier perlu diwartakan terlebih dahulu sebelum digunakan, walaupun telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, proses itu juga selari dengan proses perundangan biasa, dalam pembentukan atau penggubalan undang-undang baharu.

 
DUN SARAWAK | Guna Istilah Sesuai Ganti ’Premier’ Untuk Elak Kekeliruan

Oleh kerana ia diamalkan oleh negara-negara Komanwel yang terkandung di dalam sistem Westminster, iaitu ketua sesebuah kerajaan, penukaran gelaran bagi ketua kerajaan negeri Sarawak bukan satu perkara asing.

Namun penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi menegaskan, istilah berkenaan dianggap mengelirukan apabila diterjemah ke dalam bahasa kebangsaan melainkan ia dibezakan dengan jelas.

 
apa nk letak premier2 ni smua..letak balik residen jeneral ka, wizurai ka, rajah ka..kata nk beza dr ketua menteri&menteri besaq di semenanjung, kan?
 
IMG_20220217_104013_420.jpg

“Semestinya kita tidak mahu setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, bukan kita memandang rendah tetapi atas dasar penubuhan Malaysia, ia melibatkan Persekutuan Tanah Melayu mewakili negeri-negeri yang lain, Wilayah Sarawak dan Sabah," kata Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 
IMG_20220217_104013_420.jpg

“Semestinya kita tidak mahu setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, bukan kita memandang rendah tetapi atas dasar penubuhan Malaysia, ia melibatkan Persekutuan Tanah Melayu mewakili negeri-negeri yang lain, Wilayah Sarawak dan Sabah," kata Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
trpulang la
kalo bab2 mcm ni
bley jd pergaduhan
 
cara halus je tu...premier tu perdana...perdana menteri sarawak...
bila dh kena pegang telor cam tu la...benda dah nampak terang2 pn buat2 x tau ja....
 
Back
Top
Log in Register