BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klinik Alam Medic Wangsamaju penipu!

kira ok la doktor stakat amik rm25 je..

kalo lawyer lagi shial... buat SNP, pakai copy paste je, kadang2 kerani dia je yg buat, dia tukang sign je...

pastu bantai charge sampai ribu2...
 
padan la dengan uasaha die nak jadi Dr.. agak2 nak jimat pegi la klinik 1malaysia
 
nak murah pi klinik satu malaysia, klinik kesihatan, jabatan kecemasan, jabatan pesakit luar. murah je.
 
klinik private memang caj camtu....
hari tu doktor wat general letter kena caj RM20.

pada aku takde hal la. Kalau wat dengan gomen makan masa berminggu-minggu.
Nak tunggu Q lagi....

yang penting cepat selesai... biasa kes ringan aku pi hospital gov je... kalau kritikal pi private terus.....
 
setakat nak 'refer letter' tu aku pun boleh buat. bg free free je. nnt aku refer kat O&G Hospital Ampang ni je.
 
klinik private memang caj camtu....
hari tu doktor wat general letter kena caj RM20.

pada aku takde hal la. Kalau wat dengan gomen makan masa berminggu-minggu.
Nak tunggu Q lagi....

yang penting cepat selesai... biasa kes ringan aku pi hospital gov je... kalau kritikal pi private terus.....

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
aku gi hospital pakar utk minta surat pun dia caj rm10 je. ni klinik caj sampai rm25. mmg nak cepat gi haji agaknya ni
 
Salam kawan2, nak share bad experience pergi ke klinik yg satu ni.

Baru2 ni saya ada pergi ke klinik yang terletak di depan Jusco Wangsa Maju ni untuk buat ultrasound, doktor yang x lain x bukan ialah Dr. Hidayatullah lah. Mula2 dia cakap harga utk sekali treatment ialah RM45 tak termasuk consultation. Oklah, maklumlah, baru2 kerja, nak kena jimat sikit tapi kesihatan mesti diutamakan, kalau nak harap klinik kerajaan memang tahun depan baru dapat buat so saya agree nak buat tup2 bil mencecah sampai RM100!Dalam resit , lagi baki RM40 termasuk dalam 'OTHERS'. Dia ingat public ni ***** ke.:mad:

Tahan lagi.

Lepas tu pergi lagi sekali, sebab nak dapatkan surat utk rujuk Gynae kat HKL sebab rawatan kat klinik agak mengecewakan. Punyalah terkejut bila dikenakan bayaran RM25 hanya untuk surat separuh A4 yang tak mengandungi sebarang diagnosis, maklumat dalam tu semuanya saya yg cakap! Macam haram betul businessman bergelar doktor ni. Dan dalam resit dia caj RM10 utk consultation (lah konon, asyik push utk pergi hospital private je pastu suggest nama kwn2 pakar dia), lagi baki RM15 masuk dalam OTHERS!:mad:

Sedangkan melanggar etika kedoktoran utk mengenakan caj untuk menulis surat!

Maka, kepada kawan2, jgnlah sesekali pergi ke klinik yang satu ni. Pure business oriented. Tak sakit pun kate sakit!:mad:

sebenarnya tuan yg x fhm ttg charge2 yg boleh dikenakan oleh klinik swasta. jgn samakan klinik kerajaan dgn klinik swasta.

charge2 yg dikenakan oleh klinik2 swasta mmg ditetapkan dan dikawal oleh MMA. atau dgn kata lain... harga telah diselaraskan @ diseragamkan.

kalu tuan xpuas hati... rujuk jer MMA. tindakan boleh diambil jika charge yg dikenakan oleh klinik terbabit xmasuk akal @ mlampau sperti yg didakwa oleh tu tu.
 
Back
Top
Log in Register