BTC USD 81,295.3 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KLCC dirampas

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PADANG BESAR: Kumpulan penyeludup mercun bukan hanya mensasarkan jualan pada musim perayaan termasuk Aidilfitri, malah turut memenuhi permintaan pihak tertentu untuk menyeludup mercun dari negara jiran bagi kegunaan menjelang Hari Kemerdekaan.

Berdasarkan penemuan mercun dan bunga api jenama Sun dan Bomm Bomm yang harganya mencecah RM2,000 sekotak untuk sekali cucuh atau dinyalakan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak menolak mercun besar dikenali ‘Mercun KLCC’ dipesan khas untuk sambutan kemerdekaan dan ulang tahun syarikat.


Mercun dan bunga api itu kemungkinan besar ditempah syarikat dan konglomerat di ibu kota menerusi ejen di sempadan yang mengambil jalan mudah mendapat barangan seludup kerana harganya lebih murah, selain sukar diperoleh di Malaysia.


Pengarah KDRM Perlis, Mohd Isa Endot, berkata siasatan menyeluruh masih dilakukan berhubung rampasan dua kontena dan sebuah treler yang sarat dengan mercun dan bunga api bernilai hampir RM2 juta di Padang Besar dan Pekan Napoh, Changloon, dalam tiga kejadian berasingan baru-baru ini.


“Mercun dirampas kali ini membabitkan saiz besar yang mungkin tidak mampu dibakar kanak-kanak atau orang kampung, tetapi sesuai untuk majlis perayaan menghiburkan warga kota seperti kemerdekaan atau ulang tahun syarikat.


“Harganya pula mencecah RM500 hingga RM2,000 sekotak untuk sekali dinyalakan. Ia sesuai untuk syarikat yang berhajat meraikan ulang tahun atau kemerdekaan.


“Kami panggil mercun ini sebagai Mercun KLCC atau Mercun Merdeka kerana sering dilihat dilepaskan sempena majlis tertentu anjuran kumpulan syarikat di bandar besar,” katanya dalam sidang akhbarnya di Taman Kastam di sini, petang kelmarin.


Beliau berkata, kes terbaru penyeludupan mercun terbabit dikesan selepas anggota penguat kuasa KDRM mengesan sebuah lori kontena sepanjang kira-kira 16 meter yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan Perindustrian Padang Besar, Jumaat lalu.


Katanya, dalam kejadian jam 11.25 pagi itu, pihaknya memintas kontena terbabit dan pemeriksaan mendapati ia sarat dengan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang nilainya hampir setengah juta ringgit manakala cukainya pula kira-kira RM290,000.


“Seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun yang bertindak sebagai pemandu kontena berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati pemandu tidak mengetahui kandungan sebenar kontena,” katanya.


Mohd Isa berkata, kontena sarat dengan mercun itu dibawa masuk dari Thailand menerusi Unit Dagangan Keretapi Padang Besar sebelum cuba dibawa keluar untuk diedar ke Semenanjung dengan menggunakan dokumen palsu.

“Individu terbabit menggunakan taktik membuat permohonan semula untuk menarik balik barangan dagangan (kontena) yang dikatakan rosak untuk dihantar ke Pulau Pinangt,” katanya.

“Kami tidak menolak kemungkinan ejen penghantaran turut bersubahat dalam kegiatan penyeludupan mercun terbabit,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah duti atau RM50,000 yang mana satu amaun paling kecil serta dipenjarakan tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
 
terkena aku pagi2 ni..~X(
ingat pengganas mana yg merampas klcc tadi..
 
mmg leh jadi reporter....

pandai mengexploitasikan cerita ngn tajuk :D :D
 
Tajuk tak b0leh blah. Aku ingat petr0nas bankrapt. :eek:
 
kah kah.....aku rasa salah taip tajuk nya tu....mercunnya tertinggal..
 
Back
Top
Log in Register