BTC USD 81,700.1 Gold USD 4,138.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL bakal dilengkapi 2,062 CCTV

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,737
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,737
Reaction score
1,682
Points
201
CCTV_1611989118.jpg


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menyasar memasang 2,062 kamera litar tertutup (CCTV), khususnya di kawasan berisiko berlaku kejadian jenayah pada tahun ini.

Bandar raya ini kini mempunyai 309 CCTV yang berfungsi bagi pencegahan jenayah, selain membantu polis menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan dengan lebih mudah dan pantas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata rancangan menambah 1,753 peralatan itu sudah dikemukakan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai inisiatif menjadikan bandar raya ini sebagai 'Bandar Selamat'.

"Kertas kerja dan cadangan pihak kami (polis kontinjen Kuala Lumpur) untuk menambah bilangan CCTV sudah dipersetujui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kerja pemasangannya (CCTV) dijangka dilakukan pada tahun ini dan fokus pemasangan sejumlah 2,062 CCTV ini adalah di lokasi yang sering berlakunya kejadian jenayah dan tempat sunyi yang menjadi laluan penduduk di sesebuah kawasan," katanya dalam satu temubual khas, baru-baru ini.

Saiful Azly berkata, pusat kawalan CCTV itu juga bukan hanya boleh digunakan mengawasi sebarang elemen berunsurkan jenayah, malah dapat memantau pergerakan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian banjir kilat.

"Berdasarkan perancangan awal pusat kawalan CCTV terletak di Taman Teknologi, Bukit Jalil ini akan dikendalikan secara bersama antara polis Kuala Lumpur dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Saiful Azly turut mencadangkan untuk menempatkan semua pusat hiburan di Kuala Lumpur di satu lokasi khusus seperti yang diwujudkan di negara maju.

"Langkah ini dapat memudahkan polis dan DBKL selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau aktiviti yang dijalankan pengusaha pusat hiburan, di samping mengawal sebarang kejadian tidak diingini.

"Terdapat banyak pusat hiburan di sekitar bandar raya ini pada masa kini, jadi untuk memudahkan pengawasan kita cadangkan tempatkan mereka di satu lokasi khusus, selain mendirikan satu balai atau pondok polis di situ," katanya.


== bharian
 
Back
Top
Log in Register