Saya ingin menyentuh lebih lanjut ttg bab 24 didalam Kitab Ihya' Ulumuddin ini Bahaya Pangkat dan Riak (menunjuk-nunjuk)kerana sy berpendapat ini adalah antara masalah penyakit hati yang melanda manusia sekian lama. Allah SWT berfirman (Hud:15-16) "Sesiapa yang keadaan usahanya berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasan, maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia dan mereka tidak kurang sedikit pun. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari Akhirat kelak selain daripada azab api neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan didunia, dan batal apa yang mereka kerjakan". Semoga kita sama-sama dapat menyucikan hati kita dari sifat ini kerana janji Allah itu pasti.