BTC USD 85,092.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kita gagal

lobangbesar

Freshie
Messages
46
Joined
Apr 26, 2017
Messages
46
Reaction score
6
Points
11
Di awal Ramadhan ini ada dua kematian yang pada saya sangat memilukan.
Bukan sedih kerana mereka meninggal dunia, tetapi sedih, pilu dan ralat sangat tentang asbab kematian mereka.
Satu kes dipukul sehingga koma dan meninggal dunia kerana dituduh mencabul, yang keduanya pelatih tentera didera sehingga membawa maut kerana dituduh mencuri laptop.
It was never proven that arwah curi laptop.. sama mcm kes cabul yg berakhir dgn kematian tanpa berpeluang membela diri.
Dimanakah perginya nilai nilai kemanusian di dalam diri kita sehingga sanggup memukul yg tertuduh sehingga membawa maut? Kalau mereka bersalah sekalipun, bukan hukuman mati balasan nya.
Di mana kah rasa empathy di dalam jiwa kita? Tiadalah langsung simpati barang sedikit apabila melihat manusia lain dalam kesakitan?
Melayu ini bangsanya apa begini? Islam itu apa mengajar kita jadi zalim sedemikian rupa?
Tidak kah mereka pernah terbaca ayat ayat Allah yg menyebut ..sesiapa yg membunuh seorang manusia dgn tiada alasan yg membolehkan orang itu dibunuh, maka seolah olah dia telah membunuh manusia kesemuanya .. ?
Humanity, moral dan value kita sudah makin menipis. Agama Islam itu sendiri kita gagal manafaatkan untuk kebaikan sesama kita, apatah lagi manusia sejagat. Tidak perlu berlandaskan agama utk benteng diri kita dari buat kemusnahan sebegini.
KITA GAGAL
 
Bagi aku la. Kita melayu Islam ni kurang penghayatan terhadap sesuatu benda.

Ramai jer yang berpuasa. Ramai jer yang solat terawih. Tapi berapa ramai yang akan teruskan benda ni bila ramadan berlalu?

Solat berjemaah di masjid. Puasa sunat isnin dan khamis? Jawapannya tak ramai.

Paling dikhuatiri, diri kita (termasuk saya sendiri) rasa ibadah puasa ramadan itu semacam adat. Solat terawih itu seakan-akan budaya kita sebagai melayu Islam.

Di manakah penghayatan dalam mengerjakan ibadah-ibadah ni?

Kalau betul la kita menghayati semua ibadah kita lakukan semasa bulan puasa ni, insyaAllah benda baik yang kita buat tadi akan berterusan pada bulan syawal zulkaedah zulhijah dan seterusnya...

Peringatan bagi diri sendiri juga...

Kalau penghayatan tu mantap, semua benda ini takkan berlaku..
 
Back
Top
Log in Register