samesame
Active+ Member

- Messages
- 4,547
- Joined
- Sep 8, 2011
- Messages
- 4,547
- Reaction score
- 1,241
- Points
- 111
Ada sebuah kapal penumpang yang ditiup angin sehingga sampai ke sebuah pulau ditengah lautan yang dimiliki oleh Sang Raja Agong. Pulau itu kaya dengan segala batu permata samada mutiara,zamrud, zabarjad dan tanaman yang harum dan juga batu yang tiada nilai.
Dalam pulau itu juga mempunyai sungai dan kebun. Di situ juga ada kawasan larangan milik raja yang telah diletakkan sempadannya dan dikelilingi pagar yang dipenuhi dengan hamba wanita dan anak kecil.
Lalu penumpang kapal pun dibenarkan turun oleh kaptennya dengan pesanan: kita akan berada disini hanya beberapa hari sahaja. Ambillah peluang sepanjang kamu berada disini untuk mengambil apa sahaja tetapi jangan kamu masuk kawasan larangan raja.
Ada sekelompok penumpang bersungguh-sungguh mengutip mutiara da permata dan memikulnya. Mereka bersungguh-sungguh mengumpul dan jika terasa penat, mereka bayangkan kerugian bila tercecer masa dengan nilai permata yang diperolehi. Oleh itu mereka kurangkan tidur dan rehat dan menolak untuk bersantai menikmati keindahan pulau. Mereka bayangkan akan kesenangan yang akan diperolehi hasil dari harta bernilai itu bila sampai ke destinasi.
Ada sekelompok penumpang yang tidak mengambil apa-apa permata. Mereka utamakan tidur, bersantai dipantai-pantai dan ada yang membuat rumah-rumah walau untuk waktu yang singkat. Mereka mengutip kulit-kulit kerang dan siput dan kulit-kulit binatang untuk hiasan rumah sementara mereka. Mereka sebuk dengan nyayian dan cerita-cerita yang tiada faedah dan yang akan hanya menjadi kenangan.
Ada sekelompok penumpang mendatangi tempat larangan diraja, mengelilinginya dan menceroboh masuk. Mereka menyelongkar segala barangan diraja, memecah pintu-pintu dan mengambil segala simpanan diraja. Mereka bermain dengan dayang-dayang sehingga mereka lupa yang masa dipulau itu hanya sekejap dan perlu kembali ke kapal. Mereka membawa bersamanya barangan larangan raja.
Bila sampai masa, semboyan kapal dibunyikan menandakan waktu bertolak sudah tiba dan semua mesti menaiki kapal.
Adapun orang yang berjaya mengutip segala kekayaan di pulau itu, mereka begitu gembira dangan bawaan mereka.
Ada orang bersangatan sedih kerana tidak mengambil apa-apa yang bernilai. Mereka meninggalkan rumah-rumah yang telah mereka hiasi dengan kulit- kulit kerang, kulit binatang dan terpaksa meninggalkan rumah yang cantik.
Ada orang yang teramat sedih dan terpaksa menerima balasan kerana menceroboh dan mengambil harta larangan diraja yang dibawa bersama mereka.
Kapal itu pun menuju ke Bandar Raja Agong.
Telah diistiharkan ketibaan kapal tersebut di Bandar Raja Agong. Lalu diumumkan golongan yang telah singgah dipulau yang penuh dengan batu permata dan disambut oleh Sang Raja dan para tentera.
Dikatakan kepada mereka: tunjukkan barang-barang kamu kepada Sang Raja.
Ada golongan yang mengutip segala batu permata, maka ditunjukkan segala yang mereka miliki. Maka mereka dipuji oleh Sang Raja dan berkata: Kamu semua akan menjadi orang keutamaanKu dan akan Aku lantik kamu menjadi raja di kawasan-kawasan tertentu dan Aku anugerahkan apa sahaja yang diinginkan dari kekayaanKu berupa istana , wanita-wanita cantik dan berbagai lagi.
(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." (An Nahl: 32)
Manakala ada golongan yang tidak mengutip apa dari pulau. Maka Sang Raja berkata: Celaka kamu! Bukankan kamu dan orang-orang yang Aku lantik jadi raja pergi bersama-sama dan singgah dipulau yang sama yang penuh dengan permata? Lalu mereka menjawab: Benar tapi kami banyak tidur dan rehat. Dan kami juga sebuk membena rumah-rumah dan menghiasinya dengan kulit-kulit kerang dan kulit binatang. Kami banyak bernyanyi dan berhibur. Lalu dikatakan kepada mereka: celaka kamu semua, tidakkah kamu tahu yang kamu hanya singgah sekejap sahaja dipulau itu. Tiada orang yang berpesan kepada kamu? Mereka menjawab: Ada! Demi Allah! Kami memang sudah tahu tetapi kami abaikannya dan memekakan telinga. Lalu mereka menggigit jari kerana menyesal serta menangis kecuaian denga air mata darah
Sementara ada golongan yang membawa barangan haram hasil curian dari kawasan larangan Diraja. Mereka membawa beban dosa atas belakang mereka, penuh dengan putus asa, membisu dan kebingungan dan dalam keadaan mabuk dengan ketakutan. Mereka tergelincir dalam kesalahan, berasa menyesal tapi sudah terlambat. Sang Raja pun menghalau keluar dari istana dan diperintahkan masuk penjara Lalu mereka diseret dengan penuh hina dan mereka yakin hukuma berat menanti mereka.
Orang-orang yang dihimpunkan ke neraka Jahannam dengan diseret atas muka-muka mereka, mereka itulah orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalannya. (Al Furqaan:34)

Last edited: