BTC USD 85,483.4 Gold USD 4,128.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kita dan Handphone

goldnproperty

Active Member
Messages
1,844
Joined
Nov 27, 2012
Messages
1,844
Reaction score
98
Points
30
HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.

Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.

Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran

Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.

Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...
 
Pemandangan biasa hari Jumaat di masjid..

Ramai dok main fesbuk ngan whatsapp kat henpon masa khutbah Jumaat.. Dusshhh..!!
 
jarang dfikirkan a.k.a tanpa sedar Dan secara halus...bnyk sgt yg mlalaikan hasil penciptaan HP nih....
 
Kenapa nak salahkan gadget/peralatan sekiranya lalai dalam menunaikan tanggungjawab kepada ilahi?
Salahkan diri sendiri dulu.
 
Back
Top
Log in Register