BTC USD 81,575.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Wahab dan Syafi'e

Makam Lazat

Active Member
Messages
1,708
Joined
Aug 2, 2012
Messages
1,708
Reaction score
56
Points
30
Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e. Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur. Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak.
"sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!* (pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain. Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum. Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum. Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Note: Kalau tak faham jugak, elok bunuh diri je lah, kerana Otak anda tidak memberi apa-apa faedah kepada kemajuan , pembangunan dan ekonomi negara.

-selesai-

selfie sikit....(pakai batang selfie sambil tunjuk 2 jari tanpa sebab musabab yang jelas) *kechak!*
 
wahabi tu termasuk dalam golongan kafir atau murtad ke?

aku tanya je ni jangan tuduh aku bukan2 ok..:mad:
 
wahabi tu termasuk dalam golongan kafir atau murtad ke?

aku tanya je ni jangan tuduh aku bukan2 ok..:mad:

Cuba baca betul2 cerita tadi. Takde cerita pun pasal murtad ke kafir.

Cuma bezanya cara tafsiran berlainan utk ayat yg sama.
 
Ayah bukan Tuhan, TT. Penafsiran anak tidak ditanya semula oleh ayah.
Hati-hati buat karangan.

Kalau tak, takde mazhab Zohiri yang masih diiktiraf sebagai ASWJ.
Patut tukar jadi Zahir dan Shafi'e :)
 
Cuba baca betul2 cerita tadi. Takde cerita pun pasal murtad ke kafir.

Cuma bezanya cara tafsiran berlainan utk ayat yg sama.

so bukan murtad or kafir la?
islam memang saling sindir menyindir ke kalau salah pendapat?
aku tak pernah jumpa lak orang mengaku dia aliran wahabi..
yang aku tahu sejarah wahabi ni dari muhammad abdul wahab yang seterusnya tak semena2 jadi gelaran pada perbezaan pendapat..:))

again,,jangan tuduh bukan2..aku tanya je :mad:
 
wahabi tu termasuk dalam golongan kafir atau murtad ke?

aku tanya je ni jangan tuduh aku bukan2 ok..:mad:

mereka yang tidak mengikut dan menolak fahaman wahabi, adakah juga tergolong dalam golongan kafir atau murtad?
 
Perbincangan mendalam perlu..
Taklah sesimple cerita air secawan atau sebaldi...
Qiasan yg amat melulu..
 
Back
Top
Log in Register