BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Saidina Ali dan Pengemis

iisnain

Fun Poster
Messages
928
Joined
Dec 11, 2005
Messages
928
Reaction score
0
Points
10
Dpt di email beberapa ketika dulu....untuk renungan kita bersama..

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika
itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis
itu
pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang
diberi
oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali
menyuruh
pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan
Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali
dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin
menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan
untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji
akan
membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang
ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga
asal.
Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat
wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu
bertanya
"Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"
Apabila
Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu
ialah
Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong
orang yang dalam kesusahan.

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang
balasannya akan diterima di dunia lagi.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak
Allah
akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan
amalan
dan kebajikan dengan lebih banyak.
 
sekarang ni banyak pengemis yang menipu! camner lak tu..nak tulun ke x?
 
zaniey said:
sekarang ni banyak pengemis yang menipu! camner lak tu..nak tulun ke x?

Hehehe

Moralnya adelah mambantu org didalam kesusahan dan bukan tolong pengemis aje...

Hehehehe
 
zerylll said:
zaniey said:
sekarang ni banyak pengemis yang menipu! camner lak tu..nak tulun ke x?

Hehehe

Moralnya adelah mambantu org didalam kesusahan dan bukan tolong pengemis aje...

Hehehehe
aku susah nih
duit kantoi kat otosuf
sapa nk bantu arr :roll:
 
Aku kalau jumpe pengemis ni aku bagi je la ape yang aku dapat seluk dalam kocek... kalau 10sen, 10sen le die dapat, kalau singgit, singgit le die dapat..... memang banyak aku jumpe rupe cam penipu... tapi aku bagi gak... niat aku nak tolong die... kalau die buat tak betol penipu ke.. tu antare die ngan tuhan... yang penting kite mesti ikhlas.... :-)
 
aunpower said:

sejuk MATA aku membacanya!
aku tgh pokai nie............. hehehe :-D
ader sesape nk tolong!
 
Back
Top
Log in Register