Nazj
Active+ Member
- Messages
- 3,012
- Joined
- May 4, 2011
- Messages
- 3,012
- Reaction score
- 18
- Points
- 30
“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi gila seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Satu hari, Rasulullah S.A.W. melalui lorong itu dan mendengar cacian pengemis buta itu. Pengemis tua itu mengulang-ulang cacian seperti hari-hari biasa. Baginda pun tanpa menmperkenalkan dirinya mempelawa pengemis buta itu untuk baginda hantarnya ke rumah. Pengemis buta itu terpikir "Tidak pernah ada orang yang mahu memimpin aku ke rumah selama ini, bagus orang ini"...Dia pun dipimpin Rasulullah S.A.W. sehingga ke rumah. Sesampai di rumah pengemis itu, Rasulullah bertanya dengan lembut "Pakcik..sudah makan kah belum?". Pengemis tua itu menggelengkan kepala menunjukkan dia belum makan. Baginda mempelawa pengemis tua itu untuk makan. "Saya ada membawa makanan, mahukah pakcik makan makanan yang saya bawa ini?" . Pengemis tua itu mengangguk sambil berkata "Boleh juga, pakcik sememangnya belum makan lagi"kata pengemis tua itu. Baginda pun lalu menyuap pengemis tua itu dengan lembut dan sopan."Tidak pernah sesiapa pun sudi menyuap makanan ke dalam mulutku, ini orang pertama" fikir pengemis tua itu. Pengemis tua itu sangat berselera.
Sejak dari hari itu, Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada pengemis tua itu. Dan setiap kali itu jugalah pengemis tua itu tidak henti-henti mencaci "Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi gila seperti dia,"caci pengemis itu seharian tanpa menyedari yang menyuapnya makan itulah Rasulullah S.A.W.
Sehinggalah Baginda wafat, dan pada hari kewafatan Rasulullah S.A.W. pengemis tua itu tertunggu-tunggu orang yang selalu datang menyuapnya. Sebelum wafatnya Rasulullah, baginda sempat berpesan kepada Saidina Abu Bakar R.a. supaya ke rumah pengemis buta itu dan menyuapkan nasi kepadanya. Saidina Abu Bakar R.a. pun ke rumah pengemis buta itu dan meyuapnya makan.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
Betapa mulia dan lemah lembutnya keperibadian Rasulullah S.A.W. Aku bergenang air mata dengar kisah ni pagi tadi, ceramah ustaz. Ni aku just nak share je dengan warga CG, harap tak astrok..