BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Pohon Yang Paling Sunyi Di Dunia

graphicriver

Active Member
Messages
2,146
Paid Membership
Joined
Aug 11, 2009
Messages
2,146
Reaction score
575
Points
81
Entri kali ini bukanlah hendak bercerita dongeng atau mitos, kisah ini memang benar berlaku dan ianya ada. Bila sebut mengenai pohon pasti ramai yang tahu secara lumrah alamnya pohon hidup secara banyak di tempat-tempat yang subur, paling tidak pun hidup di kawasan yang punyai air. Sebut pula mengenai kesunyian itu pasti tidak lari dari hidup manusia. Hidup terpencil, jauh dari kesibukan manusia. Itulah perkara yang saya hendak sampaikan, bukanlah maksudnya hendak berpersonifikasi tetapi ianya memang ada.Pohon yang hidup kesunyian.

2f0d7jl.jpg


L'Arbre du Ténéré (pohon Tenere) disebut sebagai pohon yang kesunyian di dunia. Pohon yang berspecis akasia ini hidup sendirian di tengah-tengah gurun Sahara yang terletak dalam negara Nigeria. Usia pohon ini diperkirakan sudah mencapai ratusan tahun dan menjadi penanda kepada pelancong yang datang dan juga caravan. Pohon ini tumbuh menandakan permulaan tanah yang subur dan akan menghijau.

whfzo0.jpg


2nu3705.jpg


Istimewanya pohon ini pada tahun 1930-an, tentera Eropah dan Perancis yang datang menjarah bumi Afrika telah memasukkan kordinat pohon ini di dalam peta kempen ketenteraan mereka. Sehingga kinipun jika anda pergi ke google map ianya masih ada pada peta walaupun cuma sebatang pohon. Pohon akasia ini dikatakan mempunyai ciri daun hijau yang sihat dan juga berbunga walaupun hidup 250 batu ke dalam kawasan gurun Sahara. Akar pohon ini dianggarkan berukuran 100 kaki di dalam perut bumi bagi memastikan bekalan air dan nutrien didapati dengan secukupnya.

oa2lxe.jpg


Namun dikatakan pada tahun 1973 merupakan tahun terakhir pohon ini dapat dilihat hidup. Ia mati bukan secara semulajadi namun menurut masyarakat setempat pohon ini secara tidak sengaja dilanggar dengan trak sehingga menyebabkannya patah. Khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa pemandu tersbut mabuk, namun sehingga kini tidak ada siapa yang tahu siapakah orang yang melanggar tersebut.

2r428v8.jpg


Namun sebagai memperingati pohon unik ini kerajaan Nigeria telah mendirikan bangunan di mana tapak asal pohon ini hidup. Batang pohon Ténéré ditegakkan kembali dengan ukiran logam. Telah juga beberapa kali bangunan peringatan ini diubah yang menunjukkan bahawa pohon ini punyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Hal ini menjadi tarikan pelancong yang datang untuk melihat sendiri apa yang dikatakan sebagai pohonyang paling kesunyian di dunia.Sekian.

Kredit: Pena Kalam
 
klu kita manusia mau mati kutu ni
 
kurang ajar btul manusia yg langgar tu,,pohon tu punya la
seketul je kt situ pergi langgar
 
Back
Top
Log in Register