BTC USD 82,772.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Orang Pertama..

ErieAdn

Legendary Member
gem
Messages
11,188
Paid Membership
Joined
Apr 20, 2007
Messages
11,188
Reaction score
26
Points
120
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW
 
mungkin jawapan untuk no.3..andai salah, sila perbetulkan.

tentang Nabi Ibrahim berkhatan disebut pula di dalam kitab lain iaitu kitab agama Kristian. (Kitab-kitab karangan ulama Islam mengenainya tidak disebut di sini sebab mereka ditulis lama selepas penulisan kitab Bible dan juga al-Qur'an.) Sebutan Bible mengenai khatan Nabi Ibrahim dipetik daripada ALKITAB (Bible bahasa Indonesia/Melayu, terbitan Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta, 1996) berbunyi,

Kejadian 17:
9. Lagi firman Allah kepada Abraham: "Dari pihakmu, engkau harus memegang perjanjian-Ku, engkau dan keturunanmu turun-temurun.
10. Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat;
11. haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu.

24. Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.

Cerita ulama Islam mengenai khatan Nabi Ibrahim hampir serupa, iaitu ia adalah perintah Allah, dan dilakukan sendiri olehnya. Tetapi usia Nabi Ibrahim ketika berkhatan agak berbeza sedikit. Ulama Islam mengatakan 80 tahun berbanding 99 menurut Bible Kristian.
 
nabi ibrahim keturunan ape?

klo org putih sbb ade disebut dlm bible..so sape keturunan nabi ibrahim ni
 
nape bro? x caya ker? :-?

50-50

sebab kalau cakap orang pertama bermakna takde orang lain yang buat sebelumnya
jadi kalau Nabi Ibrahim (alaihi sallam) orang pertama berkhatan, bermakna...:o
 
Back
Top
Log in Register