BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah orang Jawa

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,844
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,844
Reaction score
215
Points
128
BUAT kali pertama dalam industri, sebuah telefilem yang berteraskan kehidupan masyarakat Jawa bakal diterbitkan Eeman Corporation Sendirian Berhad.

Telefilem yang menggunakan 100 peratus bahasa Jawa itu bertujuan mengetengahkan keunikan masyarakat Jawa di negara ini. Menggunakan judul Sugeh yang bermaksud kaya, telefilem ini mendapat sentuhan pengarah Thorpe Ali.

Menurut Thorpe, Sugeh memberi gambaran kehidupan masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan.

"Menerusi telefi lem ini, kita cuba tunjukkan sikap sebenar masyarakat Jawa. Walaupun berlaku pertelingkahan, namun mereka tetap bersatu dan sangat menitik beratkan hal-hal agama," katanya dalam sidang media sempena pelancaran telefilem itu, baru-baru ini.

Jelasnya, walaupun pada awalnya telefilem ini untuk tontonan umum, namun bagi beri ruang masyarakat Jawa memiliki naskhah itu, pihaknya mengubah tayangannya secara terus kepada orang ramai menggunakan konsep wayang pacak.

"Dulu, konsep wayang pacak ini sangat popular. Jadi kita mahu masyarakat terus mengingati kewujudannya. Selain dapat menyaksikan telefi lem ini beramai-ramai, ia membantu memulihara budaya kita.

"Kita akan menjelajah beberapa negeri bagi mengadakan wayang pacak ini termasuklah di Selangor, Johor dan Selatan Perak," katanya yang turut memasarkan telefilem itu dalam bentuk DVD.

Sugeh bakal ditayangkan September ini membariskan pelakon komedi popular tanah air seperti Datuk Jamali Shadat, Harun Salim Bachik, Ruminah Sidek, Herman Tino, Ebby Yus, Omar Scorr, Amm Raja Lawak, Betty Banafe dan DJ Pool.

Menariknya, pihak produksi turut mengundang seorang pelakon dari Russia, Victoria Khan.

Sementara itu, Jamali berkata, beliau berbangga kerana Eeman Corporation sedia menghasilkan fi lem tersebut demi mengangkat warisan masyarakat Jawa.

"Ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat Jawa, jadi anak Jawa tidak perlu malu mengakui bangsa dan budaya kita.

"Saya harap permulaan ini bukan pengakhiran, sebaliknya lebih banyak drama yang seperti ini dihasilkan," katanya.

p/s aku bukan jawa

image.JPG


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kisah-orang-jawa-1.65556
 
thorpe tu nama jawa ke
hurmm
 
ade keunikan..kena tgk citer ni..leh kenai gak bahasa jawa..
 
yeahhh!! hidup jawaaaaa!! :)) orang jawa ni kelakar.......tapi guraunya ganas sekali!:))
 
nanti kene baling taik lagila kedutaan Malaysia kali ni kes curi bahasa jawa plak
 
Back
Top
Log in Register