BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kisah nyata azab kubur

azab kubur itu pasti....
 
Pasti dan pasti..moga aman dari azab kubur
 
delete dulu yg pelik2 dlm pc korang..
pastu cite azab kubur.
banyak harta karun dlm tau..masing2 tau la.. :p
azab kubur tak de yg TERLEPAS..:)cgrock
 
amalkan baca surah al-sajadah dgn al-mulk,insyaALLAH lps seksa kubur...
 


Pendirian Hizbut Tahrir
Soalan Lazim (FAQ) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)

Soalan:
Apa pandangan Hizbut Tahrir mengenai azab kubur?

Jawapan:
Hizbut Tahrir tidak pernah membahaskan tentang azab kubur di dalam mana-mana kitabnya. Dengan kata lain, secara rasminya Hizbut Tahrir tidak pernah mengeluarkan apa-apa pendapat mengenai azab kubur.
Apa yang dijelaskan dan menjadi pegangan Hizbut Tahrir ialah berhubung kedudukan hadis ahad yang bernilai dzann (dugaan) bukan qathie (pasti). Namun perlu difahami bahawa apabila Hizbut Tahrir tidak men-tabanni perincian mengenai azab kubur, bukanlah bererti bahawa Hizbut Tahrir mengingkari azab kubur seperti tohmahan sesetengah pihak yang membuat kesimpulan sendiri berhubung perkara ini. Dalil mengenai azab kubur, walaupun dari segi khabarnya ahad, tetapi ia merupakan hadis sahih. Hizbut Tahrir mewajibkan pembenaran (tasdiq) pada setiap hadis sahih.
Hizbut Tahrir menegaskan bahawa dalil dalam masalah akidah wajib diambil dari sumber yang bersifat qathie (pasti), bukan sumber yang dzanni (dugaan). Adapun apabila dalil tersebut berupa hadis ahad, maka ia tidak bersifat pasti. Jika dalil tersebut sahih, maka ia bernilai ghalabatu dzann (dugaan kuat), sehingga perkara akidah yang dikandungnya dibenarkan dengan pembenaran yang bersifat dzanni (dugaan), bukan pembenaran yang bersifat jazim (pasti), kerana ia tidak boleh diyakini dan tidak pula dipastikan kebenarannya (sebagai sebahagian dari perkara akidah). Hal ini kerana akidah adalah kepastian, sementara hadis ahad tidak bernilai kepastian, ia hanyalah bernilai dzann. Orang yang mengingkari hadis ahad tidak dihukum kafir, namun hadis ahad juga tidak boleh didustakannya, kerana jika boleh mendustakannya, nescaya boleh juga mendustakan seluruh hukum-hukum syariat yang diambil dari dalil-dalil dzanni, sedangkan tidak ada seorang pun antara kaum Muslimin yang berpendapat sedemikian.
Siapa pun yang mengkaji pasti akan mengetahui bahawa para ulama berbeza pendapat mengenai penerimaan khabar ahad dalam masalah akidah, dan jumhur ulama tidak menerimanya. Namun mereka tidak pernah menyesatkan sesama mereka, hanya kerana perbezaan pendapat dalam soal ini
 

Roh alam barzakh saling menziarahi​

FOTO Hiasan.
FOTO Hiasan.
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa)”

Adakah ayat itu bermaksud, semua nabi dan rasul yang diseksa dan dianiaya, termasuk kanak-kanak yang dizalimi, binatang yang disakitinya tidak berhak menuntut balasan ke atas mereka yang melakukan kezaliman itu kerana ia berpunca daripada mereka sendiri?

Segala bentuk kezaliman dilakukan ke atas nabi dan rasul, begitu juga ke atas orang yang tidak bersalah dan berdosa antaranya bertujuan supaya Allah mengangkat darjat mereka.

Sedangkan penyeksaan dilakukan terhadap binatang sebenarnya kita tidak dapat melihat hikmah yang terselindung di sebaliknya, hanya dalam ilmu Allah SWT jua pada hari kiamat nanti.

Allah SWT berkuasa menentukan segala-galanya. Ada antara mereka dimasukkan ke syurga bukan disebabkan amalan mereka dan ada pula yang akan dibalas dengan api neraka sehingga selesai segala kesalahan mereka lakukan.

2. Bagaimana keadaan orang yang meninggal dunia di dalam kubur dan pada hari kiamat nanti?

Orang yang meninggal dunia di dalam kubur saling ziarah menziarahi dalam keadaan berbalut kain kapan masing-masing
tetapi apabila mereka dibangkitkan pada hari kiamat nanti, mereka dalam keadaan telanjang, kecuali yang gugur syahid di medan pertempuran.

Terdapat hadis diriwayatkan daripada Saidina Ali yang bermaksud: “Orang pertama yang akan diberikan persalinan pakaian iaitu dua helai kain Qibti ialah Nabi Ibrahim, selepas itu dikurniakan pula kepada Nabi Muhammad SAW kain Hibrah yang didatangkan daripada pihak kanan Arasy sebelum mereka berdua dibawa masuk ke syurga. Selepas itu, barulah akan diberikan pakaian kepada sesiapa yang Allah kehendaki sebelum mereka dibawa ke syurga.”

3. Adakah roh di alam barzakh saling mengenali antara satu sama lain?

Roh bagi orang beriman akan terus mendapat nikmat yang berkekalan. Mereka (yang hidup dalam suatu alam dinamakan barzakh) mengenali antara satu sama lain.

Suami mengenali isterinya begitu juga sebaliknya. Bapa mengenali anaknya dan begitulah sebaliknya. Selain itu, sahabat mengenali sahabat yang lain, bahkan mereka saling ziarah menziarahi.

Segala kebaikan dan perkara kebajikan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu didatangkan dalam bentuk kebaikan tidak kira sama ada kecil mahupun besar.

Walaupun kebaikan dilakukan itu hanyalah sekadar memberi minum seteguk air kepada orang yang memerlukan tetapi pahalanya amat besar di sisi Allah SWT.

4. Orang yang meninggal dunia kerana lemas dan tenggelam di lautan adakah akan disoal oleh Munkar dan Nakir? Bagaimana pula dengan kanak-kanak dan orang yang mati syahid dalam peperangan Sabil?

Kanak-kanak yang masih kecil dan orang yang mati syahid di medan perang, mereka terselamat dan tidak akan ditanya oleh Munkar dan Nakir ketika dimasukkan ke dalam kubur.

Manakala orang yang mati lemas dan tenggelam di lautan, yang mati syahid dunia, orang gila, orang yang meninggal dunia pada malam Jumaat, orang yang mati pada zaman kemelesetan atau mati di tempat yang tidak mempunyai makanan (mati kelaparan), semua mereka akan disoal oleh Munkar dan Nakir tetapi soalan dalam bentuk penghormatan, senang dan mudah untuk menjawabnya.

Akhirnya, mereka juga akan terselamat daripada seksa kubur. Selain daripada mereka yang dinyatakan itu, mereka akan menghadapi soalan Munkar dan Nakir dalam bentuk yang amat berat sekali.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz
 
Back
Top
Log in Register