BTC USD 82,961.5 Gold USD 4,148.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai kisah kehidupan..

aeddyz_2649

Fun Poster
Messages
711
Joined
Mar 31, 2010
Messages
711
Reaction score
3
Points
15
sekadar ingan berkongsi ape yang telah sy lalui..dan akhirnya terciptalah satu karangan yang sy wat sendiri..huhu :(( sedih sungguh..

Kehidupan adalah sesuatu yang rumit jika dipandang dari sudut yang berlainan, kehidupan itu adalah sesuatu yang berharga kerana daripadanya kita dapat belajar mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Kehidupan yang telah mematangkan manusia. Kadangkala kehidupan itu telah dapat membanggakan hidup dan juga telah dapat menjatuhkan seseorang itu. Apabila seseorang itu telah jatuh, maka begitu payahnya untuk dia bangkit semula daripada kejatuhan yang dialaminya.

Maka dengan itu, nilailah sesuatu kehidupan itu dengan sebaiknya kerana kehidupan di usia muda hanya datang sekali, selebihnya adalah ketentuan dari Ilahi. Umur tidak menggambarkan usia sebenar pemiliknya, tetapi melalui pengalaman dan cara pemikirannya kita dapat menilai kematangan seseorang itu.

Setiap insan punyai matlamat dan haluan hidup yang berbeza dan tersendiri. Kita adalah tidak layak tuk menghakimi jalan yang dipilih kerana mungkin ianya ada sebab tersendiri yang kita sendiri tidak ketahui mengapa dia memilih jalan tersebut kerana percayalah bahawa setiap insan mahukan yang terbaik dalam hidupnya.

Jangan sesekali mengubah matlamat yang murni, kerana disebalik perjuangannya mungkin tersirat seribu makna yang mungkin tidak terduga oleh kita. Bahawasanya setiap keputusan yang telah dibuat adalah lahir dari hati yang suci, membawa erti dan maksud yang mendalam sehingga sukar untuk diterima.

Percayalah bahwa keptusannya adalah yang terbaik tuk dirinya malahan juga untuk orang lain. Ingatlah dimana letakknya diri kita dan jangan sesekali merendah-rendah mahupun memperlekehkan keptusannya kerana mungkin akan terkena pada diri kita.

Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar tidak kira masa, kadangkala kita berada diatas dan akan sampai masanya kita berada di bawah. Apabila kita berada diatas janganlah sesekali menindas mahupun melakukan perkara yang tidak sewajarnya kerana akan sampai masanya kita berada di bawah.

Apabila ini terjadi, maka apa yang telah dilakukan terdahulu akan terbalas dan dendam kesumat akan membinasakan diri atas apa yang telah kita lakukan. Setiap insan juga punyai identity,gaya dan cara yang tersendiri.

Sesunggunya setiap insan punyai hati dan perasaan. Maka perlulah kita menjaga hati dan perasaan orang lain agar orang lain juga akan menjaga hati dan perasaan kita sepertimana kita menjaga hati dan perasaanya.

Anggapla sesuatu yang berlaku itu sebagai sebuah pengajaran atau pedoman buat kita kerana setiap dari apa yang berlaku juga datangnya dari keburukan diri kita. Sesungguhnya kita ini hanyalah manusia biasa yang juga mempunyai kelemahan dan kekurangan sepertimana juga orang lain.

semoga kite akan dapat melalui kehidupan kite dengan jalan yang terbaik dan lebih bermakna dari hari semalam hendaknye..Amminn..
 
bahagia.jpg

. .
 
Back
Top
Log in Register