BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Jurutera Berpendapatan RM 20,000 Sebulan Tersonto t oleh ASB-Loan

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Kisah Jurutera Berpendapatan RM 20,000 Sebulan Tersonto t oleh ASB-Loan
Pakdi.net March 5, 2015

Ini adalah dari status Facebook Tuan Faizul Ridzuan, penulis buku WTF ? 23 Properties by 30. --> http://www.pakdi.net/wtf-23-properties-by-30-buku-pelaburan-hartanah-faizul-ridzuan/

—–

Ada hamba Allah ni yang bekerja sebagai engineer di syarikat minyak datang berjumpa saya semalam untuk sesi 1-on-1. Pendapatan beliau RM20k sebulan, komitmen tak tinggi dan baru-baru ini beliau nak buat loan pembelian hartanah baru yang harganya cuma 100k ( komitmen ansuran bulanan cuma RM500) .

Beliau dapat kejutan kerana permohonan loan rumah baru tu kena reject. Beliau rasa hairan sebab CCRIS cantik dan pendapatan pun memang ok.
.

Bila saya tengok CCRIS report hamba Allah ni, saya dapati beliau ada ASB loan RM200k. Lepas kira-kira, baru beliau faham kenapa walaupun gaji beliau tinggi, nak pinjam 100k untuk beli rumah pun susah sebab ASB loan. Terkedu sebentar beliau lepas dengar penjelasan saya sebab dia cakap ejen jualan ASB loan ni cakap ASB loan takkan kacau CCRIS beliau. Apapun saya berikan beliau cara untuk melepaskan diri dari masalah ini dan tunjukkan cara bagaimana dia boleh bina portfolio bernilai RM6 juta dengan pendapatan saraan RM28,000 sebulan. Bukan susah kalau tahu cara nak buat.

Sebab inilah saya memang tak galakkan orang yang nak bergiat aktif dalam membina portfolio hartanah mengambil ASB loan awal-awal. So saya minta kawan kawan berhati-hati bila nak buat ASB loan terutamanya mereka yang nak beli hartanah dalam masa terdekat.

ASB loan kalau anda tengok dalam laporan CCRIS anda, ia akan dilabelkan sebagai personal loan. Kalau anda ambil loan ASB RM 200k, akan ada beberapa bank ( bukan semua bank) yang akan kira minimum komitmen bulanan anda 5% dari total loan exposure, seperti berikut :

Monthly repayment : RM200,000 loan x 5% : RM10,000.

So kalau komitment bulanan dari ASB loan dikira sebagai RM10,000 seperti kes di-atas, memang susah la kalau nak ambil loan rumah baru. Saya juga nak jelaskan yang saya bukannya anti-ASB loan. Tetapi, kalau anda nak melabur dalam hartanah dan nak buat pinjaman bank, kena faham apa implikasi ASB loan kepada anda. Ada beberapa cara yang anda boleh pakai untuk melabur secara selamat dalam hartanah walaupun mahu atau sudah ada ASB loan.

Cari ilmu, baru melabur.

http://www.pakdi.net/kisah-jurutera-berpendapatan-rm-20000-sebulan-ter******-oleh-asb-loan/
 
betul tu..saya apun ada pengalaman yang sama....bila adah ada ASB loan,nak buat loan rumah pun tak lepas.jadi kna withdraw.jadi sangat rugi...
 
aik.. xlepas loan umah... gaji 20k tu.. huhu..

mesti dia ada komitmen lain tu selain asb.. :D
 
btol! aku kena macam ni....kena paham ape tu ASB loan dan ASB..berbeza..tak pasal pasal aku gi bank negara pi settlekan sikit je kena CCRIS
 
aik.. xlepas loan umah... gaji 20k tu.. huhu..

mesti dia ada komitmen lain tu selain asb.. :D

mmg btol bro..wpun gaji besar bro kena paham ASB loan beza dgn ASB biasa
 
Pergh rm20k pon tak lepas loan
 
cash dan risk management x kira sebelum ambil asb loan..

bukan asb loan je, mana² loan kena ambil kira aliran wang tunai dan risiko
 
xperlu buat loan utk asb..masuk cam biasa...xperlu rushing nk sgt duit pulangan asb tu..
 
musykil btol aku gaji 20k nak beli rumah 100k tak lepas..lasb 200k..

klu cmtu simpan je lah cash tu 10k sbulan.
10 bulan dah 100k..beli cash

atau rumah 100k ni dia tak layak nak aply?utk org2 gaji 3k je kot..agaknya..pastu slhkan asb
 
kalu kire dsr..utk umh...x silap 70% dr jumalh gj

20 k x 0.70

= 14 ooo

ni had limit max..utk segala mothly hutang2

bulanan lasb 1200

ada baki 12 800 utk monthly segala hutang2....


waw..tak lepas.....


ada tak opiser bank kt cg ni leh ulas...atau otai2...

ce bg ulasan...
 
Back
Top
Log in Register