BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Dalam Hidup Yang Membuatkan Anda Insaf

melbo2820

Fun Poster
Messages
568
Joined
Jan 3, 2008
Messages
568
Reaction score
0
Points
10
A'kum admin, jikalau thread ni dah ada sila padam.

A'kum semua warga CG:)cgrock, marilah kita berkongsi peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam diri kita yang membuatkan saudara-saudari insaf.Kita kembali sejenak ke tahun dahulunya, sebelum hari ini dan tahun ini.Tak kiralah peristiwa itu sedih, terharu, gembira, menyayat hati.

Marilah kita bersama-sama menceritakan peristiwa tersebut agar dijadikan panduan dan penghayatan rohani dan jasmani agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku terhadap orang lain.

Silakan saudara-saudariku semua.

Sekian, terima kasih.
 
Emm,bagustu
Kawe ada crita yg menyebabkan kawe insaf
Adalaa satu hari, kawe jalan2 kat bandar
kawe terjupe seorang ayah dgn anak pompuan (lbih kurang 1tahun)
duk kat shopping..mengemis
hati kawe tguris,,tertanya2 dah makan ker anakyer
lalu kawe wi $1...sjak aritu kawe tanam nak study sungguh2 tlg anak yatim dan mohom rezeki lebih utk bantu
org susah...

2. Kawe puji seorang sahabat ni..member lama..dah jadi doktor .masa2 sekolah..dia suka senyum,slalu mengajar al-quran kat jiran2,kadang2 slalu bawa adik dia yg kecik jalan2..ni...satu ari aku ada miscall dia..so mlm tu dgn hujan dia call balik aku..kawe tanya buat apa masa hujan2 mcm ni..dia kata mak dia suruh beli nyiur kat kdai...btapa sayangyer dia kpada mak dia.....aku pun haru shargai masa yg diberi oleh Allah utk bersama ayah dan mak ..bukan manja..tapi slpas tu tiada lagi saat2 bersama...so skrg aku kerja kelantan...dpatjugalaa jenguk2 ayah,mak..tlg apa yg patut:">
 
Bagus bro...berani bercerita di sini...moga diberi hidayah dan panduan oleh ALLAH.
 
1) masa aku nmpk emak aku menangis sbb tgk result PMR aku..aku cuma dpt 2A 5B 1C 1D...lg dua org sedara aku dpt 8A..siap wat kenduri lg..betul2 rasa jantung aku macam kena tikam masa ternmpk emak aku menangis...

Pastu aku belajar rajin2..SPM dpt best student kat S.teknik Shah Alam..tp emak aku menangis gak..pelik tul la perempuan ni...suka tul nangis...hehehehe....

2)Awek aku kena kebas org ngan cara kotor..org tu guna bomoh dr indon...aku panik tak tau nk wat apa..cuma yassin je yg dpt tenang kan aku masa tu..

skrg ni takde apa2 lg ngan ex aku tu..yg bagusnya..aku terhafal surah yassin tu sbb terlalu kerap baca...
 
salam..

tumpang lalu k..

peristiwa aku plak..kemalangan di jln tun razak ..kl

kereta yg aku naiki telah dihempap oleh kereta yg terbabas dari jln bertentangan ( langgar pembahagi jln n terbang atas keta yg aku naiki )

chinese tu mati kat situ gak pecah kepala/mabuk...pemandu keta yg aku naiki patah tengkok,aku cedera...sorang lagi sebelah pemandu pun cedera..

Aku dan semua masih dipinjamkan usia oleh Allah swt.Seram aku..kalau tak bersepai kepala kita org dicantas keta chinese tu...2 bulan lagi aku nak kawin tu..

sampai sekarang kalau aku teringat..tgh laju terus slowww..
mmg hampeh mabuk memandu nie..
 
1) masa aku nmpk emak aku menangis sbb tgk result PMR aku..aku cuma dpt 2A 5B 1C 1D...lg dua org sedara aku dpt 8A..siap wat kenduri lg..betul2 rasa jantung aku macam kena tikam masa ternmpk emak aku menangis...

Pastu aku belajar rajin2..SPM dpt best student kat S.teknik Shah Alam..tp emak aku menangis gak..pelik tul la perempuan ni...suka tul nangis...hehehehe....

2)Awek aku kena kebas org ngan cara kotor..org tu guna bomoh dr indon...aku panik tak tau nk wat apa..cuma yassin je yg dpt tenang kan aku masa tu..

skrg ni takde apa2 lg ngan ex aku tu..yg bagusnya..aku terhafal surah yassin tu sbb terlalu kerap baca...

:(scam :(scam :(scam
:)paid :)paid :)paid
:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
emm...aku xde byk sgt cite ngeri ni...tp ader cier yg wat aku terpk2 smpai skrg...x best mne la cte ni...mse 2 aku at form 6 lg...blk skolah aku pnt sgt, aku trs tdo...tdo...tgh2 tdo 2 ttbe aku rse ader org cam tepuk blakang aku...aku ckp btl ni...aku btl2 rse org tepuk blakang aku 2...padahal time 2 aku sorng jer kat rmh...lps die tpk 2 aku trs terjge..tp yg best nye, time aku kne tepuk n terjge 2, tepat2 time azan asar...aku jd terbingung2 ps2...adakah tepukan itu tok kejut kan aku supaya solat asar???
 
sy dulu pun seorang perokok yang aktif...
sehari 2 kotak besar marlboro... = 40 batang sehari...

1 hari, saya ke hospital melawat rakan sy yg kena kanser hati... mengikut kata doktor, akibat merokok... hatinya rosak...
keadaannya amat menyedihkan, di katil sebelah2nya ramai lagi pesakit akibat rokok... ada yang kanser paru-paru, tekak, mulut dsbnya...
kecut tengok keadaan mereka... rata2 mereka dianggarkan boleh hidup tak sampai setahun... lebih memilukan keadaan masing2 sgt tenat, pelbagai alat bantuan, wayar2, pam pernafasan, dan alat pergerakan nadi... anak, isteri dan sanak saudara ramai yang melawat dengan muka yang penuh hiba... melihat pesakit mengerang2 menahan kesakitan walaupun diberi ubat pelali...

saya sempat melawat dan bertanya khabar seorang dua, salah seorangnya seorg pemuda berusia 34 tahun yang hanya terbaring, penuh bantuan pernafasan, alat2, wayar ditemani isteri dan seorang anak dlm linkungan usia 4 tahun... sy tanya isterinya ikut kata doktor hanya tinggal beberapa bulan suaminya boleh hidup. setiap kali dia batuk, akan terkeluar darah bercampur cecair seolah2 minyak tar hitam pekat dr mulutnya... dia hisap rokok sehari 20-30 batang... dengar khabar, dia dah meninggal dunia...

kebetulan, doktor yg merawat kawan sy nih, sy agak kenal, sebab selalu terserempak mkn tengahari di sebuah restoran... sy tanya kepada beliau tentang rokok... dia bawa sy ke biliknya dan bercerita tentang rokok... di dalam biliknya, terdapat banyak sampel2 peparu sebenar perokok yang telah mati diawet semula mengikut jumlah batang dan tempoh merokok... sy anggarkan tempoh sy hisap rokok selama 10 tahun dan 20 batang sehari... masya-Allah, sy lihat sampel peparu 10thn/20btg sehari, hitam dan nak berupa akar kayu... mcmmana kalau 20thn/20btg, 20thn/30btg dsbnya ?

doktor tu orangnya alim & warak... dia nasihatkan sy suruh berenti merokok, katanya cara terbaik ialah dengan mengaitkan rokok dengan hukum... sesetengah ulama' mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ianya makhruh... dia kata katakanlah makhruh... Rasulullah benci pada perbuatan makhruh... dan perbuatan makhruh jika diulang2 hukumnya jadi haram... dan dia kata lagi, Allah bagi kita akal, Allah jadikan kita cukup sempurna, kita yang menzalimi diri dengan meracuni diri sehingga boleh mengakibatkan sakit dan maut... saya terfikir dan dari detik tu sampai sekarang sy berenti merokok...

untuk pengetahuan, rakan sy tuh dah meninggal dunia pada awal Januari lepas akibat kanser hati dan merebak ke usus akibat dari merokok...

dan alhamdulillah, hari ni sy rasa sihat, segar dan banyak duit boleh disimpan...

sekadar berkongsi pengalaman...

wallahualam...
 
Back
Top
Log in Register