BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah bumi dan langit

Be a Yed

Banned
Messages
1,289
Joined
Dec 23, 2010
Messages
1,289
Reaction score
103
Points
33
KISAH BUMI DAN LANGIT
adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.
berkata dia kepada langit,
"hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam tanaman, beberapa gunung dan lain-lain"
berkata langit, "hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku,"
berkata bumi, "hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)
Bumi berkata lagi, "hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekali alam, seutama-utamnya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. dan dia menjalankan syari'atnya juga ditempaku."
langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian, langit mendiamkan diri dan dia menghadap Allah SWT dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yg tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga"
lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab,
"Jangalah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S berkata,
"Ya Allah, apakah kiamat telah sampai??"
Allah SWT berfirman, maksudnya, "tidak, wahai Jibrail. tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
kemudian Jibrail AS pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Dia antara 40,000 buraq itu, Jibrail AS terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S menghampiri buraq itu lalu bertanya,
"mengapa engkau menangis, ya buraq??"



Berkata buraq,
"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. aku laksana dibakar oleh api kerinduan".
Berkata Jibrail AS,.
"aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
kemudian Jibrail A.S memakaikan pelana dan kenang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Wallahu'alam.
buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
 
Last edited:
seronok baca citer2 mcm ni kn.. :)
barulah kte tau sedikit sebanyk sejarah2 nya..
 
ada sambungan tak TT.. update kat 1st page ye.. tq
 
yup sama dengan yg sy dengar dari seorang pendakwah dan penceramah
 
panjang lagi cite tu...lagi TT...aku tgh boring nie...
 
maaf kawan2...hanya itu cerita yg saya dpt tahu....kalo ada sambungan nya saya masukkan sini....saya cuba cari lg...insyallah..
 
40 ribu ekor..
banyak jgk tu.
camne rupa ek
 
Back
Top
Log in Register