BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah benar : kawan aku hampir2 kena scam ~~~

ini kes yang berkaitan jugak aku rasa..
lebih kurang la pattern nya...

http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Ibu tunggal ditipu RM5j

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan,com.my

KUALA LUMPUR 23 Mei - Tertarik dengan ketampanan seorang lelaki mendakwa pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkat jeneral dalam sebuah laman sosial, seorang wanita berusia 63 tahun bergelar jutawan sanggup bergolok-gadai selepas mereka menjadi kekasih.

Curiga melihat kisah percintaan ibunya yang turut memberikan wang kepada pegawai tentera itu selepas menjual harta benda kononnya untuk pelaburan, salah seorang daripada tiga anak wanita berusia 63 tahun itu bertindak membuat laporan polis.

Sejak berkenalan dengan lelaki terbabit, pemilik firma audit itu telah menjual sebuah banglo miliknya di Bangsar bernilai RM3.5 juta dan beberapa bidang tanah yang kesemuanya berjumlah RM5 juta bagi menyalurkan wang kepada kekasihnya itu untuk tujuan pelaburan.
 
pemilik firma audit - bukan calang2 org tu.
 
tu la pasal...

dah la kawan aku sendiri plk tu yg percaya..
aih...aku sendiri mcm tak percaya kawan aku ni boleh percaya kepada scam ni...

so bila aku pikir logik, mmg akan ada lagi yg boleh terpedaya di masa akan datang..

buat CGrians yg dah ada pendedahan pasal scam spam tipu menipu ni, tolonglah kasitau kawan2 yg lain pasal benda2 ni..

elakkan diorang dari tertipu...

so skrng kawan awak masih percaya lagi ke stelah awak explain?...apa yg awk bagi tau kt dia?
 
Salam...

Pagi tadi dengar kat Hot FM pasal warga emas yg kena tipu berjuta2, teringat plk aku kepada kawan aku sorang ni...

smlm dia email aku tanya pendapat pasal investment..
aku baca2, kat bawah sekali dia ada sertakan email awal yg dia terima..

peh..spam mail rupanya...
nasib baik dia tanya pendapat aku..
dapat lah aku tolong kasitau yg benda ni SPAM..
rasanya masih ramai orang yg akan percaya benda2 mcm ni..
camne nak tolong orang2 kita dari terjebak ke dalam spam mail ni ye?

ni aku pastekan email yg kawan aku tu anto dan email yg dia terima....
jom kita sama2 bantu kawan2 kita dari tertipu dengan SPAM/SCAM..

---------------

From: A
Sent: Wednesday, May 23, 2012 4:06 PM
To: Hidier
Subject: FW: MY HEART DESIRE

Asalamualaikum…

Hidier,…aku ade masalh sikit ne…..ade org nak buat investment kat negara kita…masalhnya aku amat kurang pengalaman

Mane yg aku tahu kita kena ikut undang2 negara kita kan…

Dan dia memang x tau nak invest dlm bidang ape??

Aku ade cadangkan kat dia buat hartanah macam perumahan ke resort ,

Dia KERJA SEBAGAI Asst Manager Engerning HP Komputer kat UK

Bapak dia org sabah mak dia org luar Negara…mereka dah 28thn x balik sini

Dia org hanya kenal aku sorang….ko x yah piker macam mana aku kenal dia…

[isi email seterusnya aku delete...panjang..hehe]

[bawah ni email yg kawan aku terima]
------------------------------------------

To: A
Subject: RE: MY HEART DESIRE



....i would like to invest in a lucrative place, and it depends on what i will invest on that is why i need your help to tell me what exactly i can invest on, maybe both of us can invest together. then about the accommodation [were I'll stay when i come over] i also need you to tell me which state is very cool for me to buy a house a very conducive environment...I will be coming alone.
Check my various pictures i sent to you,,. ..I hope you like them dear.....haaaaa....one thing you should know more about me is that I am a very honest and modest lady...hope you like that..i speak very little Malay too... i will be on my computer waiting to read again from you...your sweet words and assuring too....thank you so much...am so glad i meet you...take care now... please call me

sejibik macam member aku kena.... siap post gambar sexy, dia ckp mak dia org sabah, tapi tinggal kat UK, dia ade post barang kat alamat member aku ni, tapi barang tu tak sampai pun, dia mesej je, tapi siap bagi tracking number, boleh cek kat internet, tapi web courier/parcel tu mungkin dia create sendiri, dia pos jersi liverpool, note book, phone dan duit 200k pound sterling, bila bila aku cek tracking number, parcel tu dah sampai kat kota kinabalu, bila dah sampai member ni pun ctc la nombor hp, sekali mat saleh daaa yg jawab, dia ckp dlm bhsa ingris la, dia ckp klu nak ambil barang ni, kena byr dulu 2 ribu atau 3 ribu, tak ingat daaa.... aku ckp dgn member ni, x pyh pecaya, scam ni.... yg tak tak tahan tu, gambar banyak siot dia bg email kat member ni.. layan la, tu yg sampai pecaya tu.. :D siap nak datng sabah, then nak tdo kat hotel beberapa hari.. mengarut betul..
 
sayang nya duit dah ada juta-juta
masih tak cukup lagi..itu lah nikmat
yang di tarik olih NYA..dalam sekelip mata..

fikir-fikirkan..
 
so skrng kawan awak masih percaya lagi ke stelah awak explain?...apa yg awk bagi tau kt dia?

dia dah x percaya...

ni antara benda2 yg aku cakap :

mengarut...
ni SPAM namanya...

ko jgn percaya plk..
kang tak pepasal ko kena tipu... hahaha


buat ***** jek..
kadang2, ni scammer nye tektik..
jgn percaya...

aku pon pernah dapat email mcm ni..
siap ada gambor lagi diorang kasi..
 
sejibik macam member aku kena.... siap post gambar sexy, dia ckp mak dia org sabah, tapi tinggal kat UK, dia ade post barang kat alamat member aku ni, tapi barang tu tak sampai pun, dia mesej je, tapi siap bagi tracking number, boleh cek kat internet, tapi web courier/parcel tu mungkin dia create sendiri, dia pos jersi liverpool, note book, phone dan duit 200k pound sterling, bila bila aku cek tracking number, parcel tu dah sampai kat kota kinabalu, bila dah sampai member ni pun ctc la nombor hp, sekali mat saleh daaa yg jawab, dia ckp dlm bhsa ingris la, dia ckp klu nak ambil barang ni, kena byr dulu 2 ribu atau 3 ribu, tak ingat daaa.... aku ckp dgn member ni, x pyh pecaya, scam ni.... yg tak tak tahan tu, gambar banyak siot dia bg email kat member ni.. layan la, tu yg sampai pecaya tu.. :D siap nak datng sabah, then nak tdo kat hotel beberapa hari.. mengarut betul..

nice !!!

TQ..

aku dah C&P apa yang ko tulis n email kasi kat kawan aku.. :D
 
email scam

email scam yang aku dapat semalam. agak fail

428495_10150842571393506_656233505_9825210_423242989_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register