Smart Biz
Banned
- Messages
- 314
- Joined
- Mar 30, 2011
- Messages
- 314
- Reaction score
- 9
- Points
- 15
Kes Pertama (Julai 2009)
Aku dilanggar oleh sebuah kereta kelisa yang mana pemandunya berbangsa CIna..Kecederaan agak serius.
Dimasukkan ke hospital besar ipoh.. Lepas 1 minggu aku di caj..
Pulang ke rumah org tua..
Selepas 2 minggu atas kerusi roda, aku mula menggunakan tongkat yang di berikan wakil insuran kepada aku..
Bosan tinggal terperuk di rumah..Aku pon ajak le mak dengan bapak aku pergi memancing di kawasan lombong sekitar Kampung Pisang, Batu Gajah.Mencari ikan Talapia untuk santapan
Di sini lah bermulanya cerita aku.....
(September 2009,)
Kaki aku ni kena selalu ulang alik ke hospital untuk rawatan susulan..
Hari tu hari Jumaat, aku ke hospital lagi..Org memang ramai tapi yang bestnya kalau kita guna tongkat dapat keutamaan hehehe
)
Selesai Xray dan sebagainya aku balik ke rumah macam biasa..
Orang pergi sembahyang Jumaat aku cuma dapat Ushar ja..apa boleh buat..
Jam 2.40 petang, aku siapkan rod pancing aku dengan Umpan anak seluang untuk memburu ikan RAJA di lombong yang aku pergi tempoh hari..Hari ni aku pergi sorang diri bertemankan tongkat sakti aku..
Lubuk yang bakal aku ceritakan kat korang ni memang banyak ikan special..tapi 'KERAS'..Kawasan tu nampak macam seronok sebab takde orang sampai, bersih dan banyak pokok Jawi..sejukkk je walaupon tengah hari terik...
Tiba dikawasan tu dah pukul 3.30ptg...aku pun mula memancing....
Selalunya aku mancing paling lama 5 minit dah nampak pelampong kena sentap, tapi hari tu pelik sikit sebab dah lebih 30 minit ikan tak usik umpan aku..
Tiba2 ada orang tua bagi Salam..Memang aku terkejut.. Dia berjubah putih, muka tadak janggut, umur dalam 60an kulit sawo matang...aku pon jawa ler salam org tua tu..
Dia sapa aku macam ni "Ada ke ikan?".akupun jawap " tadak pakcik'..
Lepas tu dia ajak pula aku ikut dia sembahyang Jumaat aku agak terkezut la jugak..sebab masa tu aku tgk jam dah pukul 4.30ptg.. Biaq betoi org tua ni..aku pon dah syak semacam..:-?
Tup tap..dia tanya aku lagi "kaki tu patah kena langgor ke?", aku pon jawap le ..iye pakcik..
"Meh ikut pakcik ke rumah, pakcik ada ubat"...time tu aku rasa macam kena pukau jer..mana idaknya, kereta Volvo buruk aku tu dengan tak berkunci, rod pancing dok terpacak tepi lombong, bonet kereta ternganga aku terus ikut dia masuk kot celah2 hutan tu..
aku tanya dia, "sejak bila kat sini ada rumah pakcik? ke pakcik ni orang bunian.." aku cakap sambil dok tgk juga jalan masuk kampung tu..lain macam tempat tu...dah le jalan celah2 pokok, lepas tu suasana rasa macam baru pukul 10 pagi..
Jalan punya jalan sampai sebuah kampung PELIK...apa yang pelik kat kampung tu..ha baca kat bawah
Dia suruh aku tunggu kat rimbunan pokok serai tu..dia kata nak pi ambik parang..bila dia turun kat tangan dia cuma ada sebatang kayu panjang lebih kurang 2 jengkal itu yang dinamakan pisau dia pon potong sebemban pokok serai tu..
"pakcik sedekah pokok serai ni, balik nanti jangan cakap pada sesiapa pon yang pakcik bagi pokok serai ni, biar dirahsiakan".
aku pelik lagi......masa dia berdiri kat tepi aku tu dia ada usap paha aku 3/4 kali jugak lepas tu dia
kata "lagi sehari dua elok la ni"..
"Pokok serai pakcik ni boleh buat ubat anak demam"..haha aku rasa macam nak tergelak pon ada.. tapi aku tahan jer.."ngat tak jalan nak keluar dari sini?"..aku rasa macam ingat..dia kata kalau nak balik kat tempat aku mancing tadi semua simpang ambik kiri jangan masuk kanan..
aku pon keluaq la dari tempat yang pelik dan tersangat sangat pelik tu sorang2 aku..perghh gerun pulak bila lalu kat hutan tu sensorang..
aku dah nampak kereta volvo cabok aku..tapi masa aku dah sampai kat kereta aku tgk jam baru pukul 4.45..apa yang memeningkan kepala otak aku ialah..Jam aku ni rosak ka?...
Hati aku dah tak berapa nak sedap..aku pon kayuh pancing balik dan simpan semua barang dalam bonet.. masa aku nak naik kereta, baru aku ternampak tongkat aku dok sandaq sebelah kiri kereta tak ambik lagi.. aku pon ambik letak dalam bonet sekali..
Apa jadi seterusnya, aku pon balik le tanpa sekoq ikan pon.. yang ada cuma pokok serai yang aku tak tau nak letak tang mana punya banyak dia bagi..
Samapai di rumah, bini aku tanya..."bang, mana tongkat?"
haha masa tu baru aku sedaq yang aku berjalan dah tak menggunakan tongkat..apa lagi terus duduk le kat ruang parking..gayat tu..
Rupa2nya memang aku kena pukau..
aku pon suruh la bini aku ambik semula tongkat dlm kereta aku nak pakai..lepas tu aku suruh dia ambik keluaq semua barang terutama pokok serai tadi..bini aku kata " mana pokok serai tu bang?"
Dalam bonet la aku jawap..dia kata tadak.. aku kata tadi aku sumbat semua masuk dlm bonet..
bila aku pi tgk..bikan kata serai..pasir dari akar serai tadi pon dah tak wujud..~X(
Apakah ini semua khayalan aku..sebab kesan dari painkiller(ubat tahan sakit) yang aku telan.. aku pon tak pasti..
Yang membingungkan aku lagi macam mana aku boleh berjalan tanpa rasa sakit, tanpa senget benget, dan kuat macam sediakala..
Hari Isnin depan tu aku ke Hospital Besar Ipoh lagi..
Sperti sedia maklum..kaki aku kena Xray dan apa yang nyata besi dalam tulang aku hilang............mana perginya..
Selasa aku kena pergi lagi sekali untuk berjumpa Pakar
Sekali lagi ujian dilakukan tetapi keptusan Sama....:-?
Doktor tak kata sepatah ayat pon dan aku pon pulang ke rumah..
Tapi buat kengkawan semua, ni aku nak kongsi pada semua, setiap yang diberi tu dia nak minta 'sesuatu' dari kita..
Nanti aku sambung..aku nak ke pasar jap
Ok selamat kembali..perghh JPJ buat block tadi hahah..Rajin sungguh
Terima kasih pada yang sudi membaca thread yang tak seberapa ni
Ok sebelum itu saya cuma nak mengingatkan kepada anda semua, Kejadian ini benar-benar berlaku dan saya tiada saya ambil dari mana2 petikan atau potongan cerita dari sumber lain..harap maklum..
ok kita sambung..
Lepas aku dah balik ke rumah, bini aku pon cakap satu mesej TERKEJUT.."abg, saya rasa saya dah 3 bulan tak datang ****"...ish aku nak dapat anak ke-3 ke..yahoo.....
Esoknya pagi selasa aku bawa bini pi klinik kerajaan untuk testing 123..
)sah dia dah hamil anak ke3..alhamdulillah..
Sejak hari tu ada saja berita gembira aku terima..aku dapat tawaran kerja dengan syarikat kapal pelayaran mewah berpengkalan di Port Dickson....jauh tu..aku kat ipoh nak merantau ke sana..tapi demi mencari nafkah aku pon terima le tugas tu..
Tarikh lapor diri pada bulan bulan April 2010..lama lagi tu..
Dalam menghadapi kehidupan seharian , aku dan bini aku berniaga secara kecil2an..
Pada satu malam...
Aku terlena di ruang tamu..datang seorang tua dalam mimpi aku.
"Saya akan ambil anak didalam kandungan isteri kamu"..muka dia macam aku pernah tgk tapi aku tak ingat kat mana jumpa..aku tersedar dari mimpi pelik tu.
Esoknya, isteri aku bercerita sesuatu kejadian misteri yang berlaku pada diri dia...
Nak tahu apa jadi..
Aku pon berjumpa dengan orang tua aku..dia kata aku ni berkhayal..emm aku pon abaikan..yang secara jujurnya aku dah mulasyak sesuatu akan berlaku..
Aku berjumpa dengan seorang Imam masjid kat kampung aku tinggal tu untuk bertanyakan hal ni, lalu dia kata macam ni
"saya tahu dan percaya benda ini WUJUD'cuma kita jangan mudah diperdaya oleh kaum halus ini sehingga membawa kemudaratan didalam diri.Yakin pada Allah segala-galanya akan selamat".....kata pak imam tu buatkan aku bangun semula..
Tiap2 malam rumah aku ada Unik Visitor (mcm blog le plak)
Tiap2 malam rumah aku bau wangi bila mana waktu maghrib tiba
Tiap2 malam anak No 2 aku main dengan Nenek kat dapur Rumah..
adoaiiiii sakit kepala aku di buatnya..
Tiap-tiap malam aku akan pasangkan VCD surah Quran bacaan Syeikh Misyari.. aku nak baca aku pon buta hurup jugak,.boleh le ckit2..
Sehingga satu hari tiba masa bersalin (2.50pg)...
Di ruang menunggu Dewan Bersalin...aku dikejutkan oleh seorang tua...ceh dia lagi.."Assalamualaikum..apa khabar?"
Orag tua tu datang lagi, aku memang terkejut bila mana dia buka berseorangan..dia datang dengan 2 orang perempuan (pakai kain batik ngan baju kebaya lama) untk membantu kelahiran anak aku..
Aku sekali lagi dipukau..aku sedar yang diri aku dipukau...
Aku nampak diorang bertiga masuk ke dalam ruang bersalin..tapi aku tak boleh nak buat apa2..
Sudahnya aku laungkan ALLAHHUAKBAR 7/8X dalam dewan tu..ada 2/3 family yang ada kat situ terkejut..hahah
Menangis aku menceritakan kenangan ni..
Takut+Takut+Takut = Hanya ada ALLAH sahaja yang aku boleh mohon..
Nama aku dipanggil Jururawat pada jam 3.15am. "En. tolong ikut isteri ke wad yer..dia selamat lahirkan anak lelaki..."
Tiada kata yang mampu aku katakan kecuali Alhamdullillah..Syukur ke hadrat llahi anak dan isteri aku selamat..#:-S
Kembali ke cerita Keluarga Bunian tadi...
Sehingga ke bulan 6 2011 yang lepas, anak aku ni masih tak mampu mengeluarkan sebarang perkataan mahupun ayat dari mulut dia..
Apa yang tahu dia sebut 1 jer..ALLAH........
Baru2 ni aku dah bawak pi berubat tapi gagal..
sekian lah cerita aku yang belom habis ni..terima kasih kerana sudi membaca..wasalam
Ok..baru selesai mengadap ilahhi..Korang pergi tak?
Jom kita sambung sikit lagi
Kes Ke2 (Bunian Ikut Keluarga Aku /April 2010)
Masa aku lapor diri di Marina Admiral Cove Port Dickson sebagai tukang cuci kapal, aku diberi tawaran untuk berpindah dan rumah disediakan..
Rumah yang Company aku sediakan pada mulanya aku tengok macam best tapi bila dah 2 minggu kat situ baru aku perasan ada benda yang tak kena..
Kolo korang pernah sampai Teluk Kemang, rumah aku tu yang sebelah kanan ada Apartment Marina View Resort..Bangunan yang dah nampak usang tu..(berhampiran roundabout)
Kami berpindah ke situ pada bulan April 2010.. Isteri masih dalam pantang lagi..
Anak2 aku seronok tinggal kat situ mana taknya, dari dok kat ceruk hutan tau2 jumpa rumah ada swimming pool..haha
(rezeki diorang)
Aku kerja macam biasa masuk kul 8 habis kul 11 malam.. masa itulah ada benda aneh berlaku kat rumah..diluar dugaan aku dan isteri..#:-S
"abang balik cepat, tadi ada org ketuk pintu bila bukak tadak org,dah banyak kali"..itulah panggilan dari isteri aku terima malam tu jam 9.00...aku terus sign out dah cargas balik..
Sampai depan pintu rumah, korang tahu apa aku nampak..perghh meremang bulu roma aku bila ingat balik.. aku ternampak Itik angsa depan pintu rumah.. Nauzubillah.. Itik angsa boleh naik tingkat 7 rumah aku..hahah
Aku laungkan azan sekali lagi..aku masuk rumah aku tengok anak2 aku macam ketakutan..aku tanya bini aku apa dah jadi..
Bini aku pun cerita lah macam ni..
"Dalam pukul 7.20-7.30mlm tu, ada suara orang bagi salam..dengar macam laki laki, bila dia skodeng kot lubang pintu tak nampak sapa pon..anak kecik yang baru lahir plak meragam hari tu...
Aku bawak semua anak2 dan isteri lari ke Kapal tempat aku kerja..
Memang menggerunkan..
Aku panggil tenaga 'mahir' untuk pulihkan semangat kami semua.. sekali dengan Krew kapal yang dah mula tersampok..
Akhirnya wak tu cakap macam ni.."kamu ini enggak bisa loloskan diri dari jelmaan itu melainkan permintaannya di turuti.."
Lagi ler aku dan isteri cuak.. sudahnya aku ke masjid Teluk kemang pada malam Jumaat untuk join bacaan yassin..selesai jer semua aku berjumpa pak imam kat sana.
Aku ceritakan masalah aku dan akhirnya, pak imam tadi bagi aku kekuatan dengan membaca Surah An Nas--- aku balik ke rumah tu dan dengan berani berani takut tu aku panggil dia datang..
Apa pon aku tak nampak..aku sebenarnya dah panas (hangin satu badan dah bro)
"Ayat aku macam ni..Kalau hg berani hg keluaq..aku nak tau apa hang nak dari aku.." sebenarnya aku pon seriaw jugak.. tapi DEMI ANAK2 dan ISTERI hanya ini je jalan nak selesaikan masalah yang mengganggu otak aku..
Alhamdulillah sehingga hari ini aku dah tak diganggu lagi dengan Mahkluk yang bergelar Halus tu.....
Selagi ada ALLAH didalam Pegangan,kita akan menjadi lebih kuat dan yakin..Percayalah pada ALLAH..
Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar
----------------TAMAT----------------
Aku dilanggar oleh sebuah kereta kelisa yang mana pemandunya berbangsa CIna..Kecederaan agak serius.
- Patah Tulang Paha (Kanan) /femur fracture
- Retak Ibu Jari
- Dan paling dasyat muka hampir barai
Dimasukkan ke hospital besar ipoh.. Lepas 1 minggu aku di caj..
Pulang ke rumah org tua..
Selepas 2 minggu atas kerusi roda, aku mula menggunakan tongkat yang di berikan wakil insuran kepada aku..
Bosan tinggal terperuk di rumah..Aku pon ajak le mak dengan bapak aku pergi memancing di kawasan lombong sekitar Kampung Pisang, Batu Gajah.Mencari ikan Talapia untuk santapan
Di sini lah bermulanya cerita aku.....
(September 2009,)
Kaki aku ni kena selalu ulang alik ke hospital untuk rawatan susulan..
Hari tu hari Jumaat, aku ke hospital lagi..Org memang ramai tapi yang bestnya kalau kita guna tongkat dapat keutamaan hehehe
Selesai Xray dan sebagainya aku balik ke rumah macam biasa..
Orang pergi sembahyang Jumaat aku cuma dapat Ushar ja..apa boleh buat..
Jam 2.40 petang, aku siapkan rod pancing aku dengan Umpan anak seluang untuk memburu ikan RAJA di lombong yang aku pergi tempoh hari..Hari ni aku pergi sorang diri bertemankan tongkat sakti aku..
Lubuk yang bakal aku ceritakan kat korang ni memang banyak ikan special..tapi 'KERAS'..Kawasan tu nampak macam seronok sebab takde orang sampai, bersih dan banyak pokok Jawi..sejukkk je walaupon tengah hari terik...
Tiba dikawasan tu dah pukul 3.30ptg...aku pun mula memancing....
Selalunya aku mancing paling lama 5 minit dah nampak pelampong kena sentap, tapi hari tu pelik sikit sebab dah lebih 30 minit ikan tak usik umpan aku..
Tiba2 ada orang tua bagi Salam..Memang aku terkejut.. Dia berjubah putih, muka tadak janggut, umur dalam 60an kulit sawo matang...aku pon jawa ler salam org tua tu..
Dia sapa aku macam ni "Ada ke ikan?".akupun jawap " tadak pakcik'..
Lepas tu dia ajak pula aku ikut dia sembahyang Jumaat aku agak terkezut la jugak..sebab masa tu aku tgk jam dah pukul 4.30ptg.. Biaq betoi org tua ni..aku pon dah syak semacam..:-?
Tup tap..dia tanya aku lagi "kaki tu patah kena langgor ke?", aku pon jawap le ..iye pakcik..
"Meh ikut pakcik ke rumah, pakcik ada ubat"...time tu aku rasa macam kena pukau jer..mana idaknya, kereta Volvo buruk aku tu dengan tak berkunci, rod pancing dok terpacak tepi lombong, bonet kereta ternganga aku terus ikut dia masuk kot celah2 hutan tu..
aku tanya dia, "sejak bila kat sini ada rumah pakcik? ke pakcik ni orang bunian.." aku cakap sambil dok tgk juga jalan masuk kampung tu..lain macam tempat tu...dah le jalan celah2 pokok, lepas tu suasana rasa macam baru pukul 10 pagi..
Jalan punya jalan sampai sebuah kampung PELIK...apa yang pelik kat kampung tu..ha baca kat bawah
- Itik angsa kena ikat kat tengkok jadi mainan kanak2 lelaki
- Orang perempuan sorang pon aku tak nampak
- rumah depa tak ubah macam rumah org asli kat Cameron highland
- Pokok serai sekitar rumah depa ada tumbuh bunga cun warna hijau kekuningan
- halaman rumah kira bersih
- burung yang ada kat kawasan tu yang aku perasan Merpati putih jer yang banyak
Dia suruh aku tunggu kat rimbunan pokok serai tu..dia kata nak pi ambik parang..bila dia turun kat tangan dia cuma ada sebatang kayu panjang lebih kurang 2 jengkal itu yang dinamakan pisau dia pon potong sebemban pokok serai tu..
"pakcik sedekah pokok serai ni, balik nanti jangan cakap pada sesiapa pon yang pakcik bagi pokok serai ni, biar dirahsiakan".
aku pelik lagi......masa dia berdiri kat tepi aku tu dia ada usap paha aku 3/4 kali jugak lepas tu dia
kata "lagi sehari dua elok la ni"..
"Pokok serai pakcik ni boleh buat ubat anak demam"..haha aku rasa macam nak tergelak pon ada.. tapi aku tahan jer.."ngat tak jalan nak keluar dari sini?"..aku rasa macam ingat..dia kata kalau nak balik kat tempat aku mancing tadi semua simpang ambik kiri jangan masuk kanan..
aku pon keluaq la dari tempat yang pelik dan tersangat sangat pelik tu sorang2 aku..perghh gerun pulak bila lalu kat hutan tu sensorang..
aku dah nampak kereta volvo cabok aku..tapi masa aku dah sampai kat kereta aku tgk jam baru pukul 4.45..apa yang memeningkan kepala otak aku ialah..Jam aku ni rosak ka?...
Hati aku dah tak berapa nak sedap..aku pon kayuh pancing balik dan simpan semua barang dalam bonet.. masa aku nak naik kereta, baru aku ternampak tongkat aku dok sandaq sebelah kiri kereta tak ambik lagi.. aku pon ambik letak dalam bonet sekali..
Apa jadi seterusnya, aku pon balik le tanpa sekoq ikan pon.. yang ada cuma pokok serai yang aku tak tau nak letak tang mana punya banyak dia bagi..
Samapai di rumah, bini aku tanya..."bang, mana tongkat?"
haha masa tu baru aku sedaq yang aku berjalan dah tak menggunakan tongkat..apa lagi terus duduk le kat ruang parking..gayat tu..
Rupa2nya memang aku kena pukau..
aku pon suruh la bini aku ambik semula tongkat dlm kereta aku nak pakai..lepas tu aku suruh dia ambik keluaq semua barang terutama pokok serai tadi..bini aku kata " mana pokok serai tu bang?"
Dalam bonet la aku jawap..dia kata tadak.. aku kata tadi aku sumbat semua masuk dlm bonet..
bila aku pi tgk..bikan kata serai..pasir dari akar serai tadi pon dah tak wujud..~X(
Apakah ini semua khayalan aku..sebab kesan dari painkiller(ubat tahan sakit) yang aku telan.. aku pon tak pasti..
Yang membingungkan aku lagi macam mana aku boleh berjalan tanpa rasa sakit, tanpa senget benget, dan kuat macam sediakala..
Hari Isnin depan tu aku ke Hospital Besar Ipoh lagi..
Sperti sedia maklum..kaki aku kena Xray dan apa yang nyata besi dalam tulang aku hilang............mana perginya..
Selasa aku kena pergi lagi sekali untuk berjumpa Pakar
Sekali lagi ujian dilakukan tetapi keptusan Sama....:-?
Doktor tak kata sepatah ayat pon dan aku pon pulang ke rumah..
Tapi buat kengkawan semua, ni aku nak kongsi pada semua, setiap yang diberi tu dia nak minta 'sesuatu' dari kita..
Nanti aku sambung..aku nak ke pasar jap
Ok selamat kembali..perghh JPJ buat block tadi hahah..Rajin sungguh
Ok sebelum itu saya cuma nak mengingatkan kepada anda semua, Kejadian ini benar-benar berlaku dan saya tiada saya ambil dari mana2 petikan atau potongan cerita dari sumber lain..harap maklum..
ok kita sambung..
Lepas aku dah balik ke rumah, bini aku pon cakap satu mesej TERKEJUT.."abg, saya rasa saya dah 3 bulan tak datang ****"...ish aku nak dapat anak ke-3 ke..yahoo.....
Esoknya pagi selasa aku bawa bini pi klinik kerajaan untuk testing 123..
Sejak hari tu ada saja berita gembira aku terima..aku dapat tawaran kerja dengan syarikat kapal pelayaran mewah berpengkalan di Port Dickson....jauh tu..aku kat ipoh nak merantau ke sana..tapi demi mencari nafkah aku pon terima le tugas tu..
Tarikh lapor diri pada bulan bulan April 2010..lama lagi tu..
Dalam menghadapi kehidupan seharian , aku dan bini aku berniaga secara kecil2an..
Pada satu malam...
Aku terlena di ruang tamu..datang seorang tua dalam mimpi aku.
"Saya akan ambil anak didalam kandungan isteri kamu"..muka dia macam aku pernah tgk tapi aku tak ingat kat mana jumpa..aku tersedar dari mimpi pelik tu.
Esoknya, isteri aku bercerita sesuatu kejadian misteri yang berlaku pada diri dia...
Nak tahu apa jadi..
- Mimpi didatangi 4 orang perempuan tua
- Datang untuk menuntut hak anak dalam kandungan
- sebagai tukaran kaki aku yang patah dulu
- menjanjikan mendapatkan kemewahan untuk kami satu hari nanti
- dan yang paling pelik aku tak boleh cerita takut ada yang membaca ni sedang mengandung..harap maklum
Aku pon berjumpa dengan orang tua aku..dia kata aku ni berkhayal..emm aku pon abaikan..yang secara jujurnya aku dah mulasyak sesuatu akan berlaku..
Aku berjumpa dengan seorang Imam masjid kat kampung aku tinggal tu untuk bertanyakan hal ni, lalu dia kata macam ni
"saya tahu dan percaya benda ini WUJUD'cuma kita jangan mudah diperdaya oleh kaum halus ini sehingga membawa kemudaratan didalam diri.Yakin pada Allah segala-galanya akan selamat".....kata pak imam tu buatkan aku bangun semula..
Tiap2 malam rumah aku ada Unik Visitor (mcm blog le plak)
Tiap2 malam rumah aku bau wangi bila mana waktu maghrib tiba
Tiap2 malam anak No 2 aku main dengan Nenek kat dapur Rumah..
adoaiiiii sakit kepala aku di buatnya..
Tiap-tiap malam aku akan pasangkan VCD surah Quran bacaan Syeikh Misyari.. aku nak baca aku pon buta hurup jugak,.boleh le ckit2..
Sehingga satu hari tiba masa bersalin (2.50pg)...
Di ruang menunggu Dewan Bersalin...aku dikejutkan oleh seorang tua...ceh dia lagi.."Assalamualaikum..apa khabar?"
Orag tua tu datang lagi, aku memang terkejut bila mana dia buka berseorangan..dia datang dengan 2 orang perempuan (pakai kain batik ngan baju kebaya lama) untk membantu kelahiran anak aku..
Aku sekali lagi dipukau..aku sedar yang diri aku dipukau...
Aku nampak diorang bertiga masuk ke dalam ruang bersalin..tapi aku tak boleh nak buat apa2..
Sudahnya aku laungkan ALLAHHUAKBAR 7/8X dalam dewan tu..ada 2/3 family yang ada kat situ terkejut..hahah
Menangis aku menceritakan kenangan ni..
Takut+Takut+Takut = Hanya ada ALLAH sahaja yang aku boleh mohon..
Nama aku dipanggil Jururawat pada jam 3.15am. "En. tolong ikut isteri ke wad yer..dia selamat lahirkan anak lelaki..."
Tiada kata yang mampu aku katakan kecuali Alhamdullillah..Syukur ke hadrat llahi anak dan isteri aku selamat..#:-S
Kembali ke cerita Keluarga Bunian tadi...
Sehingga ke bulan 6 2011 yang lepas, anak aku ni masih tak mampu mengeluarkan sebarang perkataan mahupun ayat dari mulut dia..
Apa yang tahu dia sebut 1 jer..ALLAH........
Baru2 ni aku dah bawak pi berubat tapi gagal..
sekian lah cerita aku yang belom habis ni..terima kasih kerana sudi membaca..wasalam
Ok..baru selesai mengadap ilahhi..Korang pergi tak?
Jom kita sambung sikit lagi
Kes Ke2 (Bunian Ikut Keluarga Aku /April 2010)
Masa aku lapor diri di Marina Admiral Cove Port Dickson sebagai tukang cuci kapal, aku diberi tawaran untuk berpindah dan rumah disediakan..
Rumah yang Company aku sediakan pada mulanya aku tengok macam best tapi bila dah 2 minggu kat situ baru aku perasan ada benda yang tak kena..
Kolo korang pernah sampai Teluk Kemang, rumah aku tu yang sebelah kanan ada Apartment Marina View Resort..Bangunan yang dah nampak usang tu..(berhampiran roundabout)
Kami berpindah ke situ pada bulan April 2010.. Isteri masih dalam pantang lagi..
Anak2 aku seronok tinggal kat situ mana taknya, dari dok kat ceruk hutan tau2 jumpa rumah ada swimming pool..haha
Aku kerja macam biasa masuk kul 8 habis kul 11 malam.. masa itulah ada benda aneh berlaku kat rumah..diluar dugaan aku dan isteri..#:-S
"abang balik cepat, tadi ada org ketuk pintu bila bukak tadak org,dah banyak kali"..itulah panggilan dari isteri aku terima malam tu jam 9.00...aku terus sign out dah cargas balik..
Sampai depan pintu rumah, korang tahu apa aku nampak..perghh meremang bulu roma aku bila ingat balik.. aku ternampak Itik angsa depan pintu rumah.. Nauzubillah.. Itik angsa boleh naik tingkat 7 rumah aku..hahah
Aku laungkan azan sekali lagi..aku masuk rumah aku tengok anak2 aku macam ketakutan..aku tanya bini aku apa dah jadi..
Bini aku pun cerita lah macam ni..
"Dalam pukul 7.20-7.30mlm tu, ada suara orang bagi salam..dengar macam laki laki, bila dia skodeng kot lubang pintu tak nampak sapa pon..anak kecik yang baru lahir plak meragam hari tu...
Aku bawak semua anak2 dan isteri lari ke Kapal tempat aku kerja..
Memang menggerunkan..
Aku panggil tenaga 'mahir' untuk pulihkan semangat kami semua.. sekali dengan Krew kapal yang dah mula tersampok..
Akhirnya wak tu cakap macam ni.."kamu ini enggak bisa loloskan diri dari jelmaan itu melainkan permintaannya di turuti.."
Lagi ler aku dan isteri cuak.. sudahnya aku ke masjid Teluk kemang pada malam Jumaat untuk join bacaan yassin..selesai jer semua aku berjumpa pak imam kat sana.
Aku ceritakan masalah aku dan akhirnya, pak imam tadi bagi aku kekuatan dengan membaca Surah An Nas--- aku balik ke rumah tu dan dengan berani berani takut tu aku panggil dia datang..
Apa pon aku tak nampak..aku sebenarnya dah panas (hangin satu badan dah bro)
"Ayat aku macam ni..Kalau hg berani hg keluaq..aku nak tau apa hang nak dari aku.." sebenarnya aku pon seriaw jugak.. tapi DEMI ANAK2 dan ISTERI hanya ini je jalan nak selesaikan masalah yang mengganggu otak aku..
Alhamdulillah sehingga hari ini aku dah tak diganggu lagi dengan Mahkluk yang bergelar Halus tu.....
Selagi ada ALLAH didalam Pegangan,kita akan menjadi lebih kuat dan yakin..Percayalah pada ALLAH..
Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar
----------------TAMAT----------------
Attachments
-
52.8 KB Views: 1,811
-
396.3 KB Views: 1,588
-
352.3 KB Views: 1,548
-
167.8 KB Views: 1,281
Last edited: