Aiseh, tak sangka aku cari kat google jumpa link ke forum ni. So, sorry aku up balik thread tahun lepas ni.
Aku pun pakai pentium D sepertimana matgori tu.
Tapi yg pasti, problem pc aku ialah kipas CPU yang bunyi kuat. Nak kata problem, entahlah. Tapi kemungkinan seperti yang muorian katakan tu ada. Namun selepas setahun aku guna pc ni, semakin kuat bunyi dia. Tak macam mula-mula dulu.
Ada apa-apa idea tak?
Aku ada pergi ke kedai komputer dan tanya tokei kedai tu. Dia kata, "apa lagi, tak boleh buat apa2 dah. Tukar mobo baru je lah". Mudah je dia cakap, belum tengok lagi pc aku.
Aku rasa dia macam nak kencing aku jer. Sebelum aku tukar mobo baru, aku nak usaha dulu habis-habisan untuk settlekan masalah kipas cpu berbunyi ni.
Kawan2, ada sebarang idea?
ps. Warranty dah takder. Dah lebih tempoh dah.