BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kim Swee sudah serik

joe_kacak jugak

Active+ Member
Messages
4,870
Joined
Dec 30, 2011
Messages
4,870
Reaction score
108
Points
33
su_01.1.jpg




KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengakui serik untuk mempromosikan pemain muda kebangsaan kepada kelab luar jika benar laporan bahawa bekas anak didiknya, Wan Zack Haikal akan meninggalkan kelab Jepun, FC Ryukyu musim depan.

Kim Swee yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu ada menerima tawaran dari sebuah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang berminat untuk mendapatkan khidmat Wan Zack.

"Ya... Memang ada pasukan dalam liga kita yang sanggup menebus kontrak untuk mendapatkan Wan Zack. Ini disahkan oleh FC Ryukyu sendiri.

"Jika Wan Zack pulang demi menerima tawaran tersebut, sudah tentu saya amat kecewa kerana saya yang memperkenalkan beliau kepada kelab luar, tetapi tiba-tiba sahaja dia mahu pulang awal.

"Jika ini berlaku (Wan Zack kembali ke Malaysia) saya tidak mahu lagi mempromosikan pemain kita kepada kelab-kelab luar.

"Saya serik kerana sebelum ini Muhammad Nazmi Faiz juga pulang awal dari kelab Portugal," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar kelmarin menyiarkan laporan bahawa pemain sayap lincah, Wan Zack dikatakan mahu meninggalkan FC Ryukyu musim depan.

Wan Zack menyertai FC Ryukyu sejak Mac lalu dengan kontrak dua tahun dan setakat ini dia hanya diturunkan dalam satu perlawanan sahaja.

Mengiringi Wan Zack ke FC Ryukyu adalah Nazirul Naim Che Hashim dengan kontrak setahun.

Sebelum ini, bintang muda bola sepak negara, Muhammad Nazmi membuat keputusan mengejut dengan meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar walaupun menandatangani kontrak tiga tahun dan menyertai PKNS.

Menurut Kim Swee, walaupun mendapat tawaran dari pasukan tempatan, dia dimaklumkan bahawa FC Ryukyu enggan melepaskan Wan Zack, yang kini dibelenggu kecederaan buku lali.

"Saya tiada hak campur tangan dalam kes Wan Zack kerana dia kini milik FC Ryukyu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130613/su_01/Kim-Swee-sudah-serik#ixzz2W3JBSXhM
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Mmg kecewe la coach,hntr playr ke lua sbb nk sruh die blaja gameplay lua. Player pulak nk jugak dok bwh tmpurung
 
Amende la mentaliti player kita ye? Xphm..org suruh timba prngalaman luar..nk juga main kat sini..
 
yg kelab mesia pun satu hal. mcm xda keje pi pancing player kita yg dok main kat kelab luar. knapa. player2 yg sedia ada kat mesia ni xcukup best ka? :))
 
aper nie..xkan nak buat macam Nazmi Faiz laks #:-S
 
lesson today:u go oversea play 1 or more games...within a year nt ada team dlm malaysia akan counter ko dgn harga yg sgt masyukkkkkkkkkkkkkk....


regards,
nazmi faiz
 
memang patut serik.. aku rasa masalah pemain melayu malaysia nie ialah

1- pemakanan - susah nak cari makanan halal
2- persekitaran - susah nak bergaul dan beribadat
3- bahasa - kelemmahan dalam berbahasa inggeris dengan orang tempatan
4- MANJA - ini sendiri boleh tahu
5- Homesick - rindu awek, rindu kawan2, rindu makanan malaysia dan rindu sebagainya

ini antara masalah yang aku rasa mereka hadapi... :-?:-?
 
skang ni terpulang kt player tu..nk duit ke nk main bola..
 
Back
Top
Log in Register