BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kiamat!!!

kutip hadis dari mana dan surah apa dan ayat ke berapa?????nak buat fitnah terhadap Allah dan rasul agak2 la....main copy paste jer..survey tak mau..last2 tarik semua forumer CG masuk lubang biawak
:-?:-?:-?

kalu ada butang thanks..aku orang pertama tekan..:">:">
 
Kenapa dengan lubang biawak plak ni? Awak Islam Ke Bukan.. Kalau Bukan Jangan Masuk Thread Ini.. Maaf Yer Jika Terkasar Bahasa:)

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

dalam surah mana..ayat berapa..:-?..itu yang dimaksudkan oleh forumer namaku
 
pasti akan dtg janji Allah.. subhanallah
 
dalam surah mana..ayat berapa..:-?..itu yang dimaksudkan oleh forumer namaku

sumber nya secara wahabi tertolak terus....

kalau yg follow secara pondok pulak... samada yaqazah (yg mana ulama yg bersuara itu adalah perawinya) atau cara lain yg kalau kita teruskan bincang disini... boleh timbul fitnah (berapa ramai pun yang percaya Imam-imam ni jumpa Nabi SAW dalam mimpi... zaman sekarang bid'ah tuu... heheee.. :p ).

Dalam Al-Quran tiada... tapi kalau jenis berguru secara style silam 'lutut bertemu lutut' atau apa-apa yang selalunya zaman sekarang dibid'ahkan bijak pandai baru balik mesir dengan hadis bid'ah... akan ketemu kata-kata itu tadi.

Cuma ulama mana yang ucapkan tiada aku mengingatinya...

Adapun ayat al-Quran paling menghampiri dengannya adalah ini:

42:20 = "Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."


Jika rasa ia adalah hadis yang palsu dan tidak pula bersetuju dengan hal-hal Yaqazah dalam cabang sufi... dipersilakan kejar dunia melebihi ingat Allah kalau tuan puan berkehendakkan begitu. :D :D :D

Seorang sahabat menyampaikan pada saya tidak lama dahulu... dalam menjatuhkan Acheh... kekuatan yang digunakan oleh kafir adalah menimbulkan pertanyaan melebih-lebih dalam status hadis dan bid'ah sehingga perbincangan status hadis melebihi amal ibadat sendiri.. salah satu kata-kata famous penyamar Yahudi yang menyamar sebagai Syeikh Mekah itu adalah: "Tiada guna beramal tetapi kalian tidak tahu ilmunya. Bukankah para abid dahulu kalau tersungkur di saat mati kerana hanya jadi pengamal tanpa ilmu?"

Maka kata-kata itulah yang menjadi asbab mengheret Acheh jatuh ke tangan Belanda saat itu (al-kisahnya kali pertama hantar tentera diorang terduduk dengan ratusan tentera yang boleh bergerak sejenak dan tidak terkalahkan... pengalaman silam dalam perang salib mengajar mereka erti bertempur dengan 'rijaluul ghaib'... lalu cara untuk memutuskan hal-hal itu adalah memutuskan hubungan penduduk Acheh dengan Allah.. maka serangan kali kedua beberapa bulan atau setahun rasanya... membuahkan hasil sehingga raja acheh terpaksa lari jauh).


Nasihat seorang sahabat lain dari sebuah pondok... sekiranya sesuatu firman itu tidak shahih... jangan terlalu menimbulkan hal-hal tarafnya selagi tiada ia bertentangan dengan syarak melainkan ada ilmunya. Kerana yang baik itu sentiasa hadirnya daripada Allah swt. Maka yakinilah dan sekiranya tidak yakin.. jangan beramal dengannya. Cuma hal seperti itu... jangan dijadikan hujjah kerana menimbulkan fitnah. Apa-apa yang berada dalam landasan syarak dengan izin Allah insya'Allah... adalah benar.




*Apa pun setakat ini sahaja. Selebihnya saya undur diri sahaja kerana bukan hobi saya berbicara hal-hal seperti ini. Dah penat beramah mesra dengan Ustaz emjayb dan al-Ahkam hal-hal ini... masuk CariGold nak relax jer... :p :p :p
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register