BTC USD 81,443.8 Gold USD 4,159.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khutbah terakhir rasullullah s.a.w

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.






WAHAI RAKAN2 CARI GOLD...SEBAR KAN LAH BERITA INI KEPADA SAHABAT2 YANG LAIN.SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBUKA LEMBARAN BARU KEPADA KITA SEMUA.....AMIN:)

Khutbah terakhir Nabi....segalanya berisi sesuatu yang unik dan teristimewa...Betapa ruginya manusia Islam jika tak pernah membaca dan memikirkan isi kandungannya...:((
 
Bismihi Ta`ala..

Tanggal 9 zulhijjah tahun 10 hijrah adalah khutbah Nabi di padang Arafah.

Semoga kita sama-sama dapat memegang seeratnya wasiat Muhammad s.a.w tersebut...seterusnya melaksanakannya...:)
 
Last edited:
Bismihi Ta`ala,

Izinkan saya mengemukakan sebuah fakta yang mungkin berbeza sedikit dari statement tuan tanah iaitu tarikh khutbah terakhir Nabi s.a.w.

Saya terjumpa beberapa fakta riwayat berkaitan khutbah Nabi s.a.w ketika baginda melaksanakan hajjul Wada` (haji terakhir)yang bertarikh 18 zulhijjah tahun 10 hijrah. Dan pada tarikh yang sama sebuah ayat al-Quran turun sebelum baginda berhenti di sebuah lembah yang diberi nama Khum. Ayat tersbut berbunyi begini:

يَا اَيُّهَا الرَّسُول بَلِّغْ مَا اُنزِلَ اِليَكَ مِن رَبِّك وَاِن لمَ تَفعَل فَمَا بَلَّغتَ رِسَالَتَهُ وَاللهُ يَعصِمُكَ مِنَ النَّاسِ اِنَّ اللهَ لاَ يَهدِي القَومَ الكَافِرِينَ​

"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan (dengan sempurna) risalah-Nya. Dan Allah akan sentiasa memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk bagi orang-orang yang kafir (menentang)" [al-Maidah: 67]​

Ayat ini dikenali sebagai ayat Al-Balagh (Penyampaian)

Para ulama tafsir bersepakat menyatakan bahawa ayat balagh ini diturunkan di Ghadir Khum pada hari khamis bersamaan dengan 18 dzul hijjah tahun 10 hijrah sekembali baginda Nabi dari mengejakan haji wada` (haji terakhir).

***Para ulama yang menyatakan bahawa ayat balagh ini turun di Ghadir Khum terlalu ramai. Diantaranya:

(1)Ad-Durul Mantsur: Suyuthi, Fathul Qadir: Syaukani, Tafsir Mafatihul Ghaib: Fakhrur Radzi, Asbabun Nuzul. Al-Wahidi, Ruhul Ma`ani: Al-Alusi dan Tafsir Manar: Muhammad Abduh: Tafsiran ayat berkenaan.
(2)Al-Fusulul Muhimmah: Ibnus Sabagh al-Maliki. Hal. 25
(3)Yanabi`ul Mawaddah: Qanduzi al-Hanafi. Hal 120 & 249
(4)Al-Milal Wan Nihal: Syahrastani asy-Syafi`ie. 1/163
(5)Faraidus Simthin: Hamwini. 1/158. Bil. 120
(6)Mathalibus Suul: Ibnu Thalhah asy-Syafi`ie. 1/44
(7)Tarikh Dimasyq: Ibnu Asakir. 2/86. Bil. 586
(8)Fathul Bayan: Syed Sodiq Khan. 3/ 63
(9)Syawahidut Tanzil: Huskani. 1/187. Bil. 240 & 243-249.

Berdasarkan ayat balagh tersebut, kita mendapati bahawa Allah s.w.t telah memerintahkan kepada Nabi-Nya agar menyampaikan satu mesej penting yang mana tanpanya risalah Islam bagaikan tidak sempurna.

Mesej penting tersebut adalah pengisian khutbah Nabi s.a.w yang berupa sesuatu yang besar dan penting. Bahkan bukan mesj yang sudah biasa Nabi sampaikan pada hari2 biasa. Ini terbukti kerana Allah s.w.t telah menurunkan ayat Khusus yang mengandungi perintah agar menyampaikan sesuatu yang penting. Yang tanpa penyampaian tersebut Nabi s.a.w bagaikan tidak sempurna dalam mesej dakwahnya. Ini terbukti dari ayat akhir tersebut yang berbunyi: وَاِن لمَ تَفعَل فَمَا بَلَّغتَ رِسَالَتَهُ "Dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan (dengan sempurna) risalah-Nya"

Bahkan diriwayatkan bahawa setelah khutbah terakhir tersebut disempurnakan oleh baginda Nabi menerusi khutbahnya, maka turunlah ayat sokongan Allah s.w.t dalam memperakui bahawa nabi sudahpun selesai menjalankan tugas tersebut. Ayat susulan tersebut berbunyi:

اليَومَ أكمَلتُ لَكُم دِينَكُم وأتْمَمتُ عَليَكُم نِعمَتِي ورَضِيتُ لَكُمُ الاسلامُ دِينًا


"Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku sempurnakan untuk kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redha islam itu menjadi agama bagi kamu"(al-Maidah: 3)
​

Ayat ini dikenali sebagai ayat Ikmaluddin (Ayat Penyempurnaan Agama).

Nas yang menyatakan bahawa ayat Ikmal ini juga turun di Ghadir Khum setelah sempurna penyampaian mesej tersebut. Diantaranya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dan Ibnu `Asakir bersumber dari Abu Sa`id al-Khudri berkata: Ayat….(Ikmal) telah diturunkan kepada Rasulullah pada suatu hari di Ghadir Khum setelah baginda selesai....menyampaikan mesejnya. (Sila rujuk: Tafsir Ibnu Katsir: 2/14 dan Ad-Durul Mantsur: 2/259)

Kini terbuktilah bahawa khutbah terakhir Nabi adalah sesuatu yang penting untuk dibuat berfikir dan pegangan serta amalan. Ia berupa mesej yang sangat besar hingga perlu amaran dari Allah kepada NabiNya untuk membuat pengumuman tersebut di hadapan khalayak seramai ratusan ribu sahabat Nabi.
 
teknologi dah maju so ni cara kita sampaikan kepada2 rakan yang jauh...
 
Back
Top
Log in Register