BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khutbah Terakhir Rasullallah S.A.W.

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.



Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.



Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.



Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.



Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.



Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.



Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.



Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.



Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.



Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.



Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.



Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.



Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

harapnye Umat Islam sekarang lebih memahami kata-kata Rasulullah
 
Last edited:
Khutbah ini memberikan impak dan makna yang besar jika kita fikir kan dalam2 maksudnya....Tetapi sayangnya, banyak tak dilakukan pada masa sekarang ni....~X(
 
wahai kawan2 ku.. jagn lah kamu tergolong dikalangan:

22 TANDA KEBINASAAN



1. Lelaki melakukan hubungan sejenis

2. Wanita (Perempuan) membuat hubungan sejenis.

3. Orang bernasab kepada yang bukan keturunan mereka.

4. Orang yang tua tidak menyayangi yang muda

5. Orang yang muda tidak lagi menghormati oran gtua.

6. Orang mula meninggalkan amar ma’ruf dan melakukan perkara yang mungkar

7. Orang belajar ilmu hanya semata-mata untuk mendapatkan wang.

8. Turunnya hujan di musim kemarau.

9. Anak-anak menyebabkan kedukaan kedua orang tua.

10. Bertambah banyak orang yang tidak mengenang budi.

11. Berkurangnya orang yang mengenang budi.

12. Apabila manusia berlumba-lumba membina rumah.

13. Apabila manusia menurutkan hawa nafsu shahwatnya.

14. Apabila manusia menukarkan agama dengan dunia

15. Apabila manusia tidak mengambil berat tentang pertumpahan darah.

16. Apabila manusia gemar memutuskan silaturrahim.

17. Apabila manusia mula menjual hokum.

18. Apabila manusia mula mempertinggikan bangunan menara dan memperhiaskan bentuk mushaf dan memperhiaskan masjid.

19. Apabila rasuah berleluasa.

20. Apabila manusia mula gemar memakan riba.

21. Apabila orang kaya dimuliakan

22. Apabila wanita-wanita berkenderaan sendiri.



- Pesan Zarnab in Bar’ala1 kepada Umar r.a. menerusi Nadhlah bin Muawiyah di bukit berdekatan Hulwan-


Petunjuk



1 Pendita sufi yang dipanjangkan usianya oleh Allah SWT daripada Zaman Nabi Isa A.S.



Dipetik dan disesuaikan kembali dari :



“Himpunan Kisah-Kisah Teladan” – Sidang NURULHAS.
 
TUAN TANAH. AKU TUMPANG MASUK SIKIT BLEH?

Kepada : Semua ibu bapa yang mempunyai anak remaja lelaki.

Assalamualaikum,

Pujuk dan asuhlah mereka supaya datang ke masjid/surau untuk bersembahyang jemaah setiap waktu. Perkara ini amatlah penting kerana:

1. Solat berjemaah itu adalah perintah Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat. Sebab itu kita di suruh azan setiap waktu, di mana azan itu memanggil ‘marilah’ sembahyang (di masjid/surau).

2. Ia adalah sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah SAW, nabi yang menjadi ikutan kita. Ingatlah, ketika sakit pun Rasullullah SAW solat berjemaah kerana hendak mengingatkan kita bahawa sembahyang berjemaah itu amat penting.

3. Allah SWT menjanjikan kebajikan yang berganda bagi orang yang solat berjemaah di masjid/surau iaitu mendapat pahala yang lebih dan setiap langkah yang di atur dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Dari itu marilah kita merebut tawaran ini dan mengajak kawan-kawan, jiran dan keluarga yang lain untuk bersama-sama mengimarakkan masjid /surau.

4. Masjid/surau kita semakin hari semakin sunyi, orang tua semakin kurang (meninggal dunia). Jika kita tidak latih anak kita pada hari ini, maka tidak lama lagi akan kosonglah masjid/surau ini dan pada wakru itu, seluruh kariah akan menanggung dosa, Mereka bukannya boleh terus menganti kita jika tidak dilatih daripada sekarang!!!

5. Kita tiada harta yang banyak untuk bersedekah dan tiada ilmu untuk mengajar. Oleh itu kita tinggalkan anak yang soleh yang diharapkan agar dapat terus berdoa untuk kita ketika kita berada di alam barzakh nanti. Ingatlah 3 perkara yang akan di bawa ke sana iaitu amal ibadat yang kita lakukan, sedekah jariah yang kita berikan dan doa dari anak yang soleh.

6. Kita jadikan pemimpin dan pendidik utama bagi anak cucu kita. Ingat kita akan di soal oleh Allah SWT nanti, adakah kita telah menjalankan tugas (amanat) itu?

Saudara yang dihormati, marilah kita memikirkan perkara ini. Memang susah untuk mengajak mereka datang ke masjid/surau, tetapi Allah SWT itu Maha Adil, jika kita ada niat, ada usaha dan beristiqamah serta berdoa, Insyaallah Allah akan memakbulkan. Kalau mereka tidak berubah pada hari ini, mungkin bulan depan atau tahun depan atau suatu masa yang Allah kehendaki. Wassalam.
:-? :-? :-? :-? SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN AMANAH ANDA PADA HARI INI?
 
1. Solat berjemaah itu adalah perintah Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat. Sebab itu kita di suruh azan setiap waktu, di mana azan itu memanggil ‘marilah’ sembahyang (di masjid/surau).

JOM KITA KE MASJID!
 
1. Solat berjemaah itu adalah perintah Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat. Sebab itu kita di suruh azan setiap waktu, di mana azan itu memanggil ‘marilah’ sembahyang (di masjid/surau).

JOM KITA KE MASJID!

INSYAALLAH.... BERSAMA-SAMALAH BERMUASABAH DIRI KITA.
:D :D :D :D
 
hmm bg risalah ni gan PM ni... ok ni..
 
Back
Top
Log in Register