cikalakacikaci
Fun Poster
- Messages
- 443
- Joined
- Aug 28, 2013
- Messages
- 443
- Reaction score
- 8
- Points
- 15
Khutbah Jumaat 6 September 2013: “Tuntutan Taubat Dan Keinsafan”
Jabatan Agama Islam Selangor
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan
meninggalkan segala larangannya. Marilah kita memperbanyakkan zikir
kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping sentiasa berusaha
melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan
memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Pada hari yang mulia ini marilah sama-sama kita menghayati
khutbah yang bertajuk : “TUNTUTAN TAUBAT DAN KEINSAFAN”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap umat Islam adalah dituntut supaya sentiasa melakukan taubat
kepada Allah SWT. Taubat bermaksud kembali menyerahkan diri dan
mentaati perintah Allah SWT yang Maha Pengempun lagi Maha
Penyayang. Ia merupakan suatu natijah daripada penyesalan seorang
hamba yang telah terjerumus melakukan kesalahan dan dosa terhadap
Allah SWT. Tuntutan taubat ini terkandung di dalam firman Allah SWT
sebagaimana disebutkan di dalam surah al-Tahrim ayat ke 8 :
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan “taubat nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke
dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...”.
Melalui ayat ini, Allah SWT telah menyeru umat manusia agar
segera bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha. Bertaubat
kepada Allah SWT dapat menghilangkan dosa-dosa yang telah kita
lakukan. Bahkan, tujuan bertaubat itu sendiri adalah supaya Allah SWT
mengampunkan dosa-dosa kita dan akhirnya kita akan dimasukkan ke
dalam syurga-Nya. Namun begitu, taubat yang dapat menghilangkan
dosa-dosa kita mestilah dilakukan dengan memenuhi empat syarat yang
utama iaitu ;
1. Orang yang bertaubat mestilah menyesal dengan bersungguhsungguh
terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
2. Berhenti dengan serta merta daripada melakukan semula kesalahan
tersebut.
3. Berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
4. Sekiranya kesalahan tersebut dilakukan terhadap sesama manusia,
maka hendaklah dia memohon maaf kepada orang tersebut.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bagimanakah cara bertaubat yang betul?Taubat bukanlah sekadar
perkataan sahaja tetapi sebaliknya perlu disertai dengan keinsafan dan
penyesalan kerana taubat yang tidak disertai dengan keinsafan dan
penyesalan di dalam hati tidak akan dianggap sebagai taubat nasuha.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa’ ayat ke 18 :
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu
melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir
mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya Aku bertaubat sekarang ini”, (sedang
taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang
yang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orang yang demikian, Kami
telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya...”.
Ayat di atas menyatakan bahawa terdapat tiga golongan yang mana
apabila mereka bertaubat, maka Allah SWT tidak menerima taubat
mereka. Tiga golongan tersebut ialah:
1. Orang yang sering mengulangi kesalahannya selepas bertaubat.
2. Orang yang bertaubat ketika sudah hampir dengan kematian dan
apabila tanda-tanda besar hari Kiamat telah muncul.
3. Orang yang mati dalam kekafiran.
Golongan-golongan ini bukan sahaja tidak diterima taubat mereka,
bahkan Allah SWT telahpun menyediakan azab seksaan yang amat pedih
di hari akhirat kelak.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengapakah golongan tersebut tidak diterima taubat mereka ?
Sudah tentu kerana lafaz taubat mereka tidak lahir dari hati yang tulus
ikhlas dan tidak menginsafi dan menyesali kesalahan yang telah
dilakukan. Golongan seperti ini hanyalah menyatakan taubat mereka
kerana penyesalan yang bersifat sementara ataupun kerana berada dalam
keadaan yang terpaksa. Sebaliknya, apabila keinginan nafsu mereka
memuncak semula dan mereka berada dalam keadaan yang lalai, maka
mereka akan mengulangi perbuatan dosa yang pernah mereka lakukan.
Kesedaran mereka hanya akan muncul apabila nyawa mereka telah
sampai ke penghujungnya, tetapi malang kerana pada ketika itu taubat
yang diucapkan sudah tidak membawa sebarang makna.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang bermaksud :
“Allah SWT akan menerima taubat seorang hamba selagi mana
nyawanya belum sampai ke halkum”. (Riwayat al-Tarmizi)
Justeru, sebagai hambanya yang beriman, seharusnya kita
memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan,
penyesalan dan dengan keinsafan yang sebenar-benarnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa’ ayat ke 17 :
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya
bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana”.
Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah SWT
sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada hambanya yang
melakukan kejahatan agar bertaubat daripada kesalahan yang
dilakukannya. Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat selama mana
kita menyedari kesalahan yang telah kita lakukan, lantas menginsafi dan
segera bertaubat kepada Allah SWT. Justeru, peluang yang dikurniakan
oleh Allah SWT ini tidak seharusnya kita abaikan kerana Allah SWT
telahpun menunjukkan kepada kita sifat pengampun dan penyayangnya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Untuk memastikan agar taubat kita diterima oleh Allah SWT sebagai
taubat nasuha, beberapa perkara yang menjadi adab dalam bertaubat
perlu diutamakan, antaranya :
1. Berpakaian bersih dan memastikan tempat yang digunakan untuk
bertaubat juga berada dalam keadaan bersih.
2. Menimbulkan perasaan takut di dalam diri kita atas dosa-dosa yang
telah dilakukan dan merasa risau kalau-kalau dosa kita tidak
diampunkan oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita juga perlu
sentiasa berharap agar taubat kita diterima oleh Allah SWT.
3. Memilih waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa terutamanya pada
sepertiga malam. Waktu ini adalah waktu yang amat baik untuk kita
memohonkan keampunan kepada Allah SWT kerana suasana yang
hening ketika ini mampu menimbulkan keinsafan dan penyesalan
dalam diri kita.
4. Bersangka baik bahawa Allah menerima taubat kita.
Seterusnya, perkara yang lebih utama bagi seorang hamba yang
bertaubat hendaklah berusaha dengan ikhlas mensucikan diri daripada
perkara-perkara yang mazmumah seperti perasaan riak, ta’ajub dan
sebagainya. Ini kerana sifat-sifat mazmumah yang wujud di dalam hati ini
akan merosakkan taubat kita kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Najm ayat ke 32 :
“(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta
perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang
mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya
Tuhanmu maha luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan
kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu
berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam
perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa
kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang bertaqwa”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Apa yang dapat disimpulkan dalam khutbah pada hari ini ialah:
Pertama : Taubat merupakan satu tuntutan Allah SWT kepada
hambanya yang mesti disegerakan.
Kedua : Taubat juga bukanlah sekadar mengucapkan dengan
lisan tetapi juga mestilah disertai dengan keinsafan dan
kesedaran di dalam diri kita. Taubat yang disertai
dengan keinsafan inilah yang dikatakan sebagai taubat
nasuha. Sememangnya juga, kita sebagai manusia biasa
tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan.
Ketiga : Sebaik-baik insan yang melakukan kesalahan adalah
apabila mereka bertaubat dan mengharapkan
keampunan daripada Allah SWT.
“Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orangorang
yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi
orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
(Al-Kahfi : 28)
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur
kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,
sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan
negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju,
sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,
terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki
kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa
kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang
Engkau redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu
yang berat supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa
bertambah makmur dan berkat.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima
waktu dan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau wajibkan.
Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat,
menyayangi fakir dan miskin. Sucikanlah harta dan jiwa mereka,
lindungilah golongan fuqara’ dan masakin daripada kekufuran dan
kefakiran yang berpanjangan.
Demikian jua Ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang
mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala
yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Last edited: