BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir cabar MB, exco dedah aset

dragons

Super Active Member
Messages
7,611
Joined
Nov 5, 2007
Messages
7,611
Reaction score
1
Points
65
Khir cabar MB, exco dedah aset

Andrew Ong | Mar 27, 08 10:15pm

Mantan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mencabar penggantinya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exco negeri mengisytiharkan jumlah harta masing-masing.

Mohd Khir mengulas kenyataan Khalid semalam bahawa terdapat beberapa orang exco dalam kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS yang tidak bersedia berbuat demikian.

"Sebelum pilihanraya umum, mereka berjanji untuk mengisytiharkan aset masing-masing. Saya mahu mereka berbuat demikian sekarang... Jika mereka enggan, memang malang rakyat Selangor," kata Mohd Khir melalui telefon.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Khalid berkata beliau berkemungkinan besar menggesa anggota-anggota exco negeri mengumumkan pegangan harta.

Bagaimanapun, tambahnya, beberapa ahli exco enggan mendedahkan jumlah saham masing-masing atas "alasan keluarga".

Mohd Khir berkata, sehingga kini tiada satu kerajaan pimpinan pembangkang - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - mengumumkan jumlah harta mereka, bertentangan dengan janji-janji sebelum pilihanraya.

"Semua pemimpin pembangkang sepatutnya mengumumkan jumlah aset dan hutang mereka. Jika mereka telah membayar hutang mereka, jelaskan dari mana sumber wang itu," katanya.

Dua tokoh pembangkang yang dimaksudkan Mohd Khir: Khalid dan exco, yang juga wakil PAS, Dr Hassan Mohamed Ali.
 
aduhai..amende si kalah ni nak lagik..
 
hehe...saje buat kaco je anak toyol ni....suruh plak die declare bape kos umah die kt bandar baru bangi tuh...papehal kalo xde masalah,bulan depan bil air free le kita!
 
lu toyol bikin panasssss..............je.
 
Walah-walah pak khir.. bikin gempar ajer..

kalo reto (harta) dia orang banyak pon pasti bukan reto rakyat to pak khir..

dia orang baru pegang kerajaan baru tak sampe sebulan.. ko tu... istihar harta ko dulu.. :mad: :mad:
 
mari ramai2 kiter gelak kan sitoyol sorang nie...:)) :)) :))
 
Back
Top
Log in Register