Apa Itu Karbon & Apakah Kaitannya Dengan Enjin Kenderaan?
Semua kenderaan setelah melalui satu jarak perjalanan PASTI MENGALAMI pembentukan karbon di dalam saluran bahan api, combustion chamber, injap, piston, silinder dan sebagainya. Semuanya berlaku dalam enjin kenderaan anda.
Karbon terhasil secara SEMULAJADI akibat pembakaran campuran udara dan bahan api pada piston silinder di dalam enjin
Paling mudah nak faham tentang karbon ni ialah lihat pada pelita minyak tanah. Perhatikan asap yang terhasil, itulah karbon. Akan tetapi, pada pelita kita panggil jelaga dan sekiranya kita biarkan asap tersebut lalu pada satu tiub, ia akan menghasilkan kesan hitam dan sekiranya ia berterusan, ia akan membentuk seperti kerak.
Kalau pada enjin, cuba lihat pada palam pencucuh. Macam itulah rupa karbon. Pada palam pencucuh tersebut baru sedikit, banyak lagi yang melekat pada kepala piston, injap-injap dan ruang pembakaran yang kita tidak nampak.
Kalau 5 Tahun Pakai Kereta, 5 Tahunlah Karbon Terkumpul!
KALAU 10 TAHUN? 15 TAHUN?
Karbon yang terkumpul inilah sebenarnya mengganggu prestasi kenderaan anda.
Mengapa Perlu Buang Karbon?
Apabila jumlah karbon semakin meningkat, ia akan mengganggu kesempurnaan pembakaran enjin. Campuran udara dan bahan api yang tidak sempurna akan mengakibatkan prestasi enjin semakin menurun, enjin menjadi berat, kurang pick up dan seterusnya meningkatkan penggunaan bahan api tidak kira petrol mahupun diesel.
Oleh itu, karbon-karbon ini perlu dibuang untuk membersihkan enjin, seterusnya dapat mengembalikan prestasi enjin hampir ke tahap asal, seterusnya . . .
Dapat Memanjangkan Hayat Enjin Kenderaan Anda!
Kesan ketara dapat dilihat sekiranya kita buang karbon ini pada usia kereta yang telah menjangkau 10-15 tahun dan tidak pernah langsung melakukan servis Top Overhaul. Ia pasti akan menunjukkan kesan yang sangat ketara.
Apakah Penyelesaian? Top Overhaul? Cukup Budget Ker?
Top Overhaul merupakan proses pembersihan komponen-komponen sesebuah enjin seperti kepala piston, injap-injap (valves), kepala silinder, intake manifold, dan lain-lain komponen yang berada di dalam kebuk pembakaran (combustion chamber).
Proses ini bertujuan untuk membuang karbon-karbon di dalam enjin kereta kerana prestasi enjin yang telah menurun. Kebiasannya, kos untuk membuat Top Overhaul berharga bermula dari RM500 hingga RM1000 dan mungkin lebih bergantung kepada jenis kenderaan dan saiz enjin kenderaan anda.
Harga yang sangat mahal ini kerana mekanik terpaksa 'membuka' dan 'menurunkan' enjin tersebut dan membersihkan komponen-komponen di dalamnya secara manual.
Adakah budget anda mencukupi untuk melakukan Top Overhaul? Kalau gaji anda menjangkau RM5000 sebulan pun, kami pasti anda akan berfikir panjang untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk melakukan servis ini.
Jadi, Carbon X adalah alternatif murah dan mudah dimana fungsinya sama dengan top overhaul.
http://facebook.com/UltimateCarbonX