BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khazanah Biodiversiti Pulau Pinang Perlu Dipelihara Untuk Generasi Akan Datang - Syed Ibrahim

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Khazanah Biodiversiti Pulau Pinang Perlu Dipelihara Untuk Generasi Akan Datang - Syed Ibrahim​

bc9e2f0719fb1fdb22cd1f8a85e3e4646a87ba6385910

a451017e52b6592880ab25de24e609656a87ba3e09ff0

Kredit: FB - Syed Ibrahim Syed Noh

Keunikan ekosistem Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini, yang merangkumi hutan, pesisir pantai, habitat hidupan liar dan Tasik Meromiktik perlu terus dipelihara menerusi pendekatan pemuliharaan yang turut mendekatkan masyarakat dengan alam semula jadi.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata usaha pemuliharaan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada perlindungan kawasan sebaliknya perlu melibatkan masyarakat sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kelestarian khazanah biodiversiti negara.

“Khazanah alam yang kita pelihara hari ini bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi merupakan warisan yang perlu diserahkan dalam keadaan sebaiknya kepada generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sempena lawatan turun padang beliau ke Taman Negara Pulau Pinang semalam bagi meninjau pengurusan kawasan, keunikan ekosistem dan usaha pemuliharaan yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Lawatan itu dimulakan dengan taklimat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang mengenai Taman Negara Pulau Pinang serta keseluruhan ekosistemnya sebelum Syed Ibrahim menyusuri kawasan pesisir dengan menaiki bot.

Di Pantai Kerachut, Syed Ibrahim turut melawat Pusat Konservasi Penyu di bawah pengurusan Jabatan Perikanan bagi melihat usaha pemuliharaan spesies penyu, khususnya Penyu Agar dan Penyu Lipas, selain perlindungan habitat semula jadinya.

Beliau kemudian meninjau Tasik Meromiktik, antara keunikan ekologi Taman Negara Pulau Pinang yang memperlihatkan kepelbagaian ekosistem dalam satu kawasan serta hubungan saling berkait antara habitat dalam mengekalkan keseimbangan alam.

Lawatan diteruskan ke Entopia Penang bagi melihat pendekatan pendidikan konservasi yang membolehkan masyarakat mengenali biodiversiti menerusi pengalaman secara langsung dan interaktif.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata pendekatan pendidikan seumpama itu penting dalam membentuk kefahaman dan rasa menghargai alam dalam kalangan masyarakat khususnya generasi akan datang.

 
Back
Top
Log in Register