BTC USD 83,424.9 Gold USD 4,139.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Khasiat Ulam Raja

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,865
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,865
Reaction score
2,200
Points
261
18595438_1383312021726915_3843766741085541297_o.jpg

18671400_1383312048393579_8646318822721346377_o.jpg


ULAM RAJA – untuk orang biasa
(idris bald)

Pokok Ulam Raja, King Salad (nama Inggeris) yang dikenali juga dengan nama pokok Kenikir atau nama botinikalnya Cosmos caudatus merupakan tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan ini dikatakan tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat dan di Malaysia serta lain-lain negara Asean.

Pokok ulam raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu dan berbunga kecil dan sangat digemari oleh kebanyakan orang untuk dimakan mentah bersama nasi dan dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencalok. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam.

Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Pokok ulam raja senang ditanam dengan menggunakan biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang dan bersesuaian ditanam pada ketinggian 200 meter dari aras laut. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

Daun dari pokok ulam raja digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mengandungi lelebih dua puluh jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti dalam ulam raja. Keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, Penangkapm (+)- serta asid kripto-klorogenik. Ulam raja berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif yang bermungkinan kerana sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Khasiat ulam raja telah diketahui oleh masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi dan telah dimanfaatkan sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Dalam era serba cepat dan pantas, makanan segera lebih mendapat perhatian dan telah menengelamkan tradisi makan ulam-ulaman terutama kepada generasi muda yang lebih cenderong kepada makanan segera.

Tulisan ini diharap dapat memberikan gambaran bahawa memakan ulam-ulaman seperti ulam raja dan pelbagai jenis ulam lain yang terdapat disekeliling kita adalah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Semoga tumbuhan herba dan ulaman terus dipelihara dan berkekalan untuk tinggalan generasi akan datang agar mereka juga akan dapat menikmati keenakannya dan mengamal kehidupan sihat.
 
subur gile tanam...

umah aku tanam jgk...bile tggi je trus mati
 
king salad rupanga... memang raja.

Rasanya pun 'sedap'
 
pokok ni dah tinggi dari aku.. sekali ribut abis tumbang sbb berat sgt kot..
banyak bunga² kat pucuk tu..
 

Ulam raja boleh cegah demensia - Penyelidik UKM​


26 FEB 2024

2551801.jpg

Kajian sekumpulan penyelidik daripada UKM mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus.
L

KUALA LUMPUR – Demensia merupakan satu keadaan kesihatan yang menjejaskan daya ingatan, berfikir serta kemampuan melakukan kegiatan harian, dan lazimnya dialami oleh mereka yang sudah lanjut usia.

Justeru, unjuran Malaysia berstatus negara menua kira-kira enam tahun lagi pada 2030, iaitu apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas merangkumi 15.3 peratus daripada populasi, risiko peningkatan kes individu mengalami demensia juga bertambah.

Setakat ini juga demensia tidak mempunyai penawar.

Bagaimanapun, kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus.

“Kajian kami sebelum ini berkaitan jus buah tropika, menunjukkan kesan perlindungan terhadap demensia. Ini mendorong kami melihat pada kebaikan ulam-ulaman, dan kami dapati ulam raja adalah ulam terbaik kerana mengandungi kadar polifenol yang tinggi,” kata ketua penyelidik Prof Dr Suzana Shahar kepada Bernama.

Pertama di dunia

Jelas Suzana yang juga Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, polifenol adalah agen pencegah kecelaruan fungsi kognitif (MCI) atau keadaan prademensia yang cukup berkesan kerana mampu meningkatkan tahap antioksidan dalam darah dan membina sel neuron yang baharu.

“Polifenol ini penting dari segi penjagaan kesihatan otak kerana pigmen dalam ulam raja ini mampu menembusi sistem peredaran darah dalam otak serta merangsang sel-sel di bahagian dorsolateral prefrontal cortex (bahagian otak yang dikaitkan dengan kawalan kognitif), sekali gus meningkatkan fungsi kognitif global,” jelasnya.

Menurut beliau, polifenol sukar ditemukan dalam buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

“Ada produk kesihatan lain yang memanfaatkan polifenol, namun biasanya untuk merawat penyakit kencing manis dan hipertensi. Kami adalah pasukan penyelidik pertama (di dunia) yang berjaya menghasilkan produk sebegini,” katanya.

Menurut beliau, menerusi kajian yang bermula pada 2017 dan menggunakan geran Kementerian Pendidikan Tinggi, pasukannya menghasilkan ekstrak ulam raja dalam bentuk cecair yang kemudian diadun dengan quercetin dan quercitrin serta ekstrak buah-buahan beri bagi dijadikan produk makanan kesihatan tambahan.

“Kami berjaya pasarkan produk yang dinamakan MindLumina ini pada November 2023 menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta, iaitu Aurora Health Sdn Bhd,” kata beliau.

Ujian klinikal dua tahun

Mengulas lanjut, Suzana berkata, penghasilan MindLumina menempuh proses yang ketat, termasuk ujian klinikal melibatkan sukarelawan selama dua tahun bermula 2018.

“Pada peringkat awal, pasukan penyelidik bekerjasama dengan Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia bagi menghasilkan serbuk ulam raja yang kemudiannya dipatenkan dan dilesenkan di bawah Aurora Health.

“Kemudian kami kumpulkan 48 orang warga emas berusia 60 ke atas di sekitar Lembah Klang bagi menjalani ujian klinikal ini. Kesemua mereka mengalami MCI namun berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit serius seperti buah pinggang atau hati,” jelasnya.

Beliau berkata, sukarelawan terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu yang mengambil ekstrak serbuk ulam raja dalam bentuk kapsul dan satu lagi mengambil plasebo (kapsul tanpa ekstrak ulam raja).

”Mereka perlu mengambil dua kapsul setiap hari selama tiga bulan dan perlu menjalani beberapa ujian kognitif global, termasuk menjawab beberapa set soalan Profile of Mood States (POMS), selain perlu melalui Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI) bagi mengesan rangsangan aktiviti dalam otak,” katanya.

Menurut Suzana, mereka yang mengambil kapsul ekstrak ulam raja mengalami peningkatan rangsangan fungsi otak berkaitan daya ingatan berbanding kumpulan yang mengambil plasebo.

“Kami dapati berlaku peningkatan hampir 6.7 peratus fungsi kognitif global, pengurangan 36.7 peratus terhadap tekanan emosi, 20.9 peratus peningkatan memori dan fokus, serta pengurangan 7.2 peratus gangguan mood,” katanya.

Ringkasnya kata beliau, hasil ujian menunjukkan sukarelawan yang mengamalkan pengambilan ekstrak ulam raja itu mengalami perubahan positif dari segi daya ingatan dan memori berbanding sebelum pengambilan makanan kesihatan tambahan tersebut.

Jaga pemakanan

Suzana bagaimanapun berkata, wujud keperluan menjalankan kajian seumpama itu dengan melibatkan saiz sampel lebih besar serta tempoh kajian yang lebih lama bagi mengukuhkan dapatan penyelidikan.

Produk MindLumina yang menerima Anugerah Emas bagi kategori Perubatan dan Penjagaan Kesihatan pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2022 (PECIPTA 2022), boleh didapati di farmasi sekitar Lembah Klang serta sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, beliau menasihati mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Pada masa sama, Suzana mengesyorkan masyarakat mengamalkan pengambilan ulam-ulaman bagi mencegah demensia, selain mencontohi gaya hidup warga emas di Jepun yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau serta aktif melakukan senaman fizikal dan mental.

.”Tidak dapat disangkal, ada warga emas di negara ini lebih gemar duduk sahaja serta kurang melakukan senaman fizikal dan mental. Tabiat ini tidak bagus dan perlu diubah.

“Kita perlu ubah gaya hidup memandangkan laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dalam kalangan warga emas di Malaysia mendapati kadar kelaziman demensia adalah 8.5 peratus pada 2018 dan dijangka meningkat pada masa akan datang seiring penuaan populasi.

“Keadaan ini tidak termasuk kadar kelaziman penyakit tidak berjangkit yang juga dijangka terus meningkat setiap tahun, menjadikan masalah ini satu 'double killer' terhadap institusi kesihatan awam negara,” katanya dan menambah, semua pihak perlu bertindak secara proaktif bagi memastikan rakyat menua secara sihat dan terus produktif menyumbang kepada negara tanpa beban penjagaan kesihatan dan sosial yang tinggi. – Bernama
 
Saya ada jumpa satu ramuan herba ringkas. Setakat eksperimen untuk diri sendiri, nampak macam berkesan dan mantap. Belum ada apa-apa side effect dalam sebulan ni.....nampak macam 'its works'.....cuma, belum masuk kajian klinikal.

Fuhh....tulis dalam ni untuk rekod di masa hadapan....hehehehe
 
Back
Top
Log in Register