BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khalid: Maaf & terima kasih, Tuan Guru

mat_letop

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
6,636
Joined
Mar 30, 2012
Messages
6,636
Reaction score
65
Points
75
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malaysiakini.com/bm

PKR mahu PAS ingat isu MB Kedah
2:13PM Jul 26, 2014
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa PAS menyatakan komitmen yang berbeza dengan kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kedudukan menteri besar Selangor.

Saifuddin mendakwa, wakil PAS serta wakil parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, Rabu lalu, telahpun menerima usul agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di jawatan tersebut.

Katanya, mesyuarat itu disertai enam orang pemimpin kanan PAS – timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, dua orang naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari PKR.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang dilaporkan menyokong Khalid meneruskan khidmat sebagai menteri besar.

Hadi berkata hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

PKR hormat isu MB Kedah

Saifuddin turut mengingatkan PAS bahawa PKR sebelum ini "menghormati" keputusan yang diambil parti Islam itu ketika menghadapi kemelut berhubung jawatan menteri besar Kedah.

Oleh yang demikian, PKR menuntut PAS menunjukkan sikap yang sama dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

"Malah, dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum Pilihanraya Umum ke-13, PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah dari PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari pimpinan Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR turut menyatakan pendirian sama ada mahu Menteri Besar ditukar atau tidak.

"Saya percaya semangat ukhuwah dan saling menghormati prinsip pencalonan sebegini akan terus menguatkan Pakatan Rakyat," kata beliau.
 
Last edited:
satu kapal tapi pendirian berbeza satu sama lain...

nama je pakatan .....lol
 
Dlm kes ni pas la paling layak bersuara..kerusi pas paling byk
 
Syabas hadi,anwar terperangkap gara2 permainan azmin
 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu beliau berundur daripada memegang jawatan Menteri Besar (MB).

Menteri besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri.

"Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid.

Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut.

Untuk menyingkirkannya, Khalid berkata beberapa proses perlu dilalui serta mengingatkan pemimpin PR negeri bahawa lantikkan beliau dibuat oleh Sultan Selangor.

"Saya dah kata, saya akan mengikut lunas enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan."

“Kedua apabila saya dilantik, saya juga diminta untuk angkat sembah dan sumpah sebagai menteri besar negeri Selangor,” katanya.
 
Tukar MB, DAP Muak Dengan Khalid

SHAH ALAM 25 Julai - Rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP Selangor dikatakan telah jelak dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan bersetuju sekiranya jawatan nombor satu itu ditukar.

Menurut pemimpin kanan parti tersebut, DAP Selangor akan menyokong sesiapa sahaja termasuk Datuk Seri Wan Azizah Ismail ataupun Azmin Ali.

"Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh berkomunikasi lagi dengan MB," katanya yang dipetik dari laporan Malaysiakini.

Katanya, Khalid mendatangkan masalah kepada Selangor kerana tidak mahu mendengar pendapat dari rakan PR lain.

Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya.
 
orang pas kasik khalid...

sesuka hati jer anwar kasik wan azizah
 
Back
Top
Log in Register