BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khalid: Ekonomi Selangor makin positif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Selangor berjaya mengekalkan prestasi ekonomi memberangsangkan dengan peningkatan hasil simpanan rizab sebanyak RM2.8 bilion pada akhir Mei 2013, berbanding RM2.6 bilion rizab yang dicatatkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, faktor utama yang mempengaruhi prestasi kewangan Selangor adalah pertumbuhan hasil pada 2012 berjumlah RM1.95 bilion berbanding hasil 2011 (RM1.63 bilion) dengan jumlah peningkatan sebanyak RM320.80 juta (19.63 peratus).

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor terdiri dari Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan yang dipegang oleh wang tunai dan pelaburan.

“Pada 31 Mei 2013, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM2.8 terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan RM1.4 bilion dan Akuan Amanah Disatukan RM1.42 bilion.

“Wang Awam Kerajaan Negeri yang terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan pada 31 Mei 2013, masing-masing berjumlah RM436.83 juta dan RM2.4 bilion,” katanya menjawab pertanyaan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam Sidang Dun Selangor di sini semalam.

Manakala, RM2.6 bilion terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan RM1.18 bilion, Akaun Amanah Disatukan RM1.4 bilion dan Akaun Pinjaman Disatukan RM20.89 juta, dan Wang Awam Kerajaan Negeri Wang Tunai (RM392.09juta) dan Pelaburan dan RM2.2 bilion.

Abdul Khalid berkata, prestasi kewangan Selangor tahun 2012 dan 2011 berakhir masing-masing dengan lebihan semasa RM268.10 juta dan RM180.50 juta.

“Lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan seperti 31 Disember 2012 berjumlah RM1.18 bilion berbanding RM912.75 juta pada 2011.

“Peningkatan ketara direkodkan pada kutipan hasil premium geran tanah sebanyak RM869.91 juta pada 2012 berbanding RM533.04 juta pada 2011,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri menggariskan beberapa langkah proaktif dalam memperkasakan kedudukan kewangan, antaranya mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri, pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops Kutip).

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah juga sentiasa berusaha mempelbagaikan kaedah pengutipan cukai tanah bagi meningkatkan jumlah kutipannya.

“Kita mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil, membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan pedalaman.

“Membuka kaunter pada waktu rehat dan menambahkan saluran/ kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
 
hasil meningkat.. tapi melayu ramai yg keluar dari selangor duduk ditempat lain.. takder erti semuanya tu...
 
hasil meningkat.. tapi melayu ramai yg keluar dari selangor duduk ditempat lain.. takder erti semuanya tu...

Laaaa......habis tinggal cina je la.....mcm kt kelate la ni.....habis org melayu....logik betol ni
 
Laaaa......habis tinggal cina je la.....mcm kt kelate la ni.....habis org melayu....logik betol ni

nih aku nak cerita kat ko.. gua musang.. tempat projek " bandar utama gua musang.. dijangka hampir 15k orang cina akan masuk ke kawasan itu dan seterusnya menjadi pengundi disana,,tempat aku sekarang ni.. tanah free hold melayu tak blh beli.. yg 30% lot bumi pun .. orang tempatan kawasan ni juga yg beli.. tapi mereka ( cina ) dari luar....
 
owh..ko duduk mana?
 
pergh... btol ke ni? tp aku ade dgr gak cite yg datum jelatek tu dah lame launch, tp diorg launch kt luar malaysia, kat malaysia x launch pon.. xtau btol ke x
 
nih aku nak cerita kat ko.. gua musang.. tempat projek " bandar utama gua musang.. dijangka hampir 15k orang cina akan masuk ke kawasan itu dan seterusnya menjadi pengundi disana,,tempat aku sekarang ni.. tanah free hold melayu tak blh beli.. yg 30% lot bumi pun .. orang tempatan kawasan ni juga yg beli.. tapi mereka ( cina ) dari luar....

Kawe org kelate gak bro......
 
susah pas nak survival kalau pkr berterusan cemerlang gini.
aku cadangkan kelantan ditakbir pkr supaya cemerlang ekonomi next PRU.
 
Tolonglah kerajaan negeri Selangor, tolong tukar meter2 air bersepadu dirumah2 pangsa menjadi meter2 air individu. Aku ni bulan2 kena bayar air RM6.00 sedangkan tak duduk pun rumah tersebut. Setitik air pun aku tak guna tapi masih kena bayar. Kalau BN memang PRU 13 kat Selangor tentu diaorang dah tukar sebab itu dalam Aku Janji diaorang. Haprak punyak kerajaan negeri.
 
susah pas nak survival kalau pkr berterusan cemerlang gini.
aku cadangkan kelantan ditakbir pkr supaya cemerlang ekonomi next PRU.

Aku rasa teruskan kelantan dgn pas selangor tetap pkr tapi..adakan mcm2 program untuk pembangunan ekonomi bersama.
 
Back
Top
Log in Register