BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy sokong hasrat MOM

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyambut baik hasrat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bersemangat untuk menganjurkan temasya Sukan SEA 2017.

Bagaimanapun, Khairy menjelaskan keputusan sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah atau tidak hanya akan diputuskan Kabinet kerana hampir keseluruhan perbelanjaan penganjuran temasya dwitahunan itu ditanggung kerajaan.

“Saya baru mengarahkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) menyediakan memorandum membabitkan kos menganjurkan Sukan SEA 2017 untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Kos lebih terperinci
“Saya bagi mereka tempoh satu hingga dua bulan menyiapkannya dan kita ada masa sampai hujung tahun ini untuk membuat keputusan sama ada menjadi penganjur atau tidak. Namun, keputusan hanya akan ditentukan oleh Kabinet,” kata Khairy ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Penajaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, semalam.

BH Sukan semalam melaporkan mengenai hasrat Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi yang mahu mengadakan pertemuan dengan Khairy selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu Sabtu ini untuk membincangkan penganjuran Sukan SEA 2017 selain turut mengakui penganjuran temasya berkenaan tidak membabitkan kos yang tinggi berbanding SUKMA.
Khairy yang mengulas mengenai perkara itu berkata: “Kita akan buat anggaran kos yang lebih terperinci dan saya tidak mahu mendahului kajian anggaran yang akan dibuat KBS dan MSN kerana ia membabitkan duit rakyat,” katanya.

Sementara itu, Khairy berharap akan ada lebih banyak pihak swasta tampil untuk menjadi penaja temasya SUKMA selepas hanya memperoleh penajaan berjumlah RM1 juta untuk edisi ke-16 tahun ini berbanding kos penganjuran keseluruhan bernilai RM9 juta.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register