BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

khairul idham juara moto3!

prince_smile

Active+ Member
Messages
2,831
Joined
Apr 30, 2010
Messages
2,831
Reaction score
49
Points
30
LUMBA Moto3 Honda negara, Khairul Idham Pawi (tengah), bersama pemenang kedua, Jorge Navarro (kiri) dari Sepanyol dan pelumba KTM dari Afrika Selatan, Brad Binder berdiri di atas podium perlumbaan Moto3 Grand Prix Argentina di litar Termas de Rio Hondo, di Santiago del Estero, Argentina. - Foto AFP
TERMAS DE RIO HONDO (Argentina): Penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda memenangi kejuaraan pertama sepanjang kerjaya apabila menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Argentina, di sini, sebentar tadi.

Bermula di petak ketiga, Khairul Idham, 17, menguasai perlumbaan di atas trek basah dengan kelebihan 26 saat, mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili KTM, Brad Binder.

Ia kemenangan sulung buat pelumba pasukan Honda Asia itu yang mula menyertai perlumbaan kelas ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Beraksi di litar yang basah di akibat hujan sebelum perlumbaan jelas memberi kelebihan buat Khairul Idham yang bermula di petak keempat pantas memintas pelumba di depannya seawal pusingan pertama dan memimpin perlumbaan sehingga penamat dengan catatan 41 minit 35.452 saat.

Begitupun, nasib jelas tidak memihak seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin apabila terjatuh di penghujung perlumbaan sekali gus menafikan peluangnya untuk mendaki podium.

Ini kali pertama pelumba Malaysia memenangi perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia, sekali gus menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang dalam perlumbaan berprestij itu.

Kejayaan Khairil Idham mengatasi pencapaian terbaik pernah dilakar pelumba Malaysia sebelum ini iaitu Zulfahmi Khairuddin yang memenangi tempat kedua di GP Malaysia pada 2012. - AFP
 
Tahniah.... Dia mula petak ketiga ke keempat?
 
kalu x masia 1 2 podium...jatuh plak kt 2nd las koner...xpe2 race pasni kita try podium 1 2 lg
 
Argentina mau kelam kabut donlod lagu malaysian... Kekeeke
 
http://cdn2.The Vocket/content/uploads/2016/04/Pawi_AragonGP_1-1200x805.jpg
http://cdn0.The Vocket/content/uploads/2016/04/pawiiiiii-728x408.jpg
Jhasjlgg.transformed.jpg

Malaysia's biker Khairul Idham Pawi celebrates on the podium after winning the Moto3 race of the Argentina Grand Prix at Termas de Rio Hondo circuit, in Santiago del Estero, Argentina, on April 3, 2016. AFP photo.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/04/...irst-msian-win-motogp-world-championship-race
 
umo br 17 tuh.. bole pi smpi main 500cc nih
 
tahniah dik..jangan gila glamer sudah
 
Apa yang saya risau ialah peranan reporter kat Malaysia ni.
Puji2 lebih2, agungkan lebih2 sehingga budak ni hanyut.
Campur tangan pulak orang berkepentingan, suruh tukar team dll.
Next seasaon hancur budak ni macam Zukfahmi.
Zulfahmi ni masa dia kat moto3, tiada siapa dari Asia yang boleh kalahkan dia walau prestsi dia merundum.
 
Back
Top
Log in Register