BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kewangan negara terus terpelihara

akukuli

Active+ Member
Messages
3,382
Joined
Oct 17, 2013
Messages
3,382
Reaction score
442
Points
56
KUALA LUMPUR 11 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan kestabilan kewangan dalam negara terus terpelihara.

Sekiranya terdapat kemungkinan kejadian mungkir secara serentak dan teruk mencakupi semua jenis peminjaman isi rumah, kemungkinan kerugian kepada sistem perbankan akan dapat ditampung dengan baik oleh lebihan penampan modal sistem perbankan.

BNM dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2014 berkata, risiko terhadap kestabilan kewangan dalam negara yang timbul ekoran tahap keberhutangan isi rumah dan kenaikan harga hartanah telah menjadi sederhana berikutan pakej langkah yang diambil sejak tahun 2010.

BNM berkata, pertumbuhan hutang isi rumah agregat terus menjadi sederhana seperti yang disasarkan, berkembang sebanyak 9.9 peratus, iaitu kadar paling perlahan sejak kadar tertinggi yang dicatatkan pada 2010.

Katanya, risiko yang dikaitkan dengan pengumpulan peminjam*an isi rumah tidak bercagar terus berkurangan disebabkan penilaian yang lebih baik oleh bank dan institusi kewangan bukan bank (IKBB) terhadap keupayaan peminjam untuk mengambil hutang tambahan, kata bank pusat itu.

“Pada paras agregat, penampan kewangan isi rumah terus kukuh, dengan nisbah aset kewangan isi rumah kepada hutang kekal melebihi dua kali.

“Bahagian hutang isi rumah dengan pendapatan RM3,000 atau kurang sebulan terus menurun sepanjang dua tahun yang lalu, mencakupi 26.7 peratus daripada jumlah hutang isi rumah, berbanding lebih 33 peratus pada tahun 2012.

“Sebagai mencerminkan per*kem**bangan ini, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya me*ningkat sedikit kepada 87.9 peratus berbanding tahun-tahun sebelum*nya,” katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut BNM, dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah, bahagian pinjaman baharu yang diluluskan dengan nisbah khidmat hutang (DSR) sebanyak 60 peratus atau kurang telah meningkat dengan ketara.

Kadar pembiayaan yang lebih tinggi berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai 2014, memberikan impak yang kecil terhadap keupayaan isi rumah untuk membayar balik hutang, katanya.

Keadaan ini kata BNM, mencerminkan sebahagian besar daripada peminjaman isi rumah adalah berasaskan kepada kadar pembiayaan tetap, dan dari segi lain mencerminkan pengumpulan penampan kewangan yang lebih kukuh oleh isi rumah.

BNM berkata, perkembangan dalam pasaran perumahan telah mengurangkan risiko pembetulan mendadak yang mungkin timbul dalam harga rumah memandangkan siri langkah kehematan makro dan fiskal semakin menunjukkan kesan yang disasarkan.

Kata bank pusat iu, Indeks Harga Rumah Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih rendah bagi tiga suku tahun berturut-turut sejak akhir tahun 2013, merangkumi hampir semua jenis rumah dan pusat pekerjaan utama.

Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penawaran rumah mampu milik telah membantu melegakan tekanan terhadap harga rumah dalam keadaan permintaan kukuh bagi rumah mampu milik, yang terus melebihi penawaran, katanya.

Jurang antara permintaan dengan bekalan, bagaimanapun, mengambil masa untuk mengecil.

Bagi sektor harta bukan kediam*an, keadaan kekal stabil secara amnya dan didapati bertambah baik dalam beberapa segmen, kata BNM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...erus-terpelihara-1.68467#sthash.hkGikrFi.dpuf
 
Back
Top
Log in Register