BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keutamaan Sedekah

NanaBanana

Fun Poster
Messages
296
Joined
Aug 10, 2010
Messages
296
Reaction score
182
Points
23
Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)

Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka." (Aishah r.anha)

Sedekah mengandungi 10 kebaikan:

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan

2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa

3) Menolak bala dan penyakit

4) Menyenangkan hati orang miskin

5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki

Kebaikan di Akhirat

1) Sedekah itu menjadi naungan baginya

2) Sedekah meringankan hisab amalnya

3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya

4) Memudahkan melintasi sirat

5) Bertambah darjat di syurga

Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:

1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya

2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya

3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya

4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya

5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Mengikut Keutamaan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seseorang berkata ya Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu," ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk pembantumu," ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.

2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan mendahului untuk :

a. Diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan dan pakaian yang wajib. Jika ada lebihan, boleh diberi kepada;

b. Isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami sama ada yang wajib mahupun yang sunat). Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

c. Anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain), Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

d. Pembantu. Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

e. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.

Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Januari 2024
02hb Rejab 1445H
 
1000498269.jpg


Menghulurkan Sedekah

Sebarang bentuk sedekah yang diberikan kerana Allah SWT tidak mendatangkan kerugian kepada pelakunya, sebaliknya mendapat ganjaran balas yang menguntungkan.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Saba’ ayat 39 yang bermaksud :

“Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.”

Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, tetapi ia adalah peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan sedekah.

Jom kita rebut peluang ini, hulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Setiap pemberian kecil, besar nilainya di sisi Allah SWT.
 
1000498286.jpg


Sumbangan Anda, Ganjaran dari Allah SWT

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Saba ayat 39 yang bermaksud : “Dan apa apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah SWT akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”

Yakinlah, setiap kebaikan yang kita hulurkan tidak pernah sia-sia. Allah SWT sentiasa memberi lebih dari apa yang kita berikan.

#skuadmusaadahmadani
#jakim
 
Back
Top
Log in Register