BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Rasulullah(s.a.w) membangun masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama(afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram" (HR. Bukhari; Shahih Bukhari no. 1190)

Bagi para penziarah Masjid Nabawi hendaknya memelihara adab ketika memasukinya.
Iaitu;
1) Masuk dengan kaki kanan sambil berdoa.

2) Tidak duduk di pintu masuk dan menghalang jalan.

3) Solat tahiyatul masjid di Raudhah atau tempat lain di dalam masjid.

4) Tidak melangkah atau melanggar jamaah lain.

5) Memberi salam kepada Rasulullah(s.a.w) dan dua orang sahabatnya.

6) Tidak bersesak-sesak ketika keluar atau masuk.

7) Tidak meninggikan suara ketika bercakap


Pembangunan Masjid Nabawi
Berikut adalah informasi mengenai Masjid Nabawi:
1) Nabi(s.a.w) - Keluasan masjid 50m X 50m dan tinggi 3.5m

2) Umar(17H) - Memperluas ruangan di sebelah selatan 5m, barat 10m dan utara 15m serta membuka Babussalam dan Babunnisa, tinggi 5.5m.

3) Utsman(29H) - Memperluas lagi ruang di sebelah selatan 5m, barat 5m dan utara 5m.

4) Al Walid Al Umawy(91H) - Memperluas ruangan di sebelah barat 10m, dan tiga ruangan di sebelah timur 15m dan utara. Membangunkan dua bumbung, mihrab dan 4 menara serta membuka 20 pintu masuk.

5) Al Mahdi(165H) - Memperluas dibahagian utara sahaja. menetapkan kembali 20 pintu masuk yang sedia ada. Membangunkan Maqshurah di shaff awal.(Maqshurah ialah ruangan di bahagian depan masjid yang digunakan untuk membawa jenazah masuk untuk disolatkan)

6) Qayit Bay(888H) - Memperluas 1.12m di belakang maqshurah sebelah timur, meninggikan bumbung menjadi 11m, menbangunkan 2 kubah di atas makam Rasulullah(s.a.w) dan memasang pagar sekitar makam Nabi.

7) Abdul Majid Al Utsmany(1277H) - Memperluas halaman di belakang maqshurah 2.62m di sebelah timur dan membuat kubah-kubah dari batu di atas bumbung yang dihiasi dengan ukiran. Bahagian selatan masjid masih tetap seperti asal. Keluasan 4,056m persegi.

8) Raja Abdul Aziz(1372H) - Mempeluas masjid menjadi 6,024m persegi di bahagian timur, utara dan selatan. Tinggi bumbung 12.55m dengan jumlah 70juta SAR. Letaknya di sebelah utara bangunan Al-Majid.

9) Raja Fahd(1414H) - Memperluaskan masjid menjadi 82,000m persegi yang meliputi bangunan-bangunan terdahulu. Inilah projek perluasan yang paling besar sepanjang sejarah Masjid Nabawi yang menelan belanja 72.2 bilion(SAR)

 
1000503620.jpg


#SatuHariSatuMasjid

Solat Tarawih di mana malam ini? Adakah di Masjid Nabawi?

Masjid Nabawi, masjid kedua paling suci dalam Islam, terletak di Madinah, Arab Saudi. Dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi, ia bukan sekadar tempat untuk beribadat tetapi pusat komuniti, kebajikan, pentadbiran serta pembelajaran Islam pada ketika itu.

Tanah Masjid Nabawi ini pada asalnya dimiliki oleh dua orang anak yatim, Sahl dan Suhayl. Apabila mereka mengetahui hasrat Rasulullah SAW untuk mendirikan masjid di situ, mereka bersungguh ingin menghadiahkannya kepada Baginda.

Namun, Rasulullah SAW dengan penuh keadilan telah menolak untuk menerimanya secara percuma dan bertegas mahu membeli tanah tersebut. Salah seorang sahabat Baginda iaitu Abu Ayyub al-Ansari R.A akhirnya membayar nilai tanah itu, maka bermulalah kerja-kerja pembinaan masjid.

Pada zaman Rasulullah SAW, masjid ini hanya berstruktur sederhana dengan tiang dari batang kurma dan beratapkan pelepah kurma. Pengubahsuaian pertama dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab R.A (634-644) diikuti oleh Khalifah Uthman bin Affan R.A (644-656) yang menggantikan dinding tanah liat dengan batu ukir dan batang kurma dengan tiang kayu.

Di bawah pemerintahan empayar Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah, Masjid Nabawi terus berkembang dengan tambahan menara, kubah, serta seni bina indah. Sultan Abdulmajid I (1839-1861) memperkukuhkan struktur masjid terutamanya di bahagian ruang solat asal dengan keunikan seni bina Uthmaniyah.

Pada abad ke-20, peluasan serta penambahbaikan masjid secara besar-besaran dilakukan, menjadikan Masjid Nabawi mampu menampung lebih sejuta jemaah.

Keistimewaan masjid ini adalah Raudhah atau “Taman Syurga,” serta makam Rasulullah SAW dan dua sahabat karibnya, Abu Bakar R.A, dan Umar R.A.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
”Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan Masjidilharam”. - [Riwayat Muslim (1394)]

Sumber: Haramain Info, Madain Project, muftiwp.gov.my
 
Back
Top
Log in Register