eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
HYDERABAD, India 3 Sept - Seorang ahli politik berpengaruh termasuk empat yang lain terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas dalam hutan tebal di selatan India, semasa hujan ribut.
Helikopter itu yang membawa Ketua Menteri Andhra Pradesh, Y.S.R. Reddy, 60, terputus hubungan dengan pusat kawalan pagi semalam akibat hujan lebat, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat 24 jam dilancarkan melibatkan tentera darat, tentera udara dan polis di kawasan yang dihuni gerila Maoist.
Pada pagi ini, anggota komando dan polis tiba di tempat helikopter itu terhempas dan menemui mayat kelima-lima mangsa yang menaiki pesawat itu, termasuk Reddy, menurut akhbar Press Trust, memetik pegawai daripada Parti Kongres.
Televisyen turut melaporkan kelima-lima mayat mangsa telah ditemui di tempat kejadian kira-kira 275 kilometer di selatan ibu negara Hyderabad.
Bagaimanapun pengesahan berhubung kematian Reddy oleh pegawai tidak dibuat dengan segera.
Tiada sebarang tanda menunjukkan helikopter itu telah ditembak.
Helikopter peribadi itu meninggalkan Hyderabad dan terputus hubungan dengan pusat kawalan kira-kira 45 minit selepas ia berlepas.
Reddy, yang sedang dalam program lawatan kebajikan penduduk luar bandar ditemani seorang pengawalnya dan dua pegawai termasuk seorang jurugambar.
Reddy yang mewakili Parti Kongres pimpinan Perdana Menteri Manmohan Singh telah memenangi pilihan raya yang diadakan tahun ini, yang merupakan penggal kedua. - AP